MAKAN NASI ARAB DI RESTORAN DALLAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum WBT 


INSYA..ALLAH, dalam dua minggu lagi, Iman akan menamatkan internship yang dijalaninya di sebuah jabatan kerajaan di Iskandar Puteri sekaligus menamatkan pengajiannya di UTM. Kebelakangan ni, Iman dah mula menghantar resume ke beberapa buah syarikat dan ada yang sudah memanggil untuk temuduga. Semoga Iman dapat kerja yang bagus nanti sesuai dengan kelulusan, kebolehan dan minat dia. Yang penting, kena masyukkkk la, kan. InsyaAllah, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnnn. 



Kejadian 10 Jun lepas, Iman menghadiri temuduga di pusat bandaraya JB. Kami sebut, bando (bandar). Habis temuduga, dia culik Sk, ajak makan. Nak makan tempat best-best, katanya. Reward lepas interview.




Kami ke Restoran Dallah yang terletak di Taman Damansara Aliff, berdekatan dengan pejabat Sk. Kalau ikutkan, Sk macam nak makan di Skudai, tapi nanti macam leceh pulak nak berulang hantar, jadi, ke sini ajelah yang dekat dan mudah. Seperti kebanyakan restoran baharu kini, pesanan makanan dibuat dengan mengimbas kod QR.




Nampaknya kami pelanggan pertama jadi kita nikmati suasana aman damai ni sepuasnya. Dekorasi restoran masakan Arab ni menonjol ke arah lebih moden berbanding kebanyakan restoran yang Sk pernah kunjungi.





Dinding dilepa kemas. Selalunya restoran arab ni deko dia ala-ala dalam gua dengan dinding berbongkah-bongkah. Mereka pasang lagu pun perlahan aje.



Staf datang hantar pinggan lengakp dengan sudu, garfu serta tisu. Memang kerlas laaa Restoran Dallah ni. Pinggan dia cantik betul. Sk lupa pulak nak ambil gambar luar restoran tapi anda boleh google la, memang mewah luar dan dalam.




Kemudian staf datang hantar sos harrah dan yang satu lagi tu macam dalca. Ini side dish bagi nasi arab la, kan. Lagi sekali terkesima tengok mangkuk side dish dia, hihi.




Kemudian mereka bawakan ni pulak. Sk buka, dalamnya ada Roti Arab. Disebabkan kami ada pesan menu lain selain Nasi Arab, pada mulanya Sk ingatkan ia adalah roti untuk menu tersebut, jadi, Sk diam ajelah. 




Hanith Lamb, RM28 untuk Tuan Tanah Kedaung. Daging kambing berempah dibungkus dalam aluminium foil.




Untuk Iman, Kabsah Lamb, RM28. Yang ni kambing di bawah nasi tu dan tidak berempah. Walaupun namanya lain, tapi nasinya tu nasi yang sama cuma cara masakan kambing tu berbeza.




Nasinya tak bertimbun sangat, macam tak cukup aje ni, hahaha. Tapi kambing tu banyak betul, nasi dah habis, kambing ada lagi.




Tengok gambar rasa nak repeat sekarang jugak! Nasi sedap, sos harrah dia pun sedap, pedas manjah. Kambing empuk. Pinggan cantik pulak tuuuuh.




Memang tak berapa kenyang la, Sk buka bakul tu, ambil roti arab makan dengan kuah macam kuah dhal tu. Pedas eh kuah tu. Dekat sini dia tak bagi sup pulak untuk dimakan dengan nasi arab. Roti arab ni agaknya percuma la, Sk tak tanya pulak.




Mix BBQ, RM35. 

Tak tahulah kenapa dah order nasi, lepas tu nak jugak ambil BBQ Mix ni. Ni kami ambil saiz kecil la. Dalam set ni ada roti macam tortilla tapi nipis jer.




Datang berdua tapi pesan makanan macam datang berempat, hahaha. Mix BBQ ni kami pilih chicken dan beef. Beef tu sedap, chicken pun sedap tapi beef lagi sedap. Aiyaaa, dua-dua pun sedap, laaaa. Ia digaul bersama rempah ratus dan macam ada letak kelapa parut sikit kot sebab ada rasa kelapa tu.





Tadi bukan main lapar, ni dia kata kenyang, dia tak mahu makan Mix BBQ tu ya. Kami habiskan kentang jer, kebab tu Sk jamah sikit, lepas tu bungkus semua. Staf tu cakap, oooo.. sudah kenyang ya. Sk dengar suara dia macam melayu, toleh, memang staf melayu. Sebab yang sebelum-sebelumnya orang arab yang layan meja kami. Dan macam biasa la, Sk sebagai JK Pelupusan, bawa makanan tak habis tu bekal ke pejabat. 




Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nasi arab kalo menu lamb mmg fav

    ReplyDelete
  2. Lawanya restoran ni. Makanan pun nampak sedap. Semoga Iman berjaya dalam interview dan dapat tawaran kerja yang masyukkkk 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. mix bbq tu buat orang ngences je lah sk ni.

    ReplyDelete
  4. All the best untuk Iman.. kejap anak Bonda nk keje dah yaa..
    Lama tak makan nasi arab di restoran, last masa birthday Lin thn lepas..

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudah kan buat Iman.
    Rasanya ada satu Restoran Dallah di Kemaman dulu tapi dah tutup.
    Sedap menu tu SK, deko pun simple tenang je.

    ReplyDelete
  6. Aah la, pinggan mangkuk dia lawa bethol. Terasa mewah gitu...
    Kenyang tersandaq la agaknya SK, kena perabih mix bbq tu pulak :D

    Didoakan agar Iman dapat kerja yg bagus hendaknya 🤲🏻

    ReplyDelete
  7. Cantik restorannya. Semoga Iman dapat kerja di tempat yang baik dan gaji yang berpatutan.
    Baguslah nasi kurang, lauk banyak. Baru lebih protein. Hehe.. Sedaplah saya tengok. Nak cari lah, nasi arab kambing. 😋

    ReplyDelete
  8. Moga iman dapat kerja yang masyukk...boleh belanja bonda jalan2...

    ReplyDelete
  9. Nampak nasi SK itu memang sedikit. Selalu membukit nasi di kedai Arab ni. Hehe nasib baik ada roti.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya hidangan. Memang menggamit selera. Lagilah mix bbq tu....rasa nak minta mambang terbangkan ke LD.
    Moga Iman berjaya dapat kerja yang diimpikan.

    ReplyDelete
  11. Cantik la pinggannya tu. Nampak sedap nasi tu. Biasa menimbun nasi kalau kedai arab.

    ReplyDelete
  12. Memang baguuuuuus dari dekorasi, layout dan plating makanan ya kak. 😍😍😍. Saya sukaaa nasi arab, dan kalau makan di mana2 resto pun pasti pesan pakai lamb.

    Porsi di sini walau kecil saya sukaaa. Sebab terkadang kalau sedang traveling, saya banyak kuliner kemana2. Jadi porsi kecil di setiap resto dah cukup, supaya bisa makan di banyak tempat 😄😄

    ReplyDelete
  13. Moga dipermudahkan segala urusan Iman, semoga cepat dapat tawaran kerja yang bagus dan 'masyukkk' lepas temuduga ni! Alang-alang tu, seronok tengok menu kambing kat Restoran Dallah ni. Walaupun nasi nampak sikit, tapi kalau kambingnya meriah dan empuk, memang puas hati sangat!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!