MAKAN BUFFET STYLE NASI CAMPUR RM12.90

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



HARI ini Iman tanya, hari ni ada makan-makan lagi tak? Semalam (belum cerita lagi), kami pergi makan tengahari di Belly Treats. Sk cakap, kalau nak makan tengahari, jom belanja bonda makan Nasi Campur Buffet di Taman Damansara Aliff.


Masa sampai, dah ramai jugak pelanggan. Tengok jam, hampir pukul 1 tengahari. Sistem perniagaan mereka, bayar dahulu di kaunter, kemudian boleh ambil makanan dan minuman. Setiap pelanggan cuma dibenarkan menggunakan sebiji pinggan dan cawan sahaja. Jika terdapat pembaziran makanan yang melampau, kita akan dicaj semula sebanyak RM12.90. Untuk Kanak-Kanak dikenakan harga RM9.90. 



Sk cop meja la sementara Iman ambil makanan. Dekat sini dikatakan ada 30 - 40 lauk tapi Sk tak kira pulak betul ke ada sampai 30 lauk. Ada sambal-sambal, ulam-ulaman, sayur pelbagai jenis seperti taugeh, kacang buncis, sawi, bayam, ada urap, tempe, paru, terung, ikan goreng, ikan sambal, ayam goreng, ayam kari, ayam masak lemak, ayam masak kicap, ambil jer la asalkan jangan membazir.


Sk pilih lauk ikan keli masak lemak cili api, ulam daun selom, ulam kacang botol, ulam timun, sambal belacan dan terung berlado.


Sk cakap dengan Iman, kalau ambik lauk macam ni, baik makan kat kantin Cik Sab aje.


Senyum mengulum ni namanya. Nak tahu tak kenapa Iman ambil lauk tu aje? Tadi, tunjuk Cik Ani gambar lauk Iman, Cik Ani ingat kami datang lambat dan lauk dah habis ke??


Ni la sebabnya. Iman baru balik dari klinik gigi, baru pasang braces. Dari sekolah ya nak sangat pakai braces tapi maknya takde modal. Bapaknya pulak anggaplah bukan benda penting. Iman pasang braces sebab nak tarik satu gigi yang tumbuh dekat dalam sampai nampak rongak sebelah. Boleh tengok la dekat post lama yang ada gambar dia ketawa. Masa sekolah ada mohon bantuan braces KKM tapi tak lepas sebab bila diukur ianya tidak mendesak untuk dipasang braces.


Sk bangun tambah lauk, tambah lagi terung berlado, tempe goreng berempah, kacang buncis dan ayam masak lemak cili api. Pelanggan diberi tempoh selama 30 minit untuk makan dan bertambah nasi dan lauk jika rasa nak tambah, tak ada siapa melarang. Dan tak ada siapa pun yang datang periksa kita dah melepasi tempoh masa 30 minit ke belum, hehehe. Agaknya adalah kot yang memerhati tapi kami makan tak sampai 30 minit pun.


Burppp... Alhamdulillah. 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnya konsep macam ni. Kalau tak habis, kena charge. Ambil 2-3 jenis lauk pun harga biasa dah lebih RM12.90 tu.

    ReplyDelete
  2. Berbaloi betul nasi campur buffet Damansara Aliff ni! Banyak pilihan lauk, kenyang puasa makan, janji ambil tak membazir.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!