BONDA PERNAH MANDI WAJIB?

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM wbt

BONDA pernah mandi wajib? Pertanyaan Yaya semalam yang membuatkan saya dan suami berpandangan dan terbeliak biji mata. Hahaha.. Yaya ni memang macam-macam.

Pernah di suatu masa (tahun lepas) dia berkata begini pada suatu petang ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah,"Balik ni nanti, Yaya nak mandi wajib," satu ayat yang tegas keluar dari mulutnya yang membuatkan saya menjegilkan biji mata. 'Apahallak anak aku ni tak pasal-pasal, tetiba nak mandi wajib pulak??'

Dan kami suami isteri serentak bertanya, "Kenapa Yaya nak mandi wajib?"

"Saja jer..., Yaya nak belajar," jawabnya selamba.

"Oh, mesti tadi Yaya belajar pasal mandi wajib, eh?" soal saya. Lega bila melihat Yaya menganggukkan kepalanya.

Berbalik pasal cerita yang pertama tadi, saya kebuntuan kata-kata sekejap untuk menjawab pertanyaan Yaya... erkkkkk!

"Ala, bonda ni, Yaya tanya, bonda pernah mandi wajib tak?"

"Pernahlah, kalau lepas period kan kena mandi wajib," Fuhhhh... selamat.

"O... Yaya tau, Yaya tau. Dekat sekolah cikgu ada ajar. Cikgu kata nanti kena pakai pampers, tapi jangan pakai pampers baby pulak... bla.. bla.. bla...," anak saya ini memang banyak cakap. Kalau tenaganya tengah banyak dia akan bercakap dari mula masuk kereta tak berhenti-henti bercerita. Kalau senyap jer tu, maknanya dia dah berdengkur di belakang... hahaha.

"Cikgu ajar masa bila? Sekolah agama ke sekolah kebangsaan?"

"Sekolah agama, lepas tu budak-budak lelaki semua kata.. eiiiiiiiiiiiii," ceritanya lagi.

Sebenarnya dalam hati nak bertanyakan lagi satu soalan kepada Yaya, iaitu cikgu beritahu tak perkara-perkara yang menyebabkan kena mandi wajib, tapi errrrr.... nanti dululah... hik.. hik... hik.

budak kecik ni tengah mandi sabun bukan mandi wajib... hehehe

kredit gambar http://www.ehow.com/baby-bath/

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wakakaka..
    mas pun terkedu lepas ain tanya soalan yang sama...
    lepas tu siadik lak menyampuk..tanya macam2...
    nak tergelak pun ada....
    pening kan nak jawab soalan macam ni..sebab lepas dijawab akan bersambung soalan yang lain...

    ReplyDelete
  2. hehe~ budak2 zaman skg..tp, ok la dia ade perasaan ingin tahu =)

    ReplyDelete
  3. hehehe..budak2 skrg soalannya terlalu advanced...

    ReplyDelete
  4. Hehehe... anak akak yang darjah 4 tu pun dah pandai kenapa kena mandi wajib tapi ... akak ni tak tau lah camaner nak jawab bila dia tanya... yg lebih terperinci...hehehe

    ReplyDelete
  5. Mas, haaa.. yg tu dua, lagi macam2 soalan keluar agaknya...

    Surie, Ila, itulah, kita dulu pun sbenarnya macam tu gak, cuba ingat2 balik... hehehe

    Kak Anie, mesti terkial2 nanti Kak Anie mngarang ayat, hehehe

    ReplyDelete
  6. as salam sari.rasanya semua ibu2 pernah melaluinya..
    tapi sebab akak anak lelaki..akak serahkan pada ayahnya untuk menjawab..he he

    ReplyDelete
  7. hehe.. soalan yg menggarukan kepala nak jwb. tak jwb salah klu jwb serba salah.. heheee

    ReplyDelete
  8. Kak Erna, mesti dulu2 kita pun mcm gitu, tapi rasanya kita dulu takut & malu nak bertanya begitu begini, ni... hehe

    Lia, jadi semua serba salah... haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!