Assalamualaikum WBT
DALAM pada berehat-rehat hari ini, dapat jugak basuh kain baju dua pusingan. Pusingan pertama dah siap kering, tinggal nak lipat. Harap datanglah mambang rajin nak melipat kain. Yang malasnya tadi, nak masak la, hahaha. Tapi, dalam pada malas tu, siap jugak masak nasi seperiuk dengan dua lauk. Iman kata, nak makan Telur Masak Lemak. Yang bapaknya, takkan dia mahu makan Telur Masak Lemak, jadi Sk masakkan Sambal Udang. Siap makan dah. Bukan itu saja, dah siap makan petang, gorek keropok gemok beli di Pasar Payang, pagi semalam, hehehe.
Sambung lagi kisah di Temerloh, minggu lepas. Hari Jumaat berlangsung acara ijabkabul selepas asar di rumah keluarga pengantin perempuan di Kerdau. Sk tiga beranak menginap di Paya Pulai, jarak perjalanan kira-kira 45 minit. Jadi, kena rancang waktu makan tengahari betul-betul, tak boleh cepat sangat, tak boleh lambat sangat sebab hari Jumaat, kan.
Jadi, Sk beli makan tengahari siap-siap balik dari Pasar Besar Temerloh tu di RESTORAN Selera Kampung yang terletak di Paya Pulai sebelum persimpangan homestay.
Selagi ada kat Temerloh, memang mematin aje la. Ambil bahagian isi/badan, ni RM19. Tapi ni kuahnya ceroi, seakan masak singgang cairnya tu.
Pais Patin pun ambik jugak. Ni bahagian ekor, sekeping RM25. Yang ni tak kedekut rempah pais tu, sedap, lagi sedap dari yang makan di Shah Patin Tempoyak rasa pais. Kalau masak Tempoyak, dekat Shah sedap lagi.
PI ambil gulai kawah, ni dia dah siap pek dalam bekas saiz taufufa ni.
Selain tu, PI ambil jugak limpa masak rempah.
Ambil sayur kubis goreng biasa je. Nak ambil sayur kampung mereka tak makan.
Makan siap-siap la.. nanti tak kelaparan tunggu orang selesai akad nikah, hehehe.
Meja makan 8 kerusi disediakan di homestay, sangat-sangat selesa, cuma tu la, Sk patutnya tanya jarak homestay dengan Kerdau tu, bukan jarak homestay dengan bandar Temerloh, heheh. Dengan bandar Temerloh, dekat la, dalam 10 minit, nanti Sk cerita pasal homestay ni pulak ya.
SK dah sampai ye Shah Ikan Patin tu... Hari tu tengok dekat Majalah 3, nampak menarik restoran ni.
ReplyDeleteJauh jugaklah kalau 45 minit drive tu. Tapi takpe dekat bandar
Fuhh lepas bercuti lama tak sah kalau mesin basuh kena kerja 2 kali. Dalam malas-malas siap juga dua lauknya tu.
ReplyDeleteKalau dah ke Termeloh, haruslah makan patin kan. Saya tak makan patin, kena skip. Tapi baung makan pulak. Padahal lebih kurang je. hihi...
Masakan pais memang sedap, lagi-lagi kalau pedas tu. uisss..kecur!
Senang dia dah pack siap-siap dalam bekas. Senang nak hidang dan makan kat homestay.Silap pilih homestay ye sebab jarak jauh.
Dana tiap kali balik terengganu mesti singgah makan kt RnR temerloh, wajibla layan patin tempoyak...
ReplyDeleteMemang berbaloi "mematin" kat Temerloh.
ReplyDeletePi Temerloh memang kena layan patin tempoyak puas2 la kan....
ReplyDeleteJauh betul tu Paya Pulai ke Kerdau. PP tu berdekatan hospital kalau tak silap. Kerdau ni jalan nak hala ke Lipis.
ReplyDelete