MAKAN DI YEO SEAFOOD RESTAURANT YANG BAHARU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 



SETELAH beberapa lama menutup operasi perniagaan, Yeo Seafood Restaurant atau dulunya dikenali sebagai Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga, membuka kembali perniagaan mereka di simpang masuk restoran mereka yang lama. Ini pertama kali kami sampai ke restoran mereka yang baru ni. Itupun tak ada dalam rancangan, PI cakap nak makan seafood, dia lapar nasi. Pada mulanya kami nak ke Restoran YX, tetiba teringat Restoran Yeo ni dengarnya dah buka, Sk cari nombor telefon dulu la tapi, tak yakin nak main terjah, hehehe.


Ni gambar jalan masuk ke restoran lama dulu. Iman kata, bagus jugak dah buka kedai baru, tak payah lagi lalu jambatan neraka ni, hahaha. Ialah, kami kan selalu pergi malam, dekat tepi-tepi ni selalu ada cicak besar-besar. Kiri-kanan pulak pokok bakau.


Kenangan makan malam di Restoran Yeo masa sambut ulangtahun perkahwinan yang ke 10. Muda lagi ek masa ni, belum 40 tahun, huhuhu.


Masa ni Iman baru 9 tahun. Kalau nak makan seafood, memang ke sini la kami.


Selit sikit kisah siang sehari sebelum mengundi, Iman ada taklimat di Pusat Mengundi SMK Taman Mutiara Rini 2. Ni kali ke 2 Iman bertugas di PM. Kali ni dah naik pangkat, jadi kerani, hihihi. Dulu jadi penunjuk arah. Pagi tu, kemas-kemas tempat mengundi, rehat panjang sebab Jumaat, kan. Dia ajak Sk makan di Aeon Taman U sebelum sesi taklimat petang.



Okey, balik semula kisah makan di Restoran Yeo, menu wajib kami, Cakueh Mayonese (S), RM16.

Macam lain sikit rasa dia, tak sesedap dulu tapi bukanlah tak sedap.


Baby Kailan goreng Sos Tiram (S), RM13

Macam kureng jugak ni, dulu lain.


Hotplate Beancurd (S), RM16



Lala Sambal (S), RM22



Sotong Telur Masin (S), RM25



Chicken Lemon (M), RM18



Siakap Steam Lemon (RM36)

Semua masakannya sedap aje cuma macam lain sikit la rasa dan cara masakan mereka kali ni. Mungkin bukan tukang masak lama. Pekerja-pekerjanya pun dah tak nampak yang lama kecuali kakak cashier yang merupakan anak tauke Yeo. Kakak tu pun masih ingat kami, ialah, berpuluh tahun kan jadi pelanggan kat sini. Syukur dapat kita bertemu kembali.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama tak tengok akak order cakueh mayonese...

    ReplyDelete
  2. Umangaiii nampak jauh betul perjalanan jambatan tu sampai. Macam ke hujung dunia. Paling seram cicak tu lah, kalau dia melompat kat kita. Kita termelompat tempat lain pulak kang.
    Pewweiitt..suweetnya gambar lama tu. akak tak berubah. PI banyak berubah. Muda remaja betul. Kak SK maintain awet muda. Plaing obvious Iman lah berbeza sebab sekarang dah besar.
    Mungkin jugalah tu tukang masak dah bertukar orang lain. Hebat tu owner masih ingat pelanggan tetap.

    ReplyDelete
  3. tak syok lah dah tak sesedap dulu, mungkin betul lah tu dah tukar tukang masak. kecik lagi iman masa kena lalu jambatan neraka tu ye hahaha

    ReplyDelete
  4. Haa betullah Kak, baguslah tak payah lalui jambatan itu hahahaha..
    Okayy masuk list dating sabtu ahad nanti hahahaha

    ReplyDelete
  5. Wah gambar dolu² tu menggamit nostalgia ye...gambar Iman paling special kan

    Sebagai pelanggan setiap, pasti dapat rasa kelainan pada masakan tu kan

    ReplyDelete
  6. PI ada rambut zaman muda dulu. Hihi

    ReplyDelete
  7. Kira restoren kegemaran turun temurun ye kak... dari iman comel lote sampai dah besar panjang memang situ la ye.

    ReplyDelete
  8. Wah muda betul tu gambar dolu2...sedapnya..SA suka makan Chinese Seafood ni...nanti balik Johor nak ajak suami makan sini la..

    ReplyDelete
  9. tukang masak dah bertukarlah tu... PI pun dari ada rambut jadi takde rambut...silap haribulan tukang masak lama tu pun dah tua

    ReplyDelete
  10. Waiyak, sudah lama la SK regular makan di restoran ini, sejak PI masih ada rambut. Mesti syedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!