DAH MUSIM.... TAG & AWARD

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM wbt

AGAKNYA dah musim, kan? Musim apa, durian? Ada jugak nampak kat tepi jalan. Tak tahulah durian mana, tapi dalam perjalanan pulang dari utara kelmarin, perghhhh..! Berpinar biji mata tengok buah durian yang comel-comel tergantung di pokok durian (takkan manggis pulak) dalam dusun tepi lebuhraya. Tapi sebenarnya saya bukan nak cerita pasal musim durian tetapi musim mengagih-agihkan award dan tag antara blogger ni ha... hehehe.

Anda suka atau tidak tapi bagi saya pemberian award atau tag menandakan anda masih lagi diingati dan dikenali dalam dunia blogging. Masih ingat lagi pertama kali menerima award dan ditag dulu, terkial-kial dan terpinga-pinga apakah bendanya ini. Jawab tag, ambil award?? Jawab tu fahamlah, pasal diberi soalan, nak ambil award tu macam mana pulak... hihihi. Agak-agaknya siapakah yang mula-mula memperkenalkan award dan tag ini ya... urmmmm (sambil menggaru-garu dagu... huhu).


Award di atas tu diterima dari Naz dari blog Cute Oven, Small Kitchen. Ha, yang tu sah dekat dapur duduk sorang-sorang, tak boleh ramai-ramai nanti berlaga punggung, maklumlahlah small kitchen, kan... hehe. Jangan marah ya, Naz. Kalau ikutkan penerima award ini kena jawab tag, perghhh! Mencabar juga soalannya tu, tapi Naz kata tak perlu jawab, ambil award saja. Dah ketuk paku, jadi saya gantung kat atas tu, ya... terima kasih ya Naz atas pemberian Stylish Blogger Award kepada Alam Sari yang tak berapa nak stylish ni... huhu.


Yang ini pula award dari Kak Yatie. Blogger masak-masak mesti kenal Kak Yatie yang manis ini, kan. Nak tahu kenapa dia manis? Cuba klik sini, anda akan tahu rahsianya nanti.

Sepatutnya jawab soalan tu dulu, baru ambil award tapi saya ngelat, gantung award dulu.. hehe.

Ini saya petik dari blog Kak Yatie kenapa beliau memilih saya antara penerima award ini, "Yus mmng sporting orangnya...kalau boring2, singgah blog Yus ni...mesti terhibur baca setiap n3 yg di berikan..." hik.. hik... Kak Yatie terhibur ke baca saya membebel ni.? Tengoklah, berjela-jela cerita pasal award dan tag, hahaha.

Syarat nak ambil award:

1. Salin gambar dan letakkan di entri.
SIAP!

2. Nyatakan dari mana dapat tag dan award ini.
Dari si manis Sinar Kehidupanku.

3. Senaraikan lima blog yang menjadi kegemaran dan sebab-sebabnya.
Urmmmm.... yang ni payah sebab semuanya saya suka tak kiralah apa kategori
blog tersebut. Mari kita tengok siapa yang kena!!!


4. Tag ke blog tersebut dan tinggalkan link.
Baiklah puan.. hik.. hik.


Ha... yang ni satu lagi tag yang berkurun tak dibuat, kiranya macam hutanglah ni. Nasib baik tak kena saman. Tag ini datangnya dari hadifhadifah.blogspot. Suruh tayang sikit gambar kasut kegemaran... huk.. huk. Sebenarnya tak sempat-sempat nak ambil gambar kasut, balik-balik ambil gambar kat muka, tu yang asyik terlupa, maaf ya Ayu... hihi.

Inilah kasut yang tak sepertinya. Sangat selesa, dah berbulan-bulan pakai ni, rasa macam dah nipis tapi sayang sebab dia santekkkkk... hehe.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. selamat pagi kak sari.....

    thanks yer..wah...suka2 dapat award..nanti ayu boh dalam entryku.

    ReplyDelete
  2. as salam sari yusa..sama lah kita..tak tau pun adanya tag2 ni..
    mula2 dulu dapat tag ni..terbiar begitu aje..tak reti lansung nak buat cemana..
    lepas tu belajar ambik award je..dan ada juga la satu dua yang belajar jawab..

    ReplyDelete
  3. Ayu, boh ya, jgn tidak2.. hehe

    Kak Erna, skrg dah pandai kan, nanti kita nak tag lak kak erna, hehehe

    ReplyDelete
  4. Sari... terima kasih ye.. nanti akak tampal kat blog... dah amik pun...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!