MAJLIS TAUTAN KASIH NADIA & SULHI @ TEMERLOH - 1

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK awal tahun ini, biras Sk, Kak Maznah telah memaklumkan Majlis Pernikahan putera sulungnya, Sulhi, yang bertunang dengan gadis dari Temerloh, Nadia, pada September tahun lepas akan dilangsungkan pada 24 Julai 2026 dan Majlis Sambut Menantu pula akan dibuat seminggu selepas majlis pihak perempuan di Kuala Terengganu. Kak Maznah ni orang Terengganu merupakan isteri kepada abang PI yang telah bermastautin di Kuala Terengganu.



Tema warna bagi Majlis Pernikahan ialah green, sama ada dusty green, moss green atau apple green, atau janji hijau aje la. Nak tahu tak, Sk ni paling banyak baju warna hijau, macam-macam jenis hijau la. Pada mulanya ingat nak pakai aje baju yang ada tapi Sk mengambil kira majlis akad nikah ni akan bersila atau bersimpuh di lantai, kan., jadi kena ambil kira potongan kain yang selesa untuk duduk di lantai, haha. Saat akhir, nampak baju kebaya potongan kebarung ni lalu kat TT, RM50 jer, Sk terus sambar. Memang nasib baik, sangat selesa la kalau nak duduk di bawah, hihi. Kain pun jenis kain kapas yang menyerap peluh, tak terasa panas.



Iman pakai baju raya dua tahun lepas, warna teal green. Sebenarnya banyak jugak baju Iman yang warna hijau tapi kebanyakannya bercorak, Iman nak pakai plain. Tu takpa, last minute jugak beli baju dari Jasmina tapi macam seksa sangatlah pulak, dia tak jadi pakai. pasrahlah pakai baju lama, hehehe.



Masa pergi Majlis Resepsi Shazreen dan Arfan di Putrajaya bulan Jun lepas, kami jalan-jalan kat IOI City Mall, kan.. PI beli baju ni di butik Giordano. Ni pun sama, ada sebenarnya baju melayu warna hijau tapi nanti kalah bapak pengantin pulak, hahaha.



Hah, tengok, sikit punya rock laaa bapak pengantin. Sebelah PI tu anak Kak Maznah yang bongsu atau yang kedua. Mereka dua beradik, dua-dua lelaki. Yang kiri sekali tu, anak abang PI yang tinggal di Rawang. Sebelahnya lagi, biras Sk, suami Kak Roz.


Kak Roz, kakak PI, baru bersara wajib ni. Syok Kak Roz jalan sana-sini sekarang. Ni kalau kita datang rumah dia, penuh meja dia masak macam-macam!



Berkumpul dahulu di Masjid Kampung Gajah Mati, sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan. Duduk di sebelah Sk tu, Kak, kakak sulung. Adik-beradik PI, lapan orang, dua perempuan. Mak pengantin sibuk sokmo, call sana-sini, hihi. Lagi dua orang kakak ni, mak saudara sebelah Terengganu.



Iman dan Cik Roz. 
Majlis nikah ni sepupu-sepupu perempuan Iman semua tak dapat hadir.



Iman dan makcik-makcik sebelah bapak, hehehe.


Sk masuk frame la ek.



Dah sampai rumah pengantin perempuan. Baru Sk tahu, adat di Pahang ni, masa majlis akad nikah, pengantin lelaki cuma bawa mas kahwin dan barang kemas untuk upacara membatalkan air sembahyang jer. 



Majlis Ijab Kabul. Dengar ceramah dulu disampaikan oleh Tok Kadi.


Pengantin perempuan dengar sekali. Lama tak menghadiri majlis akad nikah dan lama tak tengok majlis akad nikah stail orang dulu-dulu ni.


Haaa... ni gambar dari kamera PI. Stail la gambar dia ek tapi tu la, sayang, tak sharp. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Sulhi dan Nadia sah sebagai suami isteri.



Guess what, lauk ikan patin masak tempoyak dihidangkan pada tetamu. Kali ketiga la Sk makan ikan patin dalam tempoh dua hari. Tapi yang kelakar, semua family belah Kedah tak makan ikan patin, Sk dan Iman jer yang pandai makan. Kak Roz siap cedukkan dalam mangkuk bahagian ekor dan kepala ikan patin untuk Sk dan Iman, hehehe.



Sebelum balik ke homestay, bergambar dengan pengantin dulu la.


Doa Untuk Pengantin Baru

Wan Ahmad Sulhi bin Wan Khazali
dan
Nur Nadia binti Asri 


Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:



بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ


Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah...selamat sudah majlisnya...selamat pengantin baru buat Sulhi & Nadia...kekal bahagia hingga akhirnya...selamat bercinta di alam rumahtangga...rare ni kenduri kahwin lauk patin tempoyak..sedapnyaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!