Assalamualaikum WBT
TERSEDAR awal Subuh tadi bila terdengar bunyi hujan lebat menimpa bumbung tambahan jiran sebelah kiri dan sebelah kanan. Tak ada angin, tak ada ribut, tak ada guruh, tak ada petir, cuma bunyi hujan turun menderu. Hujannya tak lama la tapi, tak sampai 20 minit pun, yang tinggal hanyalah bunyi rintik-rintik kasar. Sehingga Sk keluar pagar, hujan dah berhenti. Sampai persimpangan Ulu Pulai, hujan kembali turun menimpa bumi Jauhar.
Kita tinggalkan kisah hujan, jom Sk bawa pembaca ke Restoran KAWD yang terletak di Taman Sri Pulai Perdana. Dah beberapa kali Sk ke sini, tapi tak la selalu sangat. Ni, Iman la meracun fikiran PI yang asyik berzikir nak makan rusuk kambing lagi lepas makan Lamb Rack di Wedding Reception Shazreen tu.
Di KAWD ni kombinasi menunya, ada lokal dan western. Tepuk dada tanya selera. Kadang-kadang dalam satu family tu mungkin ada tekak omputeh, ada tekak melayu, bolehlah ke sini.
Cari-cari menu rusuk kambing, tak ada. Dua beranak berbincang, Iman cadangkan ambil menu platter yang dicadangkan untuk 3 hingga 4 pax. Oleh itu, Sk biar jer mereka pilih.
Mesclun Salad, RM16
Mesclun Salad ni ialah hidangan campuran lima jenis sayuran segar (salad) yang digaul bersama kekacang, serpihan keju biru feta (feta blue cheese crumble), dan disiram dengan minyak zaitun (olive oil).
Biasanya untuk pembuka selera kami pilih Mushroom Soup yang datang bersama Garlic Bread. Ada sekali tu Sk pilih Seafood Chowder tapi kali ni PI tak nak mushroom soup tapi nak salad. Saladnya segar tapi kekacangnya macam dah lemau.
Kami diberi dulang empat segi untuk makan. Berkerut la kening member, tak puas hati sebab tak diberi pinggan yang proper. Dulang tu ringan, kan.. bila makan dia bergerak tak duduk diam. Kami minta pinggan lain untuk PI. Hilang mood nak makan tengok perangai anak mak mentua ni. Tu takpe, muka staf yang hantar makanan tu pun siap ada subtitle ek tengokkan perangai customer dia ni, hahaha.
Disebabkan Sk tak pilih apa-apa main course, Sk pesan minuman yang sedap sikit, la iaitu Sangria Collest (Blended), RM12 (depan) dan Banana Strawberry Frappe, RM13.
Sangria Collest berperisa limau nipis, sangat menyegarkan dan sedap, macam aiskrim solero. Tu kalau dia tambah satu skup aiskrim vanilla tu memang betul jadi aiskrim solero, hehehe. Sesuai sangat ya minuman ni dengan hidangan western yang mereka pilih. Banana Strawberry tu muak sikit lagi lagi dia letak whipping cream tu, kan. Iman kata, dia salah pilih air. Untuk PI, minumannya Promegranated Lemon, RM12, masam manis buah delima dan lemon tu buat mata kita jadik kecik (sepet), hihi.
Godfather Platter untuk 3 hingga 4 pax, RM160. Ia mengandungi kombinasi tiga jenis protein premium iaitu Australia Grass-Fed Striploin (daging lembu), Australia Lamb Shank (kambing) dan dua keping potongan ayam (Sous-vide Chicken). SK kurang pasti kalau ada saiz platter yang lebih besar.
Dalam sistem pesanan tu, kita diberi pilihan untuk memilih tahap kematangan daging dan kami pilih medium rare.
Ciri-ciri utama untuk kematangan medium rare:
Suhu dalaman: Sekitar 52°C hingga 57°C (atau 125°F hingga 135°F).
Tekstur: Daging sangat empuk, lembut, dan lembap (juicy) di bahagian tengah.
Warna: Bahagian luar perang keperangan (kerak) dan berubah kepada warna merah cerah atau merah jambu lembut di bahagian dalam.
Godfather Platter ni ada salad juga, sepatutnya tak perlu dah pesan Mesclun Salad tu. Tapi tu la, agaknya mereka tak perasan padahal rasanya dalam menu tu ada penerangan cukup dah.
Terdapat tiga jenis sos disertakan dalam Godfather Platter ni. SK tak pasti nama sos-sos ni tapi satu tu sos bbq lada hitam, satu pedas dan satu lagi creamy. Ketiga-tiga sos tu sedap.
Perapannya sedap, tak masin dan tak ada rasa pelik. Walaupun agak lama menunggu ia dihidangkan tapi puas hati, daging-dagingnya semua empuk dan saiz hidangan ni agak banyak jugak untuk kami tiga beranak. Rasanya, kalau nak makan lagi lain kali, tak payah ambil makanan lain, ni pun dah banyak sangat. Sudahnya, sekeping lagi ayam tu kami minta bungkus bersama baki salad yang tak habis jugak, hihi.
Total harga makanan dan minuman, RM225.50 tapi ada diskaun RM8. Dah best ada diskaun tiber kena cukai perkhidmatan RM13.05, SST RM13.05, dah jadi RM243.60. Lama lagi la nampaknya baru boleh repeat, hihihi.
Disebabkan Sangria Collest tu sedap sangat, Iman pesan satu lagi untuk dia. Lepas tu mintak tutup, bawa balik.
Ayam lagi sekeping tu, buat bekal pergi office. Ni panaskan dalam air fryer aje la. Memang itu la kerja Sk, jadi JK Pelupusan, hurmm... sabar aje la kannnnn. Bagus pun bagus, jimat duit makan Sk, hahahaha. Tapi tu la, jimat punya jimat, petang-petang, pergi Syurga Dessert pulak, hahahahah. Tu nasiblah Sk bukan kaki mengupi, hihihi.
















Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih