Assalamualaikum WBT
SURATAN atau kebetulan, dua kali kena kepala pusing selepas tulis di blog pasal kipas. Yang pertama dapat kipas acara cabutan bertuah yang kedua beli kipas di Harvey Norman. Nak lagi jadi suratan atau kebetulannya, dua-dua kali lepas baik sakit kepala, dia boleh masak Kari Daging pulak ya.
Boleh baca
SPINNING GASING
Sebelum tu, Sk ada blog Hari Staf di KSL, Sk menang Top 10 hadiah bertuah, Kipas Turbo.
Kebetulannya, Sk ada stok daging kurban pemberian dari individu dan syarikat, tu la tu Sk masak Kari Daging ni. Yang ni daging pemberian dari kawan sekuliah Iman, Azi, yang tinggal di Nong Chik. Terima kasih, Azi, selamat dah daging kurban awak, bonda masak kari. Tapi ada sikit lagi la simpan, banyak tu sekilo daging Azi bagi.
Resipi Kari Daging Sk (Guna Pressure Cooker Noxxa)
500 gm daging lembu, potong kiub
Minyak masak secukupnya untuk menumis
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dipecahkan sahaja
1" halia
Rempah tumis empat sekawan
2 tangkai daun kari
4 tbs rempah kari daging
1 tbs serbuk cili
2 cawan air
2 biji kentang dibelah empat
2 biji tomato dibelah dua
5 tangkai cili padi
Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
2. Masukkan rempah tumis empat sekawan dan daun kari, kacau sekejap.
3. Masukkan rempah kari dan serbuk cili serta sedikit air cukup untuk melarutkan rempah. Kacau rata dan biar terbit minyak.
4. Tambah air, kacau dan biar sekejap hingga terbit minyak. Ulang beberapa kali.
5. Masukkan daging dan kentang, ratakan dengan rempah.
6. Pindahkan ke dalam pressure cooker. Set HP 50. Tambah air sedikit.
7. Bila selesai, tukar fungsi HP ke stir fry. Masukkan garam, ajinomoto, cili padi dan tomato. Biar merenih sekejap kemudian matikan suis.
Dah ada kari, kena ada jugak masak kicap.
Yang ni hiris daging nipis, kemudian gaul dengan kicap manis. Dah nak makan baru goreng. Panaskan minyak, goreng dan masak hingga daging sedikit empuk, masukkan 1/4 bawang besar dipotong bulat. Renihkan hingga bawang layu, siappp!!
Dua lauk ni kena bergabung ya.
Makan tiga beranak. Alas meja tu kain batik pemberian Kak Amie beli dari Sarawak. Agaknya ni la mambang buat Sk rajin masak, hahahaha. Dia kirim guna kain rupanya 🤣🤣🤣.
Haishh kipas ni, buat orang pening je kan. Kebetulan sungguh. Dalm pening sempat masak kari daging pulak tu. Hebat betul. Oo macam tu ye. Kalau ada kari mesti ada kicap. Kalau salah satu takde, kira tak lengkap lah hidangan hari tu. Kalau macam tu nak guna jugalah kain batik tu, kot ada mambang rajin jugak ke. hihi...
ReplyDeleteSedapnya menu daging. Memang menjadi mambang kiriman dari Sabah tu 😁
ReplyDeleteTudiaaaa...mambang rajin dia dh sampai ...sedap betul nampak kari daging tu...
ReplyDeletelain macam ye hadiah kak Amie... dia bukan kirim kain je, dengan rajin sekali dia kirim. Bagus bagus.
ReplyDeleteCheck BP tak tu lepas kena spinning gasing? Haritu masa ammi kena vertigo rupanya itu tanda2 high BP. Sekarng pusing kepala sebab low HB pulak. Aishhh
Adeh ayat last tu 😂
ReplyDeleteTak reti la nak goreng daging macam SK ni. Selalu keras & liat je daging goreng kita :(
Dalam tak sihat pun, jadi dua lauk. 😋 Lawa alas meja dia...
ReplyDeletetak sihat pun gigih masak ye kak... hebat ni.. kalau sy mmg dah melepek je.hehe
ReplyDeletewalaupun sakit kepala bole masak lg tu...kita kalo sakit kepala..mmg tkleh bgn...kena tido lps mkn ubat
ReplyDeleteKita sejak guna tips rebus daging 5-30-7 tu lama tak guna Noxxa..
ReplyDeleteTapi Noxxa juga senang cepat empukkk hahaha..
Kari akak menarikk betul cecah roti jala sedap tuuuuu
Saya masih ada 1 bungkus besar bumbu kari Faiza dari uncle gedek. Nanti nak buat kari pakai itu, ikut steps yg kakak bagi nih. 😍😍. Semua bahan ada.
ReplyDeleteLagi sakit kepala pun kakak tetap masak yaa. Hebat lah. Kalau saya dah pesan online langsung hahahah 🤣. Cari kesempatan tak masak