YANG MANA SATU PILIHAN KALBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM wbt

LUPA nak cerita pasal telefon tangan aka handphone saya yang pernah muncul di sini telah kehabisan talian hayat. Tiba-tiba mati pada suatu hari (mungkin sebulan dua yang lepas) ketika saya sedang menggunakannya. Sebelum tu pernahlah juga beberapa kali ia termati tapi matinya kali ini seperti tiada harapan untuk hidup semula seperti hendak pergi tak kembali lagaknya. Lalu saya cuba mengecas jantungnya pun tak boleh. Kotak penutup belakang ditanggalkan... mak aihhh! Dah bengkak betul bateri, nasib baik tak meletops!

Teringat saya ada satu bateri simpanan di rumah. Lega... tapi rupanya bateri simpanan tidak berfungsi apabila terperuk begitu lama di dalam laci. Puas saya mencuba dan mencuba lagi tetapi masih hampa. Aish! Tak boleh jadi ni, lalu operasi menjelajah mencari bateri dimulai malangnya payah betul nak mencari kerana handphone saya produk Korea yang tiada di sini, beli pun dari luar negeri... hehehe.. kan orang bagi dah pernah cerita di sini.

semasa ia masih sihat sejahtera

Saya ni memang banyak handphone percuma aka free. Ada juga yang menang cabutan bertuah lihat di sini tapi sudah diberi kepada sang puteri. Urrmmm, apa nak buat ni, cari-cari handphone lama rupanya semua dah tak berfungsi.

Nasib baik semasa mengemas-ngemas terjumpalah kembali satu-satunya handphone yang saya beli dengan duit sendiri campur sikit-sikit sumbangan encik suami. Belum ada bajet nak beli handphone baru sama ada yang bodo-bodo lagi-lagilah blackberry.. memanglah jangan mimpi.

Rupanya si dia memang nak ucap selamat tinggal, suisnya dah reput baru seminggu dua diguna semula dah tertanggal. Bateri pun asyik kong akhirnya dikatanya bye.. bye. Hendak ambil gambar pun tak sempat hendak saja saya kapankan.

Mengecek-ngecek dengan Encik Rizar akhirnya handphone baru dapat juga ku sambar. Tak kisahlah tak dapat i-phone ataupun BB, janji boleh guna dah cukup puas hati.
Antara perak, hitam dan merah jambu, anda fikir yang manakah menjadi pilihan di kalbuku? Silalah teka kalau mahu, kalau betul pun tiada hadiah menunggu, cuma suka suki jangan tiga suku... hehehe.


kredit gambar yahoo images

Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bestnya dapat handphone baru...
    kak yus..warna hitam cantikk..

    ReplyDelete
  2. Sari... apa yang penting ianya boleh digunakan... baik BB atau hp semuanya sama...

    ReplyDelete
  3. Mas, warna hitam cantik menawan, merah jambu menggoda kalbu, perak mewah menikam..

    Kak Anie, betul tu, yg penting bagi sy boleh guna utk call & sms...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!