ASSALAMUALAIKUM wbt
bukan gambar ayam sebenar
kredit gambar http://anangss.wordpress.com/
BILA fikirkan Yaya yang macam-macam tu
tiba-tiba saya teringat suatu peristiwa di suatu petang yang damai di hadapan rumah semasa saya masih kanak-kanak. Seingat saya mungkin masa tu saya baru darjah empat atau lima sedang duduk rehat-rehat bersama abah dan ibu.
Tiba-tiba terdengar jeritan nyaring seekor ayam seolah-olah meminta tolong... help! Help!!!
Bukanlah... bunyinya macam gini..
"Kiokkkkkkkkkkkkk.... kiokkkkkkkkkkk!!"
Rupanya seekor ayam betina dikejar ayam jantan yang nampaknya buas betul. Saya fikir apalah yang direbutkan kedua-dua ekor ayam ni. Tiba-tiba ayam jantan itu melompat ke atas ayam betina dan menggigit tengkuk ayam betina itu.
"Jahatnya ayam tu!" Marah saya.
"Macam tulah ayam kahwin," kata abah.
"Ooo... macam tu ayam kahwin. Jadi masa abah ngan ibu kahwin, abah gigit tengkuk ibulah?"
Abah dan ibu...????? Sambil berpandangan dan abah cepat-cepat meramas kepala saya sambil tergelak. Hahaha... vodoo lagi masa tu, kelakar.. kelakar.
wakaka..tergelak mas baca n3 akak ni..
ReplyDeletehaa..dah besar baru tahu kawin mcm mana..he..he..
hik..hik...mmg lawak
ReplyDelete