PUDING COKLAT BERSOS KASTARD - Alam Sari Di Tanah Jauhar

PUDING COKLAT BERSOS KASTARD


ASSALAMUALAIKUM wbt

SALAM pagi Sabtu. Orang tengahari makan nasi, tapi saya dan keluarga makan puding... hik.. hik. Hasil projek malam tadi, demam puding yang melanda bertambah hangat apabila ibu HadifHadifah meng'entri'kan post terbaru.. puding coklt ngan sos kastard. Saya pun pergilah tengok macam mana rupanya puding tu, ermmm nampak nyummy sungguhlaa.. tak tahan tengok, daripada dok menitis air liur sensorang baiklah buat sendiri. Jadi sesiapa nak mencuba tu, di sini saya sertakan resepinya. Resepi asal dari Dayang Jack, bolehlah tengok di sini. Resepi Ayu boleh tengok di sini, terima kasih untuk keduanya.

Bahan-bahan Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain)
500 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dengan sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air ~ kacau rata
1 sb mentega
1 sk esen vanilla
Cara-cara:
~ Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air.
~ Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan.
~ Kemudian, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Apabila sebati tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan-bahan untuk sos kastard:

2 cawan susu segar/susu cair (boleh dicampurkan keduanya sekali)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla
Cara-cara:
~ Satukan kesemuanya di dalam periuk dan kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil sehingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, bolehlah dihiaskan mengikut citarasa.

Rugi kalau tak cuba tau... hehehe

2 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih