MASAK KETAM BERCILI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 



HARI ini, Sk tak ke mana-mana. Pagi tadi, macam biasalah, PI ke pasar tani. SK agak, dia cari ketam. Ah, memang betul pun, PI balik bawa ketam 4 ekor, semuanya betina. Selain tu, PI beli sarapan Roti Canai, 6 keping. SK ada buat jugak telur separuh masak untuk PI. Sebelum tu, masa PI ke pasar tani, Sk sarapan baki dua keping kuih yang dibeli di Warung Pokok Ceri dan dua potong kek butter Mighty White bersama Kopi Onde Onde jenama Zus yang dibeli di Pasaraya Aeon Taman U, semalam. Kenyang lagi, tu makan roti canai sekeping aje. Iman makan sekeping, PI pun makan sekeping. Tengahari, Sk dan PI habiskan roti canai tu, seorang satu setengah keping. Iman keluar pergi kedai bundle, tapi dia kata, tak ada yang menarik, dia pun balik. Lepas tu dia kata, lapar, tak sampai hati,  Sk pun jerang nasi dan sediakan bahan nak masak sambal ketam.




Resipi Ketam Bercili Sk

4 ekor ketam (bersihkan, potong 2)

Bahan Kisar :

1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1" halia

Bahan lain :

2 tbs sos tomato
3 tbs sos cili
3 tbs sos tiram
2 1/2 tbs gula
Sedikit garam
2 tbs jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Air tepung jagung
2 biji telur (pukul sedikit)




Cara memasak :

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.

2. Masukkan semua sos, kacau sebati sehingga terbit minyak lagi sekali.

3. Kemudian masukkan gula, garam, jus limau. 

4. Biar mendidih sekejap, kemudian masukkan ketam.

5. Bila ketam dah masuk, masukkan sukun cawan air tepung jagung.

6. Bila mendidih lagi sekali, masukkan telur, kacau secara membulat, kemudian boleh tutup api.




Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan. Selain makan dengan nasi putih, makan dengan roti mantao pun sedap nih!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terima kasih atas resipinya..boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ketam bercili SK...
    Apa rasa ye kopi onde² tu? Curious juga 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa lemak manis gula melaka. Lupa nak tulis kat atas tu, hihi.

      Delete
  3. Wah, ada telur tak ketam retina tu.
    Petang tadi kita goreng mantou makan dengan kari ayam kerisik. Apasal tak suruh mambang hantar ketam sikit...boleh cecah mantou!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mesti syok tu kalau ada mantao. Ada telur, lupa nak ambil gambar telur ketam goreng.

      Delete
  4. Macam lama betul tak masak ketam di rumah, kalau makan di luar ada..
    Kak, Ngopi tu betul ke dari ZUS? Suami Lin ada beli tapi kawan kata bukan dari ZUS, hanya copycat.. ye ke Kak? Tapi kopinya sedap kann.. onde-onde ni tak try..

    ReplyDelete
  5. Yeay ada resepi..nanti nak cuba la...dapnya..nampak bertelur ketam tu dan isi penuh...

    ReplyDelete
  6. 1st time tgk kopi onde onde..sedap tgk menu ketam bercili tu

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tapi malas nak makan ketam macam rumit je 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!