MANDI HARUS PULAK!

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM wbt


DI KEHENINGAN pagi yang damai ini hajat di hati amatlah besar untuk mengunjungi teman-teman. Amatlah menyakitkan hati apabila maksud tidak kesampaian kerana masalah biasa yang pastinya turut dialami rakan-rakan ialah ketidakbolehan 'beruk kesayangan' kita ni memberi perkhidmatan yang memuaskan. Memang hampeh betullah rasanya, waktu lapang dan sunyi macam nilah ditambah lagi dua cawan nescafe yang saya teguk tadi membuatkan saya seperti Mr Bean yang menyengkang matanya dengan batang mancis. Pakkal sajalah ini 'beruk' ER punya, kalau tidak pastinya dah dapat surat cinta dari saya.


Kami berdua kini berada di tengah keheningan Jalan Pudu yang suatu masa dulu menjadi tempat yang amat sibuk siang dan malam. Kini, Jalan Pudu tidak lagi sesibuk dulu tetapi masih belum lengang dengan kereta dan bas yang bersimpang-siur. Jauh dari Yaya yang kami tinggalkan bersama neneknya membuat saya teringat ceritanya lagi tentang mandi, hari Jumaat petang kelmarin, ketika bandaraya JB disirami hujan yang membasahi sepanjang jalan.


"Bonda, hari ni hujan,kan... mesti sebab pasal semalam Yaya dah mandi sunat.."


"Oh! Yaya mandi sunat ke? Bila masa Yaya mandi sunat?"


"Lepas balik sekolah agamalah, dekat taska."


"Setahu bonda, kalau nak hujan kita kena buat solat sunat minta hujan," maafkan jika saya salah ya kerana saya yang masih banyak kekurangan ini cuma tahu, kalau nak minta hujan, kita kena buat solat hajat di tanah lapang (apabila berlaku kemarau panjang).


"Sembahyang sunat boleh, mandi sunat pun boleh..." Jelas Yaya lagi.


"Okey, macammana Yaya niat?" Saya cuba menguji.


Tidak seperti kelmarin, kali ini jawapan Yaya boleh diterima, "Sahaja aku mandi sunat kerana meminta hujan kerana Allah Taala."


"Lepas tu?" Saya bertanya lagi.


"Lepas tu, kita mandi, jangan gunakan sabun, sapu air rata-rata dekat badan. Lepas tu kita keringkan badan kita, lepas tu (berapa kali lepas tu daaaa) kita mandi harus pulak?"


"???? Mandi harus??? Mandi harus pun ada, mandi apa pulak tu?" Sambil tahan gelak.


"Mandi harus tu mandi macam biasalah bonda."


Nampaknya saya kenalah mencari buku tentang mandi sunat dan wajib supaya Yaya tahu dan lebih faham, lepas ni tak ada lagilah keluar istilah mandi harus... huhuhu.

budak yang banyak cakap

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alahai comeinya mak ngan anak ni....mcm adik ngan kakak lak yer...:)

    ReplyDelete
  2. hehe..

    anak-anak kalau bercakap memang comel lah sangat..

    ReplyDelete
  3. assalam sari..memang comel yaya..sampai mandi harus pun ada..memang dia petah bercakap kan..

    ReplyDelete
  4. biasa la tu...bile dah pandai ckp..mcm2 benda ditanyanye..tapi cutekan..kadang2 kite pun tak terpiki...

    ReplyDelete
  5. Sari,
    Bijak nampaknya anak sari tu..Yaya ni banyak cakap mcm anak Naz yg no 2 tu..Perempuan jugak..Kekadang sampai tak terjawab apa yg ditanya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!