Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH, semalam, Iman berjaya menamatkan internship di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang dijalaninya sejak bulan February lepas sekaligus menamatkan pengajiannya dalam bidang Human Resources di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. InsyaAllah, bulan November nanti dapatlah naik pentas untuk majlis konvo, syukurrrr.
Gambar hari terakhir berkhidmat sebagai intern, penuh tangan bawa balik macam-macam hadiah pemberian dari jabatan dan individu. Sebelumnya di sebelah pagi diadakan majlis penghargaan dan jamuan. Sk musykil ni, tamat intern atau bersara bawa balik hadiah banyak macam ni, hihi.
Sebagai emak, Sk bangga kerana Iman diterima baik dan dihargai begini dan mereka menyatakan Iman merupakan intern yang terbaik pernah berkhidmat dalam jabatan tersebut.
Reward untuk Iman, dia kata nak makan steak. SK ajak PI ke Steak Mansion House 89 di Bandar Dato Onn. Ingatkan Sk nak belanja la sekali PI bayar, syukurrrr, selamat duhet Sk. Aaa.. nanti kita blog la ya makan di House 89 ni.
Alhamdulillah..Tahniah Iman Wahh dia punya hadiah kalah orang bersara ni. Macam-macam ada. Intern kesayangan ramai ni. Mesti tak sabar nak naik pentas konvo nanti.
ReplyDeleteMasya-Allah, ramainya yang sayang Iman. Alhamdulillah, selamat sudah pengajian. Nanti kang dia panggil untuk berkhidmat semula, sebab Iman bekerja dengan cemerlang. 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Iman, bonda & PI 💐
ReplyDeleteMesti ramai sayang & selesa dgn Iman. Bagus dia pandai bawa diri dan berkhidmat sebaiknya 👍🏻
Dah macam pencen dah tu Iman kemain meriah dapat hadiah. Iman dengar cakap tu yang dorg hargai.
ReplyDeleteAlhamdulillah! Patutlah penuh tangan bawak hadiah, intern terbaik!
ReplyDeleteCongrate iman ..ramai yg sayang iman..untie zila jew x jumpa iman lagi ..ritu masa majlis dia x de..
ReplyDeletetahniah iman...mcm2 gift dpt tu...
ReplyDeleteTahniah Iman. Banyaknya orang sayang Iman. Alhamdulillah. Rezeki Allah.
ReplyDeletewahhh tahniah Iman! Kita yang membaca pun seronok tengok apatah lagi parents dan ahli keluarga.
ReplyDeletetahniah Iman..ni mesti ringan tulang ramai yang sayang...moga dapat kerja yang bagus2 nanti tau
ReplyDeleteyang ada intern di sini ni berat bontot..aduuilaa hahaha
Alhamdulillah tahniah Iman...seronoknya dapat banyak hadiah...mesti antara Intern kesayangan ni...aunty doakan Iman dapat kerja yang baik-baik nanti...intern belakang aunty ni selamba dia je tido time kerja..siap keruh2 lagi..aunty yang asyik kejut di sebab big boss lalu lalang kan...bahaya ye..Intern malas dan asyik tido ni..supervisor dia pun dah x tau nak buat apa...
ReplyDeleteintern tak banyak songeh, memang ramailah suka. Cuba yang bila suruh buat something buat muka, pastu hantar kerja macam nak taknak je...ehhh ko ni
ReplyDeleteTahniah iman. Mesti kesayangan semua ni Dan mengikut kata Dan rajin. Semuga dapat kerja bagus nanti
ReplyDeleteSetinggi-tinggi tahniah ya..dah berjaya sahut cabaran..
ReplyDelete