SARAPAN & MEMBELI-BELAH DI PASAR LARKIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

Assalamualaikum WBT 


DUA tiga hari lepas kot, Iman whatsapp ajak sarapan di Pasar Larkin, hari Sabtu. Maka, inilah harinya, pagi-pagi lagi, bak kata Blogger Nur aka Tot, kami tiga beranak menyongket ke Pasar Larkin atau dikenali jugak sebagai Larkin Sentral dan terus tuju ke Medan Selera di Tingkat 3. Iman teringin nak makan Sate Jawa atau Sate Padang.



Mereka baru nak bakar arang kot masa ni. Kena buat pesanan dan bayar dahulu, nanti mereka yang hantar pesanan ke meja kita. Harga sate dikira per set.


Kami ambil Sate Daging, satu set 10 cucuk, RM13. Sate Jawa ni dah siram kuah siap-siap. Ia hanya disertakan bersama hirisan bawang, tiada timun diberi. Rasa kuah sate macam kuah rojak sikit. Dagingnya pun empuk bila dikunyah dan tak menyiksakan rahang remaja purba ni, hehehe.



Nasi Lemak Sotong Kembang ni Iman punya. Sedap.. nasi, sambal, sotong, semua sedap. Punyalah banyak nasi lemaknya, Iman kata, dah kenyang sangat, nak makan sate lagi. Jadi, tak apalah, tak yah habiskan nasi lemak tu, kata Sk. Memang dah biasa mintak izin, boleh tak kalau tak habiskan. Kita pun takkan nak paksa sebab memang banyak sangat pun. 



SK pilih Lontong Kering. Lontong ceduk sendiri, Sk pilih lauk Sambal Goreng dan Rendang Ayam. Melengkapkan Lontong Kering tentulah ada Sambal Tumis, Sambal Kacang dan Serunding Kelapa.



PI makan Nasi Lemak Daun Pisang, tapi ni pesan dari gerai lain. Kami tak faham apa masalah kakak gerai tu, masa PI tanya, ada lagi tak Nasi Lemak Daun Pisang, dia pandang PI atas bawah, hahahaha. Nasi nasi lemaknya sedap.



Lepas tu, Iman nak jalan-jalan jap kat Tingkat 2. SK dan PI tak join sebab nak sembang dengan kakak kawasan ni, hahahha. Kemahen ramah lagi dia ya, badan sasa dan dikembirikan ni sebab hujung telinga dah dipotong. 



Masa kami nak balik, dia tak bagi ya. Macam dia tanya, heiiii, nak pergi mana??? Holo Holo.. kalau bonda duduk rumah kampung ada tanah sendiri, habis semua kucing jumpa kat jalan bonda angkut bawa balik agaknya, lagi-lagi yang jenis peramah macam ni, hahahah. 



Kalau dah ke Pasar Larkin tu, takkanlah tidak membeli lauk untuk dimasak. Lepas tu, Iman kata, selalu nampak orang kongsi kat medsos, orang jual kuih kat Pasar Larkin, jomlah kita cari. Kagum terus Iman ya, dia tak sangka Pasar Larkin meriah sama jugak macam Pasar Payang di Terengganu dan Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Tu la tu, yang siapa cakap kat Johor tak ada apa-apa, silalah pergi ke Pasar Larkin. Memang penuh tangan kiri-kanan menjinjit barang, hahahaha.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!