MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, February 24, 2011

TEMPAHAN CHEESE TART & KERENAH PELANGGAN

ASSALAMUALAIKUM wbt

REZEKI masyuk lagi...
dengan tempahan Chocolate Cheese Tart dan Blueberry Cheese Tart
dari kawan sekerja, Nurzeha. Terima kasih ya Zeha kerana sudi tempah dengan Kak Yus. Chocolate Cheese Tart tu rasanya Zeha tempah untuk dua puterinya yang comel tu, harap keduanya suka rasa cheese tart tu ya.

Update reaksi pelanggan di sini... baca tau, hehe.

Nota: Sebenarnya semasa saya asyik menyediakan cheese tart ini, saya teringat dengan seorang kawan yang juga menjalankan bisnes yang sama. Sahabat maya saya ni tak silap orang KL. Dia menceritakan tentang pelanggannya yang selalu kata kuih yang dijualnya mahal. Bila saya tanyakan harganya, terkejut saya kerana dia menjual sangat murah rasanya berbanding dengan orang lain yang menjalankan bisnes yang sama (termasuk saya). Alasan pelanggannya ialah kos yang dikeluarkan kawan saya ni murah, dia dah untung banyak dah.

Alahai, cik kak.. Cubalah anda buat sendiri, nanti baru anda tahu berbaloi atau tidak anda membeli. Kami bukan sekadar mengira untung balik modal sahaja, siapa nak bayar tenaga kami berjaga malam menyiapkan tempahan. Acuan shell itu sendiri bukannya murah. Piping bag yang kami gunakan cuma boleh dipakai sekali. Itu belum kira bil air dan bil elektrik. Cheese tart juga perlu dibakar sebanyak dua kali. Oh, kakak, kalau nak komplen tu lain kali fikir dulu ya. Kasihan dengan kawan saya tu yang berjualan bagi mencari wang saku untuk anak-anaknya. Macam saya ini, lainlah. Selain mencari duit tepi dan duit tengah.. hehehe, minat itu yang paling utama. Kerana kalau minat saya ni hanya saya gunakan untuk makan-makan sendiri, alamatnya naiklah badan ni macam tong dram angkara keju yang saya telan berkoyan-koyan... hak.. hak.. hak. Jadi dengan berjualan sambil menambah wang untuk enjoy (saya kan suka enjoy... hihihi) minat tu dapat juga diteruskan.

12 comments:

atie @ ejay said...

sedapnya.. bila la buleh buat sendiri hehe

Mas said...

rajin la akak ni,
kalau dah minat...tak kisah kan kak...
akak jual sebiji berapa harganya...
geram mas tengok cheese tart akak yg cantik2 tu..he..he..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

As salam sari..Alhamdllh,dpt rezeki gak!semoga pasni ramai yg mengoder lg yer...

zeha said...

sama2 kak yus...bkn anak yg nk ibu diaorg nie yg nk...hik3x...

Chik Mimi said...

alhamdulillah bz makin maju,biasa ler manusia mmg tak pernah bersyukur dgn apa yg ada... mesti ade je yg nak komen kan

Ila said...

biasalah tu,nak murah jer...

gadisBunga said...

tuh la...dah mmg adat org kite kot. nak barang bagus tapi nak murah2. kalau mat saleh tu depa sanggup bayar mahal, dan bagi tips lagi kalau depa puas hati.

gimana org kita mau maju? huu~

pause jap...

sedapnya cistat....!

:: noremy bte rahmat :: said...

folo & BW..

mehla jenguk belog ai...

slaam kenal !(^_____^)

Sari Yusa Ibrahim said...

Atie, jgn fikir2, buat jer... hehe

Mas, 50pcs, RM30.. ada pakej lain juga

Kak Atie, mintak2lah begitu, enjoy buat tart ni..

Zeha.. haha, rupanya ibunya yg nak ya.. hik3

Sari Yusa Ibrahim said...

Chik Mi, manusia kan mmg begitu...

Ila, nak murah tapi sedap, mana aci.

gadisBunga, ialah, kalau ngan matsaleh bkn main tunduk lagi.. hehe.. cistat mmg sedap

Noremy, trimas krn sudi singgah.. nt i bw

Nieza said...

assalam sari....alhamdulillah murah rezeki tu kan..biasalah bkn senang nk puaskan ati semua org. btw cantik tgk sari buat tart ni...nieza teringin juga nk buat tapi takut x menjadi nk kena cuba jugalah nanti.

Anonymous said...

salam..cis tat ni saiz brpa ye..tq

Share It

Anda Sukakan Ini?