MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, February 25, 2011

YAYA OH YAYA

ASSALAMUALAIKUM wbt

ADOI! Kenapalah anak saya ni pelupa sangat. Selalu lupa di mana dia letak barang lepas tu nanti mati-mati dia pertahankan dia ada letak kat situ. Tup-tup nanti jumpa barangnya kat tempat lain. Haish! Kalau saya cakap dengan dia, dia akan jawab macam ni...

"Ala... bonda ni suka tak percayakan Yaya tau," dan merajuk, kalau lagi teruk menangis... huhuhu.

Ini semalam punya cerita, pagi-pagi saya dan terima sms dari guru Bahasa Inggerisnya, Yaya tak bawa buku grammar exercise ke sekolah. Angin betul saya sebab selalunya kami memang pastikan Yaya bawa semua buku latihan mengikut jadual. Sudahnya jadilah begnya berat macam bawa batu dengan besi. Tak faham kenapa jadi macam ini sistem persekolahan sekarang. Ini semua gara-gara terlalu banyak buku latihan, buku aktiviti ditambah lagi buku teks dan buku-buku bantuan belajar yang lain. Guru terpaksa terkejar-kejar memastikan silibus dihabiskan sebelum minggu peperiksaan, sudahnya murid dibebankan dengan beg sekolah yang beratnya sama dengan beras 10kg dan kerja sekolah yang bertimbun-timbun sampai 11 malam pun belum tentu siap. Percaya tak, Yaya membawa tiga beg ke sekolah untuk memuatkan semua buku-buku tu. Eh! Dah cerita dalam episod Budi Bahasa Budaya Kita tukan. Tiga beg sekolah kebangsaan, satu beg sekolah agama dan satu beg taska... perghhhh!

Balik semula pasal cerita tadi, yang bestnya cikgu dia main pakai bantai jer sms, nama Yaya ditulis Fatin dan tidak bawa buku beberapa hari. Lagilah saya angin tapi saya tak cerita apa-apa dengan ER masa ER ambil saya dari kerja. Bila sampai di taska, maka staf-stafnya semua sibuklah mengangkat beg-beg tu semua tetapi saya dah nampak muka Yaya macam takut jer. Lepas tu seperti biasa ER menemuduga Yaya...

"Dah siap kerja sekolah?" Biasanya Yaya akan siapkan kerja sekolahnya di taska sekembalinya dari sekolah agama jam 4 petang seberapa sempat yang dapat.

"Dah, tapi Bahasa Inggeris cikgu suruh tulis balik, tadi Yaya tertinggal buku," dia dah bagitahu sendiri dengan ER, baguslah.

"Tertinggal? Macammana Yaya kemas semalam?"

"Tak tahu, Yaya dah masukkan dalam beg tapi tadi takde."

"Habis tu, cikgu marah tak?"

"Tak, cikgu kata nanti balik tulis semula dalam buku, Yaya dah salin kat kertas tadi."

Lalu kami pun bergerak pulang ke pejabat ER yang akan pulang jam 6 sebenarnya. Bila ER masuk ke pejabat saya pun marah Yaya tapi maaflah, skrpnya tak ingat, maklumlah... tengah marahhhh... huk3!.

Nanti sambung ya... ada hal ni..

4 comments:

  1. same la mcm hanim smlm..pun tertinggal BI nye kat sekolah...hari ini kene hantar la pulak...

    ReplyDelete
  2. hehe...macam2 kan...kita dulu...bwk buku ikut jadual...ringan je beg

    tp skang..jadual ada..tp subjek? semua sama je ari2..cuma waktu je berubah..baik tk yah bg jadual

    ReplyDelete
  3. Ainnoraini, subjek BI jugak? Agaknya kalu nak tertinggal tu mesti BI kan...

    ReplyDelete
  4. Mamarempit, betul tu, tak de guna ada jadual, sama jer subjek tu hari2 ada..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...