CUCUQ UDANG UTARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM wbt

TERINGAT saya masa mak mertua sihat dahulu. Setiap kali kami balik kampung, tak menang tangannya memasak untuk anak, menantu dan cucu. Kalau menggoreng mee, biasanya mak akan buat dua jenis, satu yang pedas, satu lagi tak pedas supaya budak-budak boleh makan katanya. Kalau petang, mak rajin juga sediakan minum petang. Antara air tangan mak yang masih saya ingat dan sempat belajar ialah popia basah (tapi tak pernah praktikkan) dan kuih lopes stail utara yang dibungkus berbentuk silinder dengan daun pisang dan dipotong bulat-bulat menggunakan benang. Air gulanya pekat bukan cair seperti yang selalu kita beli di pasar ramadan. Sempat juga saya curi-curi belajar (ni namanya belajar secara tak formal... hehe.. iaitu melalui pemerhatian dan mengingat-ngingat apa yang dimasukkan), antaranya nasi tomato dan cucur jagung yang rasanya lain dari yang lain. Mak mertua saya kalau memasak masih sempat lagi menyapu di halaman rumah. Apinya dibiarkan kecil sekali, kadang-kadang selepas menumis, mak tinggal macam gitu saja, saya risau juga takut mak lupa, tapi tak pernah pulak. Nanti mak datang lagi menjengah ke dapur menambahkan bahan-bahan lain. Tahu-tahu siap semuanya.

Ibu saya pula jenis yang kalau memasak memang tak meninggalkan dapur. Ibu kata, pantang kalau memasak tinggalkan dapur. Ibu saya memang banyak pantang larang. Potong bawang pun kena ikut kriteria makanan apa yang dimasak. Saya tak boleh bayangkan kalau ibu ada menantu perempuan, mesti merah telinga kalau dengar ibu berleter. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi ibu sekarang dah cool sikit, sekarang ni sambung berleter dengan cucu pulak... huhuhu. Bertuahnya saya sebab ada ibu yang handal memasak asam pedas Johor dan mak mertua yang terror masak kari... siapa yang untung?... saya juga.. siapa yang gemuks?.. Erkkkkkkkkk!!

Semalam, semasa melawat-lawat ke dapur jiran, saya terpandanglah ada cucuq udang utara ni.

Secara asasnya saya boleh mengagak macammana nak sediakan bahan cucur ni tapi bab kuah stail utara nilah yang saya tak berapa mahir. Teringat-ingat kuah kacang Mr Mama tu, urmmm.. tak bleh jadi, nak jugak makan cucuq udang utara ni. Selalu bulan puasa saya membeli di pasar ramadan Taman Sri Pulai, nak tunggu puasa lambat lagi, jadi kita praktikkan yang ni dulu. Saya tambahkan tauhu goreng sebab ER kata ada tauhu goreng lagi sedap. Derhaka punya pasal, kami kepedasan kerana saya pandai-pandai menambah cili, tapi memang sedap. Terima kasih, Mr Mama kerana berkongsi resepi, saya kongsi di sini ya.

CUCUQ UDANG UTARA
Sumber : Mr Mama
Bahan-bahan Cucur :
  • 1/2 kg tepung gandum*
  • 1/2 kg udang segar kecil *- dibuang kulit (saya guna XXL, sekeping cucur seekor udang... hehehe)
  • 1 cawan taugeh *
  • 1 cawan kucai* - dipotong 1cm (saya potong 2cm)
  • 1 cawan bawang besar* - dicincang (tak letak.. lupa)
  • 1 cawan daun bawang* - dipotong 1cm (tak letak... tak ada)
  • 1 biji cili merah* - dihiris nipis (saya guna tiga biji cili padi)
  • 1 biji telur ayam*
  • Gula sesedap rasa*
  • Sedikit air panas + 1 sudu besar garam= air garam
  • Air secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam mangkuk besar, tuang air garam dan air secukupnya, kacau sebati.
  2. Tambah lagi air jika perlu atau sehingga adunan lembut dan agak cair.
  3. Simpan dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan awal 1/2 jam jika hendak menggoreng.
  5. Panaskan minyak, sendukkan adunan cucur dan goreng hingga masak/garing.
  6. Potong 4 dan hidangkan dengan kuah kacang.
Bahan-bahan Kuah :
  • 200 gram kacang tanah
  • 4 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10 biji cili kering*
  • 1 inci belacan*
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • Air panas mendidih

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kacang tanah hingga masak, angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng semua bahan bertanda * hingga layu angkat dan toskan.
  3. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng tadi hingga lumat (kacang tuu biar ada yg kasar2 skit la), masukkan dalam mangkuk.
  4. Masukkan asam jawa garam dan gula.
  5. Tuang sedikit air panas mendidih, kacau sebati, tuang lagi air jika perlu. (kuah mesti agak pekat supaya sedap dicicah nanti.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama cucur udang utara.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mas pun suka cucur udang..
    sedappkan kak....he..he..
    best macam tu..seimbang...
    masing2 ada kelebihan...
    sama macam mak dan mertua mas...masing2 ada kelebihan masing2....

    ReplyDelete
  2. menyelerakan cucur udang cicah dgn kuah kacang... yummyyy

    ReplyDelete
  3. perghhh memang sedap cucuq ni...kalau buat cucuq udang ni wajib ada kuah kacang baru best..:)

    ReplyDelete
  4. salam....
    patutla dok bau kuah kacang...
    cari punya cari kat sini rupanya...
    tima kaseh sudi cuba resepi dr mr.mama....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!