MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, January 17, 2016

NASI GORENG KAMBUS, ROTI CANAI DAN TEH TARIK ITU

  Assalamualaikum...
 
GOOD Morning, Sunday!!
Aaaaa.. Ahad menjelang lagi,
bermakna minggu ketiga persekolahan di Johor dan negeri-negeri sewaktu dengannya.
Sekejap jer masa berlalu.. dalam kepala ni asyik membilang hari nak bercuti hujung minggu.
Bahagia sungguhlah mengadap kain baju yang menimbun
dan kerja rumah yang tak berkesudahan
daripada mengadap kesesakan lalu lintas
yang tak pernah reda.
 
Pagi... mungkin tak ada masalah
Keluar seawal jam 6 pagi membuatkan pemanduan Sk lancar.
Tapi.. bila balik kerja...
Kussss... semangat.. kalaulah boleh terbang, kannnnn.
 
 
Ini cerita Jumaat malam Sabtu.
Sementara menunggu dua jam kelas tuisyen Iman,
bonda dan babahnya pekena roti canai dan teh tarik
bersebelahan dengan Maybank Taman Pelangi.
Lama rasanya tak makan di sini.
Tempat makan yang mungkin tidak akan dijejaki oleh
sesetengah orang yang menganggapnya 'low class'
tapi bagi Sk
tempat beginilah yang selalu menggamit nostalgia
sungguh romantik
makan di bawah cahaya samar-samar
 tepung yang dicanai dan digoreng garing
cicah pulak dengan kari kambing
wallaaaaaaaaaaaa :))))
 
 
Nasi Goreng Kambus namanya
Apa yang dikambus?
Dua batang tulang lutut kambing
di sebalik timbunan nasi goreng panas-panas
mak datuk pedasnya
tapi sedap tak ingat
nasinya banyak
tulangnya dua
sesuai untuk orang yang sedang bercinta
makan bersama
kui kui kui
 
 
Sambil makan, kami borak-borak
bukan mengumpat
tapi pelik dengan dengan seorang individu
yang terkenal dengan produk kesihatan dan kecantikannya
baru sahaja kami kagum
dengan pencapaiannya
tiba-tiba pula rasa meluat
kerana publisiti murahan yang cuba dicarinya
kononnya nak mencabar
pasukan bola sepak tercinta kita
dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan yang ditajanya
urmmmmm...
kita tunggu dan lihat sahajalah ya. 

4 comments:

  1. kalau dapat nasi cam tu sambil makan lomantik2... bestnya...

    ReplyDelete
  2. Aziz sekolah kat area rumah je sk.
    Ni mcm kita je? Tunggu activity anak, mak bapak kembong perut makan sb isi masa lapang:-)

    ReplyDelete
  3. Ala... kakak jadi teringin pulak tengok
    Sedapnyaaaa:)

    ReplyDelete
  4. sedapnyer nampak. sib baik jauh..kalau dekat.. dah menapak dah kita pergi.

    Opps.. salam kenal tuan tanah yer

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...