ASSALAMUALAIKUM wbt
"MALAM ni babah ada bowling," kata encik suami ketika mengambil saya pulang dari pejabat semalam. Dia beritahu sekarang di pejabatnya, kaki-kaki bowling semuanya dah tiada. Yang tinggal hanya tiga kaki termasuk encik suami yang sebenarnya tak berapa kaki... hehehe. Encik Rizar, Abang Zain dan Abang Lan (dua-dua orang ni kaki kamera, jangan main-main.. hihi)
"Ermmmmm...," okey jugalah, sebab saya bolehlah menggerudi kek karemel tempahan dari kawan adik saya minggu lepas. Tidaklah mengganggu sesiapa bunyi mesin gerudi saya tu nanti... hik.. hik.
Tup-tup, sebaik sahaja Yaya memasuki kereta, "Babah, cikgu kata kelas tuisyen matematik tu mula malam ni," kuang.. kuang.. kuang...
"Macammana, bonda ada tempahan tau. Orang tu dah tempah minggu lepas. Dahlah masa bonda kena chicken pox tu, dia tempah cheese cake, bonda terpaksa cancel, takkan ni nak cancel lagi?" Saya merungut. Masalahnya saya dah janji kali ini saya akan buat. Dia teringin sangat nak makan kek tu. Apa perasaan kita kalau nak makan sesuatu, dah rasa-rasa kat tekak ni tetiba jer tak dapat. Mesti hampa dan kecewa.
"Habis tu, cikgu kata, kelas malam ni penting," pujuk Yaya.
Nak tahu tak apa masalahnya? Masalahnya, kami cuma ada sebiji kereta. Encik Rizar mula bermain bowling jam 9, Yaya mula kelas 8.30, Encik Rizar habis bowling jam 11, Yaya habis kelas pukul 10.00, jadi siapa nak ambil Yaya kalau saya duduk rumah buat kek?
"Tak apalah, balik nanti bonda buatlah kek tu," saran encik suami. Amboiiii, senangnya cakap. Orang lain dah lelap, kita baru nak mula buat kek. Ada yang tidur kat dapur karang. "Nanti babah tunggu bonda buat kek."
"Habis tu, loyang-loyang, mangkuk-mangkuk bonda, siapa nak tolong basuh dah malam-malam," eiii.. saya geram ni.
"Suruh Tompok basuh," huhu... Tompok tu kucing jalanan yang selalu singgah di rumah saya mencuri makan. Saja jer letak nama Tompok pasal corak badannya yang bertompok-tompok itu.
"Huh! Menyampah!!"
Berpusing ligat kepala otak saya. Babah dan janji dengan Abang Zain untuk melengkapkan korum bermain bowling antara Media & Senai-Desaru Highway. Abang Zain mati-mati memujuk. Abang Zain dulu senior saya semasa bertugas sebagai stringer di NSTP yang merupakan jurukamera berpengalaman. Yaya pula, kesian pula kalau dia tertinggal kelas tuisyen malam tu. Saya? Saya macammana? Saya dah janji dengan orang, duit tu...
Huhuhu.. sebenarnya bukan duit jualan kek tu yang penting bagi saya. Lebih baik saya senang lenang melepak meneman suami bermain bowling sambil menunggu Yaya habis tuisyen di sekolah. Sampai rumah terus tidur dan lupakan tentang duit dan keinginan orang yang nak makan kek karemel. Tapi saya berpegang pada sebuah janji. Tidak sampai hati nak menghampakan permintaan orang. Allah swt menemukan kita dengannya dengan rezeki masing-masing. Rezekinya makan kek, rezeki saya dapat duit, semuanya ada timbal balas. Dan saya bersengkang mata menyiapkan kek karemel ini untuknya. Encik Rizar juga turut bersengkang mata meneman saya membuat kek sehingga 12.30 malam baru siap membasuh semua peralatan sambil baring-baring mengadap tv. Saya nak baring-baring menunggu kek masak... oh, Tidak! Dijangkakan jam 1.10 pagi baru habis membakar, tempoh menyejukkannya lagi, mana mungkin dapat mimpi indah sampai pagi. Tapi demi sebuah janji, hari ini kek karemel menanti si pembeli untuk dinikmati mungkin bersama secangkir kopi.
ye betul..janji tu penting..dah janji kena tunai
ReplyDeleteAssalam Yus..apa kbr, canti kek tu, hehehhe panjang intro heheh
ReplyDeletekak yus..kalau saya pun buat sebab janji..ikutkan duit tak de la sangat..janji dan minat..ehe
ReplyDeletebaiknya hati kak..
ReplyDeletesanggup mcm tu sekali.
kalau mcm tu..ayu nak gak..kek coklat ala2 secret resepi yer
Assalam cik sari yusa..kek caramel tu nampak sedap. buatkan utk saya! hehe
ReplyDeletesedapnye kek tu...yum..yum..yum
ReplyDeletekalau dah berjanji mesti nak tunaikan...kalau tak rase mcm bersalah jer...
Sari ni rajin betullah... cantik sungguh kek karamel tu...
ReplyDeletebaru makan tapi rasa nak makan lagi tengok kek karamel tu .
ReplyDeletejanji mesti ditepati melainkan ada hal yang mustahak perlulah kita jelaskan pada orang yang kita janji.
nyummmm....berapa ringgit kek tu? nampak sedap sangat....
ReplyDeletesari..janji memang penting..dengan sesiapa saje pun kena tunaikan..
ReplyDeletedengan anak2 lagi la kan..
teringin pulak akak tengok kek yang dah siap tu..