Assalamualaikum WBT
LAPARNYA.. hari ini macam busy sikit, cuma sempat sarapan tiga biji epok-epok. Itupun makan dua biji pagi.. sebab awal pagi tadi ada meeting. Lepas meeting, makan lagi sebiji, sekarang lapar nasik, hehehehe. Awak-awak semua dah makan ke?
16 Jun lepas, tanpa apa-apa plan, kami ke Restoran Bob's Grill di Iskandar Puteri. Malam tu, PI ajak makan kat sini tapi Sk dan Iman pakai selekeh, Iman kata, kalau nak ke sini kenalah bersiap betul-betul. Lepas tu, dalam perjalanan tu buntu pulak la nak makan kat mana. Hurmm, last-last, Sk cakap, jom la pergi Bob's Grill tu. Dia sebenarnya dah beberapa hari PI berzikir nak ke sini, tu la tu, kita realisasikan malam tu terus, terlanjur esoknya merupakan cuti Awal Muharam.
Restoran ini terletak di Sunway City Iskandar Puteri. Penerapan warna merah dan hitam dengan cahaya lampu yang samar-samar, membuatkan Sk dan Iman rasa selamat sebab tak pakai cantik-cantik, hahaha. Dan disebabkan tu jugak, gambar makanan pun tak dapat nak tangkap cantik-cantik sebab cahaya kurang.
Sebetulnya gambar-gambar ni diambil selepas makan, sebelumnya ada pelanggan di meja-meja ni. Ni dah nak balik.
Poster aktor dan actress Hollywood menghiasi dinding. Yang sorang tu macam nak sama dengan yang sorang ni laaaa.
Sama tang kepala la kot, hehehe. Sk tak ingat sejak bila PI botakkan kepala. Sebenarnya rambut dia ada jer lagi tu tapi dulu-dulu tukang gunting rambut dia selalu ponteng, tu la tu dia dah malas nak pergi kedai gunting, cukur sendiri jer terus.
Beberapa hari sebelum tu, PI hantar whatsapp kat admin restoran bertanyakan tentang promo Bob's BBQ Buffet dan status halal restoran. Harga Bob's BBQ Buffet ni RM65++/ pax. Nanti kita tengok berbaloi ke tak ek. Oh ya, konsep buffet di sini, bukan macam buffet hotel yang ada buffet line atau kaunter buffet tu tapi mereka akan hidang makanan mengikut jumlah pax yang kita pesan. Contohnya, kami datang bertiga, jadi mereka hidangkan buffet untuk 3 pax. Nanti boleh tengok cara hidangannya tu ya.
Selain menu buffet, ada menu ala carte jugak. Tapi, kami tengok, harga buffet lagi murah berbanding harga main course tu.
Appetizer
Soup of The Day
Hari tu mereka hidangkan sup cendawan. Sup ni lain dari sup cendawan yang biasa kami makan kerana ianya agak berempah macam ada kari-kari gitu. Tengok rupa pun macam kari kan, tapi tak adalah rasa kari, cuma rasa berempah.
Sup ni dihidangkan seorang semangkuk, bukan diberi dalam satu mangkuk besar dan kita ceduk sendiri. Lepas tu, kan... baru jer Sk nak snap gambar sup ni, tiba-tiba mereka dah hantar makanan lain yang dalam kategori appetizer tu. Tanjatttt!
Nachos. Nachos ni datang bersama tomato salsa dan sos berkrim.
Ialah, namapun buffet, kan... terus dia letak satu-satu atas meja.
Grilled Butter Corn
Jagung dia lemak manis dan dibakar kemudian dioles dengan mentega dan direnjis dengan perisa lada putih. Lemak masin la gitu, sedap. Isi jagung pun gemuk-gemuk, sedap.
Potato Salad. Empuk kentang ni direbus. Sk suka ni.
Pasta Salad. Yang ni dia guna pasta penne, tapi pasta dia keras tak lembut macam al dente. Jadi, kurang sedap.
Sourdough with Hummus & Chili Oil.
Roti doh masam dengan hummus dan minyak cili ni macam menu dekat restoran Arab, kan. Tapi, Sk tak makan sangat roti ni sebab tak mahu nanti kenyang sangat.
Set Buffet tidak termasuk minuman, cuma disediakan air kosong free flow. Iman pilih Teh Tarik Kaw. Another level eh Teh Tarik dia. Tapi, kalau nak jimat, tak yah pesan minuman patutnya, haha.
Hidangan Sampingan, Stir Fried Vegetables dan Roasted New Potatoes. Brokoli dicelur dan kentang direbus dahulu kemudian dipanggang. Kami suka ni, sedap.
From The Grill
48-Hour Signature Marination
Tiga jenis masakan ayam iaitu:
Tamarind Marinated Chicken Thigh
Cajun Marinated Chicken Breast
Cajun Marinated Chicken Breast
Honey BBQ Chicken Wings
Tamarind Marinated Chicken Thigh dan Honey BBQ Chicken Wings tu sedap, tapi Sk kurang gemar Cajun Marinated tu mungkin sebab ia bahagian isi, jadi perapan cajun tu tak berasa sangat pada ayam.
Teriyaki Salmon Fillet
Kepingan salmon ni dimasak teriyaki, Sk suka ni dan Sk yang kasi perabis, hehehe. Ni semua tulang dia dah buang ya, senang nak makan.
Daging kambing dan lembu iaitu:
Rosemary Lamb Leg
Honey Mustard Angus Brisket
Slowcook Angus Topside
Paling win tentulah kambing dia, lembut dan empuk sangat.
Hari tu baca kat threads, pasal cuaca dekat Johor yang panas kebelakangan ni, ada threaders tu tanya, kalau orang Johor, dia guna perkataan apa untuk menggambarkan terlalu panas tu. Ada satu jawapan ni, dia jawab, PANAS NAK MAMPUS. Aaaa... betullah tu, orang Johor suka sebut NAK MAMPUS untuk menggambarkan 'terlalu', cuma Sk jarang nak sebut kat blog, sebab risau orang lain anggap terlalu kasar. Tapi, ni Sk nak tulis, kambing dia tu, sedap nak mampus yaaa.., hahahaha.
Bila dia dah letak penuh satu meja macam ni, sampai tak tahu nak makan yang mana.
Mula makan ikut etika.
Lepas tu guna tangan terus, hahaha.
Sk sopan ya.. cuma agak tak selesa sebab staf mereka berdiri berhampiran. Dorang siap siaga sebenarnya jika pelanggan perlukan apa-apa, tapi kita ni tak selesa rasa macam diperhati. Mungkin kena datang selalu la kot baru biasa dengan keadaan ni., hehehehe. Lepas dah tak larat nak makan, kami minta staf angkat semua pinggan hidangan tadi. Walaupun masih ada baki daging angus tu, konsepnya, tak boleh tapau, huhuhu. Hurmmm, ke boleh???
Dessert
Bread & Butter Pudding
Lepas dah kemas meja semua, baru mereka hantar dessert ni. Panas-panas pulak tu puding rotinya. Sedap jugak, ni kalau sambung mengopi mesti best ek.
Servis caj dia la mahal dan tu la tu Sk cakap, lain kali tak payah pesan air, minum aje ais kosong dia bagi tu, hihihi.



























Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih