MAKAN ASAM PEDAS SIAKAP DI ASAM PEDAS LEDANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



Ini kali kedua Sk dan PI ke Restoran Asam Pedas Ledang yang terletak berdekatan dengan bandar Tangkak. Singgah sini kali ni bertiga beranak. Gambar di atas merupakan gambar masa datang yang pertama tu. Kali ni, kami parkir dalam pagar dan Sk pun tak ambil gambar di persekitaran. Boleh singgah baca


MAKAN DI ASAM PEDAS LEDANG, TANGKAK 




Di Asam Pedas Ledang ni, pekerja akan datang ke meja ambil pesanan makanan dan minuman. Menurut staf, cuma ada asam pedas bahagian isi ikan siakap dan bahagian kepala ikan merah. Ikan lain semua dah habis. Ikan pari pun tak ada ke, dik? Tanya, Sk. Padahal staf tu dah sebut dah, semua ikan habis, lagi mahu tanya, hahahah. Tapi, mujurlah ada ikan siakap bahagian isi. Kalau ikan siakap pun tinggal kepala, terpaksalah kami angkat kaki.




Pesan sayur kubis dan ulam serta sambal belacan. Sambal belacan dia sedap, ulamnya cuma ada timun, salad dan bendi celur. SK lupa berapa total harga PI sebut hari tu.




Nahhhh.. makanlah isi siakap sorang sekeping. SK dan PI minta telur masin sorang sebelah, Iman mengendeng sikit kuning telur masin Sk. Sedap la bagi kami rasa asam pedas kat Asam Pedas Ledang ni. Kuah pekat dan sebati, cukup rasa masin dan masamnya. Kedai ni kira-kira 10 minit jer dari Plaza Tol Tangkak cuma tu la, kalau jammed, mungkin cecah 20 minit jugak. Mujur kali ni tak jammed, cepat jugak sampainya.


Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ikut tekak Lin pun sedap kak asam pedas dia, pernah makan sekali masa ikut kembara dulu.. tersinggah sini makan..

    ReplyDelete
  2. oh jalan nak ke Segamat Patutle tak nampak padahal akak selalu je ke Tangkak tapi masuk ke Hospital Tangkak le kat Taman Tangkak Jaya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!