ASSALAMUALAIKUM wbt
SETELAH beberapa kali tertunda dan tertangguh, akhirnya keinginan kami untuk menikmati makanan laut di Tanjung Dawai terlaksana juga ketika pulang ke kampung baru-baru ni.
Hanya satu perkataan, sedap dan boleh tahan. Ikan siakap bakar bersambal tu sememangnya cukup segala tetapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini tak berapa lalu nak makan banyak-banyak ikan bakar bersambal, nanti tekak ni rasa kembang semacam. Dan kalau selalunya saya yang akan menjadi tong sampah, kali ini kami dah ada tong sampah baru iaitu Cik Yaya. Patutlah semakin gedebab anak dara seorang tu ya. Kelakar juga kalau difikirkan, selalu sangat saya menasihatkannya supaya diet tetapi saya pula yang selalu mendesaknya menghabiskan makanan. Kalau kena dengan seleranya, memang Yaya tidak menolak.
Hasilnya, ramai yang terkejut setiap kali mengetahui Yaya baru sahaja masuk Tahun 4 kerana ramai yang menyangka dia akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Tak apalah, asalkan jangan keterlaluan sehingga tidak dapat dikawal.

wahhh..bestnya cuti2 sambil makan2..
ReplyDeletemas pun suka....
mesti seronok bercuti.Gerenti lupa pasal kerja.
ReplyDeletewah,sgt menyelerakan..cian yaya kena jadi tong sampah...hehehe
ReplyDeleteSari...teruja akak tengok makanan di sana... seafood memang kegemaran akak...
ReplyDelete