MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Saturday, June 19, 2010

MERISIK KHABAR SAHABAT


ASSALAMUALAIKUM...


Apa khabar sahabat-sahabat saya? Lama sudah tak bercerita di sini, lama sudah tak ber'entry'. PENAT! Penat dari segi fizikal dan mental... sehinggakan nak masukkan story mory di sini pun rasa macam takde mood. Rasa macam nak meninggalkan saja dunia maya ini kerana semangat yang bagaikan hilang direnggut sesuatu.


Banyak sangat masalah yang tiba-tiba datang melanda, bagaikan jatuh ditimpa tangga. Satu-persatu datang bertimpa-timpa sehinggakan entry turut tertunda-tunda. Saya sangat berharap agar segalanya akan pulih dengan segera, agar cepat-cepat dibawa angin ribut sebagaimana cepatnya ia menghempas diri saya sekembalinya dari Tasik Banding.


Nak berjalan ke blog kengkawan pun seperti tak bermaya hendak melangkah. Sepertinya tak masuk kepala apa yang dibaca. Sekejapan sahaja saya akan menekan butang pangkah. Entahlah... tapi saya masih mengingati sahabat-sahabat. Yang mana masih sudi singgah di sini, saya ucapkan terima kasih. InsyaAllah.. entry baru akan muncul nanti.


Kepada yang menghantar award dan tag, sabar ya.. saya akan buat tugasan itu nanti... insyaAllah.. mudah-mudahan jika dipanjangkan umur dan dilimpahkan kesihatan yang baik nanti.


"Ya Allah, sesungguhnya aku ialah hamba-Mu, anak hamba-Mu (lelaki) dan anak hamba-Mu (perempuan). Ubun-ubunku dalam genggaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qada' (keputusan)-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau berikan untuk diri-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib daripada ilmu-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku... Amin."

(Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dianggap sahih oleh Al-Albani dalam silsilah Ahadith al-sahihah)

3 comments:

  1. Salam...semoga terus dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan...amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga dilidungiNya dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  3. Amin, terima kasih sis loveli kitchen & Kujie

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...