MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, April 30, 2010

award dari Kak Yatie




Assalamualaikum, Salam Pagi Jumaat yang membawa barakah. Interesting Award ini didatangkan khas dari Lousiana, US tau. Jauh tu terbang melalui jaringan maya. Terima kasih ya untuk kakakku Nor Hayati Ramlan, ku doakan Kak Yatie sentiasa sihat dan gembira di sana. Kalau tengok potret Kak Yatie pun kita boleh nampak yang Kak Yatie sentiasa diulit kebahagiaan di samping suami dan putera-puteri yang dikasihi... Alhamdulillah.. syukur pada Allah swt yang memberi nikmat.

Ada tengok Anugerah Bintang Popular tak? Masa mereka-mereka tu dapat anugerah kena bagi ucapan kan? Haaa... meh baca ahkak nak bagi ucapan sikit ya.. hehe.

Thank and link the person that give you the award ni syarat nak ambil award
~ Terima kasih sayang yang tak terhingga untuk pemilik tanah Sinar Kehidupanku KAK YATIE

2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover

kawan-kawanku, ini award untuk uols ya:
1. izahdaut pencinta muffin
2. azie yang creative
3. qee pemilik recipeku
4. ana matahariku
5. kak ita lestari kehidupanku
6. anna- yummy cuppies
7. kak lizloteng dgay housewife
8. kelly kelly's life
9. erienz bun & butter
10. mas duniaku


3. Contact said blogs and let them know they've won this award
- OK....akan di beritahu...

4. State 7 things about yourself

1- Suka memasak sambil menyanyi... (oiii nak kahwin ngan orang tua, memang pun, dapat yang tua 5 tahun, tua jugakkan..)
2- bukan jer suka memasak sambil menyanyi, tapi buat apa kerja pun mesti nak menyanyi2 gak.. suka menyanyilah tu..
3- Kadang-kadang suka bertangguh (mesti Kak Yatie tak suka ni)
4- Suka membaca tak kiralah apa saja pun..
5- Suka mengemas habis-habisan, kalau datang malas memang tak mengemas
6- Suka buat kek dan mengujinya sendiri, sangat suka kalau menjadi, nanti berat pun naik berkat-kati
7- sangat pemaaf, tak serik-serik dengan apa yang orang dah buat pada kita.. dah tau perangai orang tu macam tu pun.. tapi masih nak baik lagi. huhu..

Oklah dah siap tugasan yg di beri. Harap puan2 yg namanya tertera di atas sudilah terima award ini bersama tugasan sekali. Kalau nama di atas pernah di Tag dengan tugasan ini, abaikan saja. Tiada paksaan di sini. Semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Thursday, April 29, 2010

Siakap Kukus Stail Nyonya



Assalamualaikum, salam pagi Khamis.. tak sabar nak tunggu esok.. tak sabar nak tunggu Sabtu supaya dapat qada tidur.. hehe.

Seperti yang dijanjikan pada entri Sotong Baby Kailan tu, hari ini saya akan masukkan resepi Siakap Kukus Stail Nyonya. Resepi ini sangat mudah, saya pasti ramai yang dah tahu cuma di sini saya nak kongsikan cara saya. Minta maaflah kalau ada para nyonya yang kebetulan terterjah ke sini kalau cara saya ni salah kerana saya tak pernah merujuk pada mana-mana resepi. Resepi ini saya belajar dengan en hubby tau, kami ni selalu jugak buat eksperimen masak-masak ni lagi-lagilah menu-menu yang terdapat di kedai tomyam tu. Kalau rasanya masyuk, wah... bukan main seronok lagi, nanti masing-masing tak mahu mengaku kalah dia yang cipta resepi.. dia yang masak sedap...hahaha.

Resepi saya ni sangat sesuai bagi kawan-kawan yang bekerja yang tak sempat nak sediakan rempah-ratus tu, sebab ia menggunakan ramuan segera, jadi tak perlulah nak mengisar bawang lada dan sebagainya. Tapi nak bagi tahu jugaklah, rempah-rempah segera ni bukan semuanya terus jadi sedap. Ada yang rasanya hampeh, jadi kena tambah bahan jugak, bukan main lebur je ya.

Asyik membebel je kan, jom layan resepi..

Ops, sebelum terlupa, pastikan ada pengukus yang boleh masukkan ikan seekor,ni pesanan untuk orang yang baru kahwin atau bujang, rasanya yang dah lama kahwin mesti dah adakan.. dan juga pinggan stainless steel untuk meletak ikan

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
2 sb perencah sambal ikan kukus nyonya (apa-apa jenama, kalau nak guna pes tomyam pun boleh)
3 ~ 4 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 biji tomato (dibelah empat)
2 tangkai daun ketumbar
1/2 sk serbuk lada putih
1/3 cawan air
Air secukupnya untuk mengukus
Sedikit minyak masak
1 sk garam

Cara-caranya:
1. Panaskan air dalam periuk kukusan. Masukkan sedikit minyak masak dan garam. Potong akar ketumbar, masukkan ke dalam air kukusan.
2. Ikan dibuang sisik, dibersihkan dan dibelah bahagian bawah sehingga jadi macam rama-rama nak terbang (yang ni selalu saya suruh orang pasar buat.. hehe, alasannya rumah takde pisau.. bole gitu?). Taburkan serbuk lada putih. Letakkan ikan meniarap di atas pinggan stainless steel.
3. Dalam mangkuk, masukkan perencah sambal nyonya atau pes tomyam dan jus limau nipis dan 1/3cawan air, kacau rata, tuangkan ke atas ikan yang meniarap tadi.
4. Susun bawang dipotong bulat dan tomato di atas ikan. Potong tangkai daun ketumbar anggaran 1/2" taburkan sekali di atasnya. (Bahagian daun tabur setelah ikan masak).
5. Kukuskan ikan selama 10~15 minit. Keluarkan ikan berhati-hati dari periuk kukusan. Taburkan daun ketumbar.

Hidangan ini lebih enak dinikmati bersama nasi putih dan sotong baby kailan (tengok sini). Lebih umphh lagi jika ada lada hijau jeruk.. memang tak toleh belakang punya.. hehe

Nota: Bahagian atas pengukus kalau nak senang gunakan yang rata supaya mudah meletak dan mengeluarkan pinggan ikan.

Wednesday, April 28, 2010

haiwan pun boleh update status kat facebook?

SALAM SEJAHTERA.. Selamat Malam.. saya sedang berguling-guling ni, entah berapa kali guling pun tak pasti semuanya gara-gara mamat ni.

Dah berapa kali pergi blog dia pun asyik jatuh terguling pasal entri dia yang tajuknya lebih kurang macam kat atas tu.

Kalau kawan-kawan nak terguling sekali.. apa kata jom pergi sini

ahkak kompom uols akan jatuh terguling punya.. layan.......

award-award dari Ayu ~ HadifHadifah

Assalamualaikum... Selamat Sejahtera, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan datang mengundang.

Dalam bunyi gruk.. gruk.. ni saya memberanikan diri mengetuk lappy dan memungut award-award dari rumah Ayu~HadifHadifah yang sangat comel tu. Maaflah Ayu, lambat sikit Kak Yus datang rumah Ayu, maklumlah sibuk sikit, dah petang-petang ni barulah sempat.

Terima kasih ya Ayu kerana memberikan Kak Yus award yang cantik ini. Walaupun pernah dapat award seakan-akan yang ini tapi tuan yang memberinya tak sama, kecil tapak tangan, padang bola ku tadahkan.




ermmm.. award yang kat bawah ni memang gorgeous... i likeeeeeeee! Yang ni Ayu kata sesiapapun boleh ambil, jadi saya angkut sekali harung.. haha.



kepada kawan-kawanku, sudikanlah mengambil dan memanjangkan award ini kepada teman-teman yang lain semoga ikatan ukhwah yang terjalin berkekalan hendaknya.. insyaAllah..

Mr Teddy Yang Comel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pagi rabu yang mengenyangkan, baru sahaja lepas sarapan mee goreng yang saya tapau dari kantin. Tak ada yang istimewa pun, biasalah makanan budak sekolah. Nak buat sarapan sendiri pun tak sempat, nak singgah di luar pun leceh jadi ke kantin sajalah. Tak perlu susah-susahkan kepala.

Entri pagi ini untuk menunaikan janji kepada Mas - Duniaku kena dera dengan Mas ni.. maklumlah bukan sikit-sikit punya tugasan. 10 soalan setiap satu lima jawapan, boleh pecah kepala ni Mas. Tapi takpe, demi persahabatan yang terjalin di alam maya ni akan saya tunaikan hajat Mas. Nasib baik Mas bagi upah Mr Teddy ni.. hehe.. comel sangat..



Tugasan pertama:
COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.... Ok...tu.. kat atas tu..

2 - BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....

Award dari Mas- Duniaku yang rajin masak dan buat kuih tu

3 - TAJUK POS MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH?
KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...ermmmmm....

4 - FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU....

1.SARI - panggilan di kalangan saudara mara, arwah abah yang letak nama ni
2.UDA - pangglan di kalangan ahli keluarga kerana saya anak yang ketiga
3.YUS - panggilan di kalangan kawan-kawan ~ seorang kawan masa Tingkatan 2, Syikin yang mula panggil saya dengan nama ni..
4.BONDA - panggilan anak dan anak-anak saudara
5.MAMI YUS - panggilan di kalangan anak saudara sebelah suami
p/s: sebenarnya ada banyak lagi tau nama panggilan saya... hehe

5 - FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....

1. 4 Okt (hari lahir arwah abah)
2.14 Mac (hari lahir ibu)
3.30 April (hari lahir suami)
4.20 Januari (hari lahir Yaya)
5.30 Januari (hari ulang tahun perkahwinan)
p/s: pun ada banyak lagi tarikh-tarikh yang penting dalam hidup saya..

6 - FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....

1.Hantar Yaya ke sekolah
2.Buat ujian amali subjek digital untuk pelajar saya
3.Layan internet
4.Pergi pasar malam
5.Baca suratkhabar... suka baca novel bersiri yang terbit tiap hari selasa 'Tiada Khatimah Cinta' akhbar Harian Metro

7 - FIVE WAYS TO BE HAPPY....

1.Bersama keluarga tercinta
2.Pergi rumah mak dan adik-beradik
3.Buat kek menjadi
4.Dapat pakaian baru.. hehe
5.Rumah bersih, kemas dan cantik


8- FIVE FAVOURITE MOVIES...

1. Seram - Apa-apa bahasa pun takpe
2. Kelakar - Melayu/ Inggeris/ Cina
3. Romantik - Korea
4. Penyiasatan - Inggeris
5. Misteri - Inggeris/ Melayu

6 - FIVE FAVOURITE HOBBIES....

1.Membaca
2.Bercuti
3.Tidur
4.Melayari Internet
5.Memasak

7 - FIVE FAVOURITE PEOPLE....

1. Abah dan Ibu
2. Suami dan Anak
3. Adik-beradik
4. Anak-anak saudara
5. Kawan-kawan baik... ermmm dah lebih 5 orang kan..

8 - FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....

1.Menunaikan haji dan umrah....
2.Bukit peranginan
3.Pantai
4.Negara empat musim
5.Disneyland

9 - FIVE REASON YOU ANSWER THE SERVEY....

1.Ermmmm.....
2.Demi persahabatan dengan Mas
3.Rasa dihargai Mas
4.Supaya saling mengenali
5.mengeratkan silaturrahim yang terjalin

10 - FIVE PERSON TO TAG....PASTINYA AKAN ADA PENYAMBUNGNYEEE...hihi...
1.Erienz
2.Ezreen
3.Cik Mat Gebu
4.Lizloteng
5.Mamarempit



Diharap Mas puas hati dengan tugasan yang Yus siapkan ni ya..

Tuesday, April 27, 2010

sotong baby kailan feberet

Salam Sejahtera, bertemu lagi kita di kesempatan ini kan. Ramai yang dah kenyang nampaknya tu. Ramai gak yang tengah mengunyah-ngunyah sambil layan blog kan. Saya hari ni macam terlebih rajinlah pulak nak mengentri, pasal masa tengah bersih-bersihkan sawang kat pendrive tadi ternampaklah pulak gambar anak kailan ngan mak sotong ni.. hehe.

Sebenarnyakan, inilah menu feberet family saya di hujung minggu. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu memang sayur ni wajib ada dalam senarai untuk dinikmati bersama ikan stim nyonya (nantikan kemunculannya nanti). Jadi kepada adik-adik yang baru mendirikan rumahtangga tu nanti ahkak sharekan cara nak memasak yang sedap dan simple untuk menambat hati suami.. chewah!

Orang yang bekerja macam saya nikan, manalah ada masa nak sediakan segala macam rempah yang cerewet dan banyak kerja tu. Sindrom malas pun boleh tahan juga tapi janganlah jadikan alasan untuk tidak memasak lebih-lebih lagi di hujung minggu. Kalau hari Isnin sampai Jumaat tu ada juga maafnya dik. Kalau hari minggu pun nak beli bungkus juga, bilalah en suami nak merasa air tangan isteri.

Jadi yang baru-baru kahwin tu mesti semangat kan nak masak untuk cik abe. Lepas ni sekali-sekala kalau nak makan style kat kedai tomyam tu bolehlah buat sendiri di rumah. Mesti cik abe sayang kat mu. Oh, ya... pada otai-otai minta mahaflah ya.. malulah pulak nak tulis resepi, kita pakai campak baling je..

resepi ini untuk orang baru kahwin yang baru nak belajar memasak.. kui2.. boleh juga untuk orang yang ada penyakit 'M'... lagi sesuwaiiii..


Ni pertama kali masuk resepi sayur pasal sayang nak delete gambar.. haha
Bahan-bahan:
1 bungkus baby kailan
3 ekor sotong sederhana
4 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1/2 labu bawang besar (dipotong bulat)
3 biji cili padi (jika mahu pedas)
2 sb sos tiram
1 sk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Bersihkan sotong dan dipotong setebal 1~2cm
2. Baby kailan direndam dalam air garam, jika besar potong dua. Bilas beberapa kali dan toskan.
3. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis sekejap dan masukkan sotong. Kacau sebentar hingga sotong masak. Masukkan bawang besar serta cili padi dan kacau lagi.
4. Masukkan baby kailan, kacau sebentar dan masukkan sos tiram. Apabila sayur hampir layu masukkan bancuhan tepung jagung, biar mendidih sebentar dan bolehlah dihidangkan.


masakan ini tidak memerlukan garam dan sebarang serbuk perasa.




nantikan kemunculannya..... siakap stim nyonya

orang mengantuk disorongkan bantal..

Assalamualaikum, salam sejahtera di pagi selasa yang cerah ini. Bukan nak cerita pasal peribahasa ya.. saya nak cerita pasal bantal.

Mesti semua orang ada bantal sendiri kan? Kalau boleh bantal tu kita jer yang pakai, orang lain tak boleh guna bantal kita. Kalau tak ada bantal tu susahnya nak tidur. Kalau tukar bantal baru biasanya dalam semalam dua tu agak sukar nak melelapkan mata. Rindu sangat kat bantal kita tu kan..


(sekadar gambar hiasan)

Sebab tulah agaknya kadang-kadang bila kita berjalan jauh dan bermalam di tempat lain susah nak tidur.Pasal memori mimpi kita tak ada kat bantal tu. Ada juga yang sanggup bawa bantal sendiri pasal susah nak tidur nanti.. ermmm.. macam bantal busuklah ya.

Sebenarnya nak cerita pasal bantal ni bukan apa. Pagi Ahad yang baru lepas ni, matahari pagi agak terik. Jadi terlanjur nak menukar dan membasuh cadar dan sarung bantal saya fikir baik kalau saya jemur sekali bantal-bantal tu. Cuaca lembab akhir-akhir ni membuatkan bantal tu sejuk dan penyek.. hehe, jadi kalau jemur tu mesti jadi macam roti masuk dalam oven kan, best tu.. tidur malam pakai bantal yang gebu, mahu tak bangun besoknya.

Semasa menyarung bantal-bantal yang dah dijemur tu saya terfikir sesuatu. Bukanlah kita nak meminta sakit atau penyakit tapi saya teringat dulu betapa kerapnya saya diserang selsema dan batuk. Begitu juga dengan Yaya dan En Hubby. Kerap sangat, lebih-lebih lagi Yaya. Kalau suami saya boleh dikatakan tiap-tiap bulan akan ke klinik, puncanya demam, batuk dan selsema. Suami saya ni merokok boleh tahan juga, puas suruh berhenti...ermmmmmm je memanjang jawapannya.

Si Yaya pulak, boleh dikatakan rutin demam dan selsema tu memang tiap-tiap bulan. Pendek kata, baru je dapat duit 'claim' klinik bulan lepas, masa tulah saya akan bagi resit 'claim' yang baru. Malu gaklah dengan kawan yang jaga kewangan tu, tapi dah sakit nak buat macammana kan.

Jadi saya pun terfikir, adakah penggunaan bantal pun memberi kesan pada kesihatan kita? Untuk pengetahuan kawan-kawan,kami sekeluarga dah lebih enam bulan rasanya menggunakan bantal jenis anti-hama. Sebenarnya masa beli bantal ni tak fikir pun pasal anti-hama tu. Cuma nakkan bantal yang selesa dan gebu macam kat hotel tu.. hehe. Sebelum ni kami guna bantal kekabu, lepas tu pasal rasa macam tak berapa best kami tukar dengan bantal kapas yang sebiji RM10 tu, murah tu memanglah tapi sekejap-sekejap nak kena tukar pasal keempukkannya cepat hilang.

Masa jualan Metrojaya tahun lepas, kami akhirnya tutup mata beli bantal ni tiga empat biji. Nak bantal macam kat hotel punya pasal.. hehe. Ialah, bantal ni bukannya murah, nasib baik ada offer baik punya! Dan saya baru perasan masa nak sarung, bantal tersebut anti kepada hama.. mmm, bagus juga.. fikir saya.

Mungkinkah kerana bantal tu, kini kesihatan keluarga saya lebih baik? Rasanya dah lebih tiga empat bulan kami tak berjumpa doktor. Puas juga saya mencari info tentang bantal dan kesihatan ni tapi tak jumpa pulak. Jadi di sini saya nak kongsikan pada kawan-kawan yang selalu ada masalah selsema, batuk yang boleh menyebabkan demam tu cuba tengok jenis bantal anda. Kalau memang bantal kawan-kawan jenis anti-hama tapi masih juga selalu sakit seperti di atas tu, saya tak dapatlah membantu tetapi kalau kawan-kawan menggunakan bantal kapas atau kekabu apa kata cuba bertukar kepada bantal anti-hama.

Saya cuma berdoa agar keluarga saya terus sihat di bawah lindungan Allah swt... Amin. Dan mungkin bantal anti-hama juga merupakan satu inisiatif untuk menjaga kesihatan selain banyakkan mengambil air kosong dan menggunakan sabun pelindungan kuman untuk keluarga anda.. hihi (macam iklan pulak ya).




Sunday, April 25, 2010

kuih cara berlauk muffin style

Assalamualaikum, dah tiba ke penghujung minggu, maknanya esok seperti biasa rutin berdepan dengan kesesakan jalanraya kembali melanda. Rasanya macam dah lama betul tak buka blog dan berblogging sejak petang Jumaat yang lepas. Penat dan mengantuk membuatkan hasrat hati nak menghidupkan lappy pun tergendala.. macam malas jer..

Tapi saya gagahkan juga untuk meng'update' malam ini, supaya entri tidak basi.. hehe. Kali ni nak masukkan entri masak-masak, biasalah kalau hujung minggu, macam-macam terlintas dalam kepala untuk memanaskan oven.

Baru petang tadi saya buat kuih cara berlauk ni. Selalu beli, kali ni nak cuba buat sendiri, pasal tak puas makan yang beli. Banyak kali jumpa resepi ni tapi main hafal-hafal gitu je dan tak pernah mencuba. Jadi kali ni setelah dicongak-congak saya cuba buat sukatan sendiri. Inti daging tu pun saya pakai hentam jer.. nak mudah dan cepat.. hehe. Pulak tu tak ada acuannya jadi saya gunakan loyang muffin.. boleh gitu?

Jadi kalau ada sesiapa yang ada penyakit 'M' macam saya bolehlah cuba, dijamin jadi.. insyaAllah..

Kuih Cara Berlauk Muffin Style
Bahan-bahan inti:
3/4 cawan daging lembu/ ayam kisar
3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1/2 st serbuk lada putih
1 st serbuk kari daging
garam secukup rasa
3/4 sb minyak masak
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar, kacau rata, pastikan daging tidak berketul.
2. Masukkan bawang dipotong dadu, serbuk lada putih, serbuk kari dan garam secukup rasa. Apabila bawang layu, tutupkan api, ketepikan.

Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan sapu loyang muffin dengan minyak masak.

Bahan-bahan kuih cara:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 cwn air
1/2 cwn santan pekat (saya guna santan kotak M&S)
1 biji telur
1/2 st garam
1/3 st serbuk kunyit
Cara-caranya:
1. Masukkan air ke dalam jug pengisar (blender) diikuti tepung.
2. Kemudian masukkan santan pekat, telur, serbuk kunyit dan garam, kisar sehingga sebati.
Nota: Tujuan memasukkan air dahulu bagi mengelakkan tepung melekat pada pisau pengisar.

Bahan hiasan:
1 tangkai lada merah dipotong bulat

Cara menyediakan.
1. Tuangkan adunan 3/4 penuh ruang lompang loyang muffin yang telah disapu minyak.
2. Taburkan inti daging ke atas aduna kuih cara.
3. Taburkan sedikit lada yang dipotong bulat.
4. Bakar dalam ketuhar selama 30~35 minit atau sehingga ia masak.

Wednesday, April 21, 2010

tanda-tanda kematian

Assalamualaikum, salam sejahtera untuk semuanya yang sudi mengikuti saya di Alam Sari ini. Tiba-tiba hari ni rasa nak pergi ke tajuk yang lebih serius. Mungkin kerana sejak kebelakangan ini kerap sangat mendengar berita tentang kematian. Selain orang yang dikenali, orang yang terkenal kerap juga di dada-dada akhbar banyak sekali berita tentang kematian tiba-tiba sama ada kemalangan, dipanah petir, mati lemas dan sebagainya yang tiada tanda-tanda seseorang itu akan pergi meninggalkan kita selamanya.

Semua ini membuatkan saya kadang-kadang tidak dapat lari dari tertanya-tanya, apa benarkah seseorang yang akan meninggal dunia itu tahu bahawa nyawanya akan ditarik. Ini kerana kita sering mendengar atau membaca mereka yang pergi mengadap Ilahi ini biasanya menunjukkan tabiat aneh seolah-olah dia tahu, dia akan pergi meninggalkan segala yang dikasihinya untuk selama-lamanya.

Kalau ada yang pernah mengikuti cerita saya sebelum ini, dalam entri 'Abah' saya ada menceritakan tentang arwah abah saya yang pada hari pemergiannya asyik menunggu jam 3, dan jam 3 itulah abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jadi, benarkah kita akan tahu bila masanya sampai untuk kita? Wallahu'alam.

Saya percaya kebanyakan kita tahu tanda-tanda menjelang kematian sama ada melalui pembacaan atau email yang dihantar kawan-kawan kita. Mungkinkah kita juga dapat merasakan tanda-tanda itu apabila masa kita sampai? Apakah sikap kita akan berubah. Bersungguhkah kita beribadat kerana tahu kita akan mati? Adakah kita akan berhenti kerja, meninggalkan keseronokan dunia kerana kita tahu kita akan mati? Sesungguhnya mati itu kerja Allah swt. Tiada siapapun yang akan tahu bila dia akan mati. Mungkin itu hanya dapat diketahui oleh banduan yang ditinggalkan di bilik akhir.

Dikatakan juga apabila sampai tanda-tanda yang terakhir kita hendaklah mengucap dua kalimah syahadah dalam keadaan kiam dan jangan bercakap-cakap. Mampukah kita begitu, Ya Allah.. mudah-mudahan kita diberi hidayah untuk menikmati saat-saat terakhir itu.

Walaupun tiada siapa yang tahu saat kematiannya, namun ulama ada berkias mengenai tanda-tanda kematian seseorang dalam tempoh 100 hari sebelum dia mati..

Tanda-tanda kematian:
100 hari - seluruh badan bergegar
60 hari - pusat rasa bergerak-gerak
40 hari - daun bertulis nama bakal si mati di arasy akan jatuh dan malaikat akan sentiasa mendampinginya. Kadang-kadang bakal si mati akan ternampak kelibat malaikat maut dan berubah resah serta runsing
7 hari - mengidam makanan
5 hari - anak lidah bergerak-gerak
3 hari - bahagian tengah dahi bergerak-gerak
2 hari - seluruh dahi rasa bergerak-gerak
1 hari - terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dengan waktu asar
saat akhir - terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (bahagian belakang badan)
Justeru, sebaik terasa tanda-tanda akhir ini, mengucap dua kalimah syahadah dalam keadaan kiam dan jangan bercakap-cakap.

Wallahu'Alam..

Tuesday, April 20, 2010

dam oh dam

SALAM SEJAHTERA, dah nak masuk hari Rabu. Punyalah penat, tak sabarnya nak tunggu cuti semester supaya saya dapat bercuti panjang sikit. Maklumlah, kalau ambil cuti semasa minggu kuliah, takut nanti ada yang marah.. hehe. Kalau cuti sehari dua tu mungkin boleh, itupun kalau betul-betul ada hal yang mustahak.

Sebenarnyakan, saya ni teramatlahhhhh malasnya nak keluarkan laptop dari beg. Tapikan sebab dah seharian tak ada entri baru, rasa macam ada yang kurang pulak. Begitulah agaknya jiwa seorang blogger kan, paling tidak satu hari mesti ada satu entri. Kalau tak, tak lengkap hari rasanya.

Entri saya hari ni entri borak-borak je, nak cerita pasal dam. Mesti semua pernah main dam kan? p/s: Nak tahu tak, baru-baru ni masa perjalanan balik kerja, saya singgahlah satu gerai ni kan. Punyalah syok diorang main dam, siap muka berkerut-kerut, macam dasyat jer main dam tu. Eh, dasyat la, papan dam dia besar, bukan yang macam saya selalu main zaman sekolah-sekolah dulu. Jadi cabaran nak pergi 'haji' dan makan buah dam kawan tu memang memerlukan konsentrasi yang jitu, tu yang berkerut-kerut bagai nak putus urat dahi.. huhu.

Ha, yang tu dam haji. Ada lagi, dam ular. Tapi yang ni tak pernah lagi nampak orang tua main dekat warung. Kalau ada memang sah-sahla buang tebiat.. haha. Saya kalau main dam ular dengan Yaya, memang selalu main ngelat.. hihi, tak mo kalah punya pasal. Tapi awas, kadang-kadang main dam ular pun boleh gaduh tau. Lagi-lagi kalau asyik-asyik kawan tu je yang menang.

Baru-baru ni, anak saudara saya datang rumah, siap bawa papan dam nak ajak Yaya main. Mula tu saya macam tak berapa heranla, tapi lama-lama saya tengok, kenapa banyak sangat papan damnya. Rupa-rupanya dah ada macam-macam dam sekarang. Orang lain saya tak tahulah, tapi saya cakap betul, nilah pertama kali saya tengok dam-dam ni selain dam ular dan dam haji. Jom.. layan gambar...

dam haji pun ada terselit di antara kepingan papan dam yang lain..


NaruTO


yang ni evergreen.. dam ular. Tapi dulu kita kalau nak naik pakai tangga,yang ni pakai tongkat, tapi cute kan ular-ular tu..


spiderman


yang ni tataw.. haha


superhero.. mengumpulkan segala hero-hero di dunia, cicakman je tak ada


yang dua-dua kat bawah ni sapa tau tolong bagitau ya..



Ha.. tu dia. Jangan ada yang nangis guling-guling pasal masa zaman sekolah dulu tak ada dam-dam ni semua. Belum terlambat lagi, silalah dapatkan di kedai-kedai yang berhampiran ya..

Monday, April 19, 2010

jom buat 'cheese cake'




Assalamualaikum, Salam Sejahtera.... amboii.. hari-hari Isnin macam ni ramai yang mengeluh... 'monday blues' kononnya.. ahakz!

Hari ini saya nak kongsikan resepi kek keju yang saya buat Sabtu lepas. Sedap dan lemak manis rasanya ditambah pula dengan topping coklat ganache dan buah strawberry... memang terangkat. Kali ni Yaya betul-betul suka, berulang-ulang dia makan. Hai... makin chubbylah anak saya sorang tu.. Lagi satu dia punya suka sampai siap letak lilin konon-konon sambut birthday.. haha.

Resepi ni saya dapat dari Kak Jun 'cupcakekasih' . Base yang saya gunakan ialah adunan kek span jenama Nona yang saya buat sehari sebelum tu. Terima kasih ya, Kak Jun, saya kongsikan resepinya di sini untuk kawan-kawan yang lain.

Bagi yang baru nak belajar tu saya nak beritahu, base kek span yang kita gunakan ni, tebalnya lebih kurang dalam 1" je. Jadi kek span saiz biasa tu hendaklah dibelah dua. Jangan pulak letak semua dalam loyang ya. Sebenarnya saya pun baru belajar.. huk2..

Eh.. eh.. banyak cerita pulak ya.. Jom salin resepi..



Kek Keju Lemak Manis
Bahan-bahannya:
Base:
1 slice 8" kek span (saya guna adunan kek span jenama Nona dan dibelah dua)

Adunan Krim Keju
Bahan A:
350 gm susu segar
50 gm susu pekat manis
250 gm krim keju
50 gm tepung gandum diayak
5 bji merah telur

Bahan B:
5 biji putih telur
80 gm gula kastor

Cara-cara:
Adunan A:
1. Panaskan ketuhar 180'C. Lapik kertas minyak pada loyang berukuran 8". Masukkan kek span, ketepikan.
2. Masukkan susu segar, susu pekat manis dan krim keju dalam satu bekas tahan panas dan masak secara double boil. Kacau sehingga larut dan sebati.
3. Masukkan tepung, kacau lagi sehingga likat.Tutupkan api.
4. Masukkan merah telur, kacau hingga sebati, ketepikan.

Adunan B:
5. Masukkan putih telur dan gula dalam bekas mixer, pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan gebu dan stabil.

6. Masukkan adunan B ke dalam adunan A, kacau secara kaup balik adunan hingga sebati, tuang dalam loyang yang disediakan tadi.
7. Bakar secara 'steam bake' (letakkan loyang kek di atas dulang pembakar yang diisikan air sederhana panas) selama 1 jam + 20 minit, atau sehingga permukaan kek berwarna coklat keemasan.
8. Apabila masak, matikan ketuhar, biar kek dalam ketuhar dan buka sedikit sahaja pintu ketuhar. Keluarkan apabila kek telah sejuk.
9. Simpan kek dalam peti ais antara 5 ~ 6 jam, barulah dihias mengikut citarasa anda.


Sunday, April 18, 2010

ketam bercili selingkar kasih

Assalamualaikum... Salam sejahtera di hujung minggu. Macammana, syahdu tak tajuk entri saya hari ni? Hahaha.. sesaja je, memandangkan ini adalah lauk feberet en suami tetapi bukan citarasa sang isteri. Justeru itu kerana selingkar kasih, sang isteri masakkan juga ketam bercili ni untuk en suami yang dikasihi.

Hujung minggu ni kami lebih suka berehat-rehat di rumah. Malas hendak keluar jika tiada urusan, nanti menghabiskan 'boreh' je.. betul tak? Dapur pun saya dah lap habis-habisan dengan cecair serai wangi Afy Haniff, semerbak sungguh baunya sampai semut dan lalat pun tak berani nak singgah. (ini bukan siaran iklan ya). Maknanya mulai esok saya akan cuti memasak lima hari.. biasalah kalau hari kerja tu sama ada ke pasar malam, warung burger atau gerai tomyam feberet kami ~ Ameeruski.

Kalau nak makan kek, saya dah simpan dalam peti ais, maknanya harus tiada yang mengadu kelaparan ataupun tekak bocor nak makan sesuatu yang bukan-bukan yang saya dah tak kuasa nak sediakan malam-malam. hehe.. Sebenarnya semalam saya ada buat kek yang special sikit tau, tapi nantilah saya update ya.. kenalah masuk satu-satu, nanti entri banyak-banyak orang pun tak sempat nak baca kan..

Jadi di sini saya nak kongsikan resepi ketam bercili saya ni. Sebenarnya ada macam-macam style orang masak ketam bercili ni, terlanjur ada tomato dan carrot, lebih baik saya masukkan daripada kering begitu je dalam freezer. Dan sebenarnya cara saya pun pakai campak baling jer, jadi terlanjur dah ambil gambar tadi, lebih baik saya masukkan resepinya di sini..

Bahan-bahan/ Cara-cara:
1 kg ketam
1 sk serbuk kunyit*
1 sk garam*
1. Gaul dan perap ketam bersama bahan bertanda*
2. Goreng sebentar di dalam minyak yang penuh dan panas angkat dan toskan minyak. Ketepikan.

Bahan A:
1/2 senduk minyak untuk menumis
1 senduk cili kering yang dikisar bersama bawang merah dan bawang putih
1 sk sb serbuk belacan maggi
1 sk asam jawa adabi
1/2 batang carrot di hiris kasar
1 biji tomato dibelah 4
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sk garam
1 1/2 sb gula
1/4 cawan santan pekat M&S
sedikit air

1. Tumiskan cili, bawang kisar hingga garing dan naik bau, masukkan garam, kacau lagi.
2. Masukkan serbuk belacan dan asam jawa, kacau rata. Masukkan gula, kacau lagi.
3. Masukkan carrot, bawang besar dan ketam, gaul sekejap, masukkan sedikit air supaya ia tidak terlalu kering.
4. Masukkan santan, kaca rata. Masukkan tomato, gaul sebentar dan bolehlah dihidangkan. Tabur sedikit daun bawang dan sup sebagai hiasan.


ketam yang disiang en suami,faham2 je kalau orang lelaki yang buat kerja...

Saturday, April 17, 2010

tiada lagi yang paling comel...

Baru je plan nak ber'blogging' tiba-tiba ada bunyi sms masuk. Saya buka... 'Achik Spin meninggal?' Sebab ada tanda soal saya terus buka facebook, manalah tahu dapat berita sahih dan seorang teman maya memberitahu Achik kemalangan MPV dan keretanya terbakar. Innalillahiwainnailaihiraajiunn... sesungguhnya janji Allah itu pasti.

udang goreng mentega bersalut nestum

SALAM SEJAHTERA... dah malam, mesti ramai yang tengah tunggu depan tv kan. Kejap lagi ada cerekarama, 'hantu kek'. Ha... sesiapa yang hantu kek tu mesti nak tahu apa kisah hantu kek ni ek. Saya pun tunggu gak.

Perut lapar, nasi ayam siang tadi ada lagi tapi ayam dah habis. Tiba-tiba teringat nak buat udang goreng mentega, makan dengan nasi tu pun okey jugak. Rajin ke nak salut mentega dengan nestum ni ek.


Ala... bukan susah pun. Ni je bahan-bahannya:

7 ekor udang sederhana (makan berdua je, en suami ada tugasan bola)
5 biji cili padi
1 tangkai daun kari
minyak secukupnya untuk menggoreng udang
1 sb mentega
dan...




tadaaaaaaaaaaaa...........!!!!


goreng udang 2~3 minit

angkat dan toskan minyak

panaskan mentega, masukkan cili padi dan daun kari, tumis sehingga harum.

masukkan udang, kacau rata.. tutupkan api.

masukkan Butter Cereal Seasoning Powder Deli Chef, gaul sebati dan hidangkan.

Enak dicicah dengan Sos Thai..

nasi ayam hainan resepi bonda

SALAM SEJAHTERA, dah siap kemas dapur? Dah siap bakar kek? Kain baju di ampaian dah diangkat? Wah.. semuanya dah siap, patutlah mata tak berkelip mengadap lappy ek.

Dah dua tiga hari, encik suami sibuk betul nak makan nasi ayam hainan. Sebelum ni ada juga saya masak nasi ayam, tapi nasi ayam biasa. Jadi kali ni dia kata dia nak juga makan nasi ayam hainan. Kerana kesuntukan masa, tak sempat singgah ke pasar, jadi saya pesan suruh en suami beli ayam di kedai runcit 24jam dekat rumah kami jer bila balik tugasan di Stadium Larkin, malam tadi.

Tup-tup, lebih kurang jam 11.20 malam, masa saya enak-enak menonton drama Melayu 'Sapu Tangan Merah' @tv2 tu, en suami telefon ajak saya pergi Pasar Borong Pandan. Perghhhh.. mata saya dah kelat ni diajak pergi pasar borong, saya dah terbayang nak peluk bantal ngan selimut saya jer. Dia kata, nanti dia sampai rumah, mandi lepas tu terus pergi. Alahai..... tolonglah memahami keadaanku yang mengantuks ini. Nasib baik drama ni sedap ceritanya, hero pun handsome pandai berlakon, kalau tak dah lama saya berlayar.

Dalam 11.30, en suami pun sampai rumah, lepas mandi dia ajak saya pergi, "Jap, nak habiskan cerita," pinta saya. Maka dalam kedinginan malam, kami sampailah di pasar borong. Bagus jugak beli ayam kat sini, sebab terjamin kehalalannya..

ayam-ayam di sini telah disembelih di pusat penyembelihan milik MBJB dan sentiasa dipantau oleh JAIJ.. perhatikan tag pada kepak ayam, jadi lepas ni kalau nak beli ayam mesti nak cari yang ada tag macam ni..



Di sini saya nak kongsikan resepi Nasi Ayam Hainan yang tidak menggunakan minyak bijan. Saya juga tidak menumis bahan nasi dan sup kerana ingin menjadikannya resepi yang sihat dan tidak berminyak.

Bahan-bahan/ Cara-cara: (hidangan untuk 4 - 5 orang)
1/2 ekor ayam dipotong dua
2 liter air
4 sb stok ayam jenama maggi
1 inci halia dihiris
1 sb kicap cair

1. Rebus ayam bersama stok ayam dan hirisan halia dalam 3 liter air selama 45 minit atau hingga ayam lembut dan masak.
2. Keluarkan ayam, masukkan ayam ke dalam air sejuk, biarkan selama 20 minit. Simpan air rebusan ayam.
3. Keluarkan ayam dari air sejuk, toskan ayam, sapukan ayam dengan kicap cair, ketepikan.

Nasi:
3 cawan beras
4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
1 inci halia dihiris
1/2 labu bawang besar dibelah
2 1/2 cawan air rebusan ayam
3 helai daun pandan
1 sb stok ayam maggi
*cuci beras seperti biasa, toskan dan dimasak dalam periuk (elektrik) seperti biasa bersama semua bahan tersebut.

Sup :
Air rebusan ayam
1 batang carrot (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dibelah)
2 tangkai daun sup dan daun bawang (bahagian tangkai dipotong anggaran 1 inci)

1. Untuk lebih mudah, semasa mengeluarkan ayam, biarkan air rebusan terus mendidih.
2. Masukkan hirisan carrot dan bawang yang dibelah.
3. Apabila carrot telah lembut,masukkan tangkai daun sup dan daun bawang, matikan api.

Kuah kicap:
1 sb kicap pekat
3 sb kicap cair
1 sb sos tiram
1 sb madu
1 sk gula perang/ biasa
6 sb air masak
* kacau rata semua bahan

Kuah Sambal:
5 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
20 ml jus limau nipis
1 - 2 sb gula pasir
garam secukup rasa
sedikit cuka
* kisar dan masakkan sekejap di atas api kecil

Curahkan kuah kicap dan kuah sambal di atas ayam yang dipotong semasa menghidang. Sediakan juga salad, hirisan timun dan tomato. Hidangkan bersama sup. (semua orang pun tahu.. hehe)

Jemput makan..

Thursday, April 15, 2010

sesisir pisang muda

SALAM SEJAHTERA, mesti ramai yang dah makan tengahari kan. Lauk apa jadi pilihan hari ni. Maklumlah, yang mana bekerja tu mestilah singgah ke 'food court' untuk menjamu selera kan. Rambang mata tengok lauk. Itu nampak sedap, yang ni pun nampak sedap. Rasa macam nak ambil semua. Yang mana banyak fulus tu tak apalah dikkk, yang kena bajet-bajet tu biasanya ambil dua lauk je.. macam ahkak ni lah.. hehe.

Yang mana ibu-ibu, bapak-bapak.. yang duk kat rumah tu, mesti dah siap kemas dapur. Ada jugak yang sibuk selongkar kabinet bawa keluar tepung... hahaha. Berangan nak buat keklah tu. Haiiii... kalaulah saya ada kat rumah sekarang..

Eh, saya nak cerita pasal pisang ni. Semalam ke kelmarin ek, masa jalan-jalan kat rumah Kak Raihan yang masak guna periuk tanah tu, saya nampak dia ada masak lauk banjar, kuih-muih banjar. Rupanya bersedara kita kak Ann. Tapi saya ni dah kategori banjar murtad. Nak cakap pun dah tak reti. Mungkin pasal mak saya je banjar tapi abah saya katanya jawa, pun jawa murtad.. hihi.

Tengok-tengok ada resepi 'sesangan pisang muda'. Apa tu...? Bila tengok gambar, ohhh.. yang ni baru mak aku masak minggu lepas. Saya dah ambil gambar tapi tak masuk-masukkan lagi entri kat sini. Punyalah sedap sampai boleh makan lauk macam tu jer. Kak Ann kata, gulai lemak kuning pisang muda ni, kalau dicampur dengan ikan barulah dipanggil 'sesangan', kalau campur ikan bilis.. cemana ek? Jom kongsi resepi ibu saya ni.

Sayur Pisang Muda
Bahan-bahan :
Sesisir pisang muda (paling sesuai pisang lilin)
semangkuk kecil ikan bilis (dibersihkan, direndam)*
5 - 6 ulas bawang merah*
2 - 3 ulas bawang putih*
sedikit halia*(tumbuk hingga halus bahan-bahan bertanda * bersama garam)
sesudu besar lada hitam (ditumbuk/ kisar kering)
secekak daun selasih
semangkuk santan
secawan santan pekat
garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-caranya:
1. Bersihkan pisang dan siat kulit pisang, masukkan ke dalam bekas. (jangan dibuang)
2. Pisang yang sudah disiat kulitnya di potong dua dan dipecahkan dengan anak lesung. Masukkan dalam bekas yang mengandungi kulit pisang. Buat sehingga habis.
3. Bersihkan dan toskan pisang diketuk dan kulit pisang. Rebus dalam periuk sehingga empuk.
4. Apabila telah empuk dan air hampir kering, masukkan semua bahan-bahan tumbuk. Gaul sebati, masukkan santan yang sederhana pekat. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan santan pekat dan daun selasih, kacau sentiasa supaya santan tidak berketul. Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan.








Selamat Mencuba.

bila aral melintang

SALAM PAGI KHAMIS, dah sarapan lum? Mungkin ada yang berpuasa, semoga tabah menghadapi ujian hingga ke petang. Maklumlah, akhir-akhir ini cuaca tak menentu. Kalau panas tu, teriknya bukan main. Negara kita ni humiditinya rendah, jadi kalau dalam keadaan panas ni cepat letih dan penat kan..





Benci taw! Eh, apa yang benci.. benci tu ek??? Bencilah.. semalam dahlah lambat. Hari ni lambat lagi. Ishhh.. tak baik tau. Saya bangun awal pagi ni, macam biasa pukul 5. Keluar rumah pun macam biasa. Tup-tup bila sampai berhampiran BBKP, kenderaan dah beratur panjang. Jarang sangat jadi macam ni kecuali kalau berlaku kemalangan. Masa tu kenderaan dah macam terperangkap. Ada juga yang masuk ke BKPP bagi mengelakkan jammed tu. Tapi rasanya sama juga, sebab tak tahu apa punca sesak. Dibuatnya makin sesak kat dalam tu, makin lambatlah kita.

Dah hampir dengan persimpangan lampu isyarat TPJ, ermmm baru nampak apa yang berlaku. Mana tak nampaknya. Yang melintang tengah jalan tu bukan kecik-kecik orang. Lori dengan bas. Bas sekolah pulak tu, haiiii.. apalah nasib budak-budak tu.


Tapi budak-budak dah takde. Mungkin berlaku awal pagi, tapi sebab yang terlibat tu besar-besar, polis trafik pun nampaknya masih menyiasat, tak dapatlah nak dialihkan. Jadi kami ni semua tersekat. Yang nak terus sangkut, yang nak belok pun tersekat juga.



Hampir 20 minit juga nak lepas keluar dari jalan tu. Kami terpaksa buat pusingan U di TPJ. Haaa. kan dah menyusahkan orang, ini semua kerana tak sabar. Memanglah kemalangan tu tak berbau tapi... ish...susah nak cakaplah. Sebab diorang pun tak minta kemalangan berlaku. Semua nak cepat sampai lampu merah pun di redah juga.Jadi kalau ikutkan dalam 20 mnit tu sekurang-kurangnya saya dah boleh sampai di Jalan Skudai, maknanya.. maknanya... merah lagilah punch card ahkakkkkk!!


alahai... kesiannya signboard ni..



lengang... tiada siapa pun dapat lalu... jom kita balik.. takleh pergi kerja hari ni pasal ada aral melintang..





Kat Jalan Skudai pun satu hal. Saya tak tahulah bila masalah sesak di Skudai ni akan berakhir. Rasa-rasanya dah sepuluh tahun tinggal di KP, sepuluh tahunlah juga berdepan dengan kesesakan yang tiada penghujung. Apa tidaknya, Jalan Skudailah yang akan menemukan beribu-ribu kenderaan yang datang dari perumahan-perumahan sekitar. Biasanya sebaik sahaja turun dari jejambat TUTA memang semua pakat-pakat nyalakan tiga lampu merah kat belakang kenderaan diorang. Memang meriah dikkkk...

Maka lepas tu memang tak boleh berapa nak laju dah. Biasanya pergerakan semakin lembab kat depan bangunan yang dikatakan berh**** tu. Eh... ada... macam-macam versi keluar cerita orang yang dah pergi 'shopping' kat situ. Penuh bonet dengan ranting dan daun, gara-gara 'jualan tengah malam'.

Sebelum sampai jejambat Taman Perling, kat situ memang mengeluh sajalah. Kalau kereta auto mungkin penat duduk. Kalau kereta manual macam saya ni, memang lenguh lutut kaki letih.

Kemuncak pada segala bapak jammed ialah di BBU. Mula dari jejambat sebelum Plaza Angsana, kat sini memang boleh naik darah dibuatnya. Ishhh.. darah ahkak pun dah nak naik ni. Tak mo cerita lagi.. mungkin gambar-gambar ni boleh menjelaskan penderitaan warga JB yang tak tahu bila kesudahannya.


Wednesday, April 14, 2010

kena selongkar

PULAK DAH! Sapa selongkar? Bila?


Hehehe....

Ingatkan dalam rancangan Fuhhh je ada selongkar-selongkar handbag ni, rupanya ada juga berlaku di kalangan para blogger dan handbag saya telah diselongkar oleh Erienz82. Ganas tol Erienz ni, nampak je lemah lembut orangnya. Jom tengok apa dia jumpa dalam handbag saya...





Sebenarnya ni beg make-up yang saya jadikan sebagai handbag sebab ia mudah di bawa. Pecuma dengan pemberian barang Avon bernilai RM40.. hehe. Jadi, memang tak berjenama. Beg tangan saya simpan dalam almari, guna kadang-kadang jer kalau pergi pengantin atau jalan-jalan. Kenapa saya guna beg ni je, pasal ada dua, tiga beg yang saya perlu pikul naik tingkat 4 ni, jadi nak senang pakai yang ni je.

jenguk sikit....






yang ni wallet pemberian suami jenama Braun. Dah pakai lebih dua tahun tapi masih okey. Saya jenis yang jarang menukar wallet, lebih-lebih lagi kalau masih elok. Oh, ya.. nak kongsi satu petua dari ibu mertua saya. Beliau kata, kalau beli wallet baru wallet lama jangan buang, simpan.... rezeki tak putus... InsyaAllah.


handphone TVMobile.. bukan beli.. hadiah dari seorang teman. Suka handphone ni sebab boleh guna dua simkad sekali, jadi tak perlu bawa dua handphone.



kamera Nikon 8.0Mp



make-up dan minyak wangi untuk touch-up..


dan...



tangkal.....?????





sebenarnya ni cebisan kain hitam nak buat contoh beli kain hitam yang jenis sama untuk disambung ke lengan baju yang tak cukup. Hari-hari dok bawa ke sana ke mari tapi tak juga pergi beli... ahkak lupa!!!! Setiap kali buka beg baru ingat.. hehe

pas ni nakgi selongkar lak beg
1. mas80
2. kak Ima
3. kak Maz
4. kak Yatie
5. Ct Naemah
6. Kak Zu72
7. Ruhayu
8. Ayu
9. Kerull
10.Kak Zana...


p/s: boleh tak selongkar beg CMG???

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?