Thursday, April 5, 2018

CUPCAKE 72 TAHUN RTM

Assalamualaikum...

SEMPENA 72 tahun sambutan ulangtahun Radio Televisyen Malaysia yang diraikan di Bukit Layang-layang baru-baru ini,  team pastri Kolej Kemahiran Johor telah menyediakan sebanyak 720 biji cupcake untuk diagihkan.

Disebabkan kami mendapat arahan secara adhoc  maka agak kelam kabut jugaklah tambahan pagi tu pelajar-pelajar ada kelas amali. Tapi bak kata pepatah,  berat sama dipikul,  ringan sama dijinjing,  semua kerja penyediaan kek dapat disiapkan sebelum jam 5.30 petang.
Keesokkannya barulah kami menyiapkan buttercream untuk dilepa dan dihias di atas cupcake. Yang paling seronok tentulah pelajar.  Sk yang dah remaja purba ni rasa nak pitam berdiri. Kaki rasa tak jejak ke bumi..  Aduyai! 
Terbayang kepuasan di wajah masing-masing. 
Alhamdulillah,  walaupun penat tapi syukur kerana semua dapat menyelesaikan tugasan dengan jayanya. 

4 comments:

  1. wah...meriah betul..tahniah kak seri dan anak2 didik :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum seri...wah !! meriahnya n byk pulak kek tu...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..