NASI SULTAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM wbt


KALI ini saya nak ajak kengkawan pekena Nasi Sultan di Negeri Maju 2010. Kali ini Abang Long saya yang bawa. Kami sebenarnya masa tu baru lepas buffet breakfast kat hotel, kenyang sesangat tapi Abang long beriya-iya nak ajak kami makan nasi sultan ni. Layankan jer... perghhh! Kenyang sampai nak pecah perut rasanya. Punyalah banyak Abang Long ambil lauk untuk makan tiga dewasa dan dua budak besar. Nasib baik tak berterabur isi perut kat kedai tu. Walaupun masa tu baru hampir 11 pagi, tapi orang tak putus-putus datang dan kebanyakkannya memilih untuk makan nasi. Tapi saya pelik jugalah kerana nasi dan lauk-lauk tu macam sejuk jer kecuali ayam goreng tu suam-suam juga. Tapi tak mo cakap banyak, kita makan jerlah..


Kepada yang nak tahu di mana nak makan nasi sultan ni, saya tak pastilah di mana tempatnya sebab kami ikut jer Abang Long ni bawa pusing-pusing kat satu kawasan taman perumahan ni, tapi bangunan kedai ni hujung sekali terletak berhampiran dengan bangunan Tesco (yang kat simpang empat tu) di sebelah kirinya (tengoklah di mana anda berdiri masa tu). Nama kedai ni pun takdelah tulis nama sultan mana-mana, macam kedai mamak yang operasi 24 jam tapi kat sini dia operasi 14 jam jer kot... hik.. hik.. hik.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mas, sedap cuma sejuk jer...

    Ila, mmg gah, dlm pjalanan tu ttanya2 mcmnlah ropenyer kedai nasi sultan ni..

    ReplyDelete
  2. 'Rasa' masakan kedai ni memang 'De Legend'. Asalnya dahulu, kedai dia bebetul di belakang kaunter 'Tuah Bus' di old Bus Station Melaka di Jln Kilang@Kampung Morten tu. Pelanggan utama dia adalah geng2 driver teksi. Harganya adalah yang paling murah pada ketika itu, Nasi+Ikan Pari Kari+hirisan timun dan cili hijau=2.50-3.00rm (termasuk teh O/teh ice), harga ini di era hujung 80an-90an. Waktu yang paling 'terbaik' untuk makan di situ adalah pada pukul 9.00-9.30 semua masakan dia tengah panas mendidih. Specialty diorang adalah Ikan Pari Kari dan Sotong (sotong ni mcm masak sambal/rempah/kari gitu2). Memang world rasa dia! Setelah Bus Station Melaka berpindah ke Melaka Sentral. Nasi Sultan tiada kabar berita, dengar kata pindah banda hilir, ada yang kata pindah kat pasar yang melak sentral, puas mencari tapi tak berjumpa. Blog anda telah memberi maklumat tepat kedudukan kedai ini. Insya'Allah next week saya akan turun ke Melaka setelah hampir 14 tahun tidak pijak ke negeri itu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!