Assalamualaikum WBT
BARU nak menyandar sekejap ni di pagi sabtu yang super duper busy selepas masukkan kain baju dalam washing machine. Hari ni sama macam minggu lepas, sarapan roti kaya dengan telur separuh masak aje. Sambil tunggu air panas dalam egg maker turun, Sk kemas peti sejuk, buat kerja-kerja pelupusan. Tapi ni bukan lupus masuk perut tapi lupus masuk cik tong sebab dah rosak dan tamat tempoh, hihi. Sekejap lagi semoga ada tenaga nak mop satu rumah pulak. Iman tak ada, malam tadi ada dinner dengan geng feskoo dan esok ada gathering dengan geng UTM. Ahad baru balik anak bertuah tu.
12 Jun lepas, kami ke Kempas, PI ajak makan Mee Celup di Restoran Mee Celup Ayutthaya atau Boat Noodle Ayutthaya yang terletak bersebelahan Restoran Grand Seafood Kempas. Satu kawasan, berkongsi parkir. Mungkin tauke pun orang yang sama.
Menu dah diletak siap-siap atas meja. Ada staf datang ke meja ambil pesanan tapi meh kita study jap cara pilih mee celup.
Pertama sekali, pilih jenis kuah, ada tiga pilihan iaitu
1. Kuah hitam (best seller)
2. Kuah putih
3. Kuah tomyam (disyorkan)
Lepas tu pilih jenis mee:
1. Mee kuning
2. Kuey teow
3. Bihun
4. Mee Pad Thai
5. Mee hijau
6. Maggi
Kemudian pilih lauk:
1. Ayam
2. Daging
3. Daging slice
4. Perut bulat
5. Special
Boleh tambah telur dan bebola
Selain Mee Celup, ada juga menu Thai yang lain seperti Nasi Khao Mok dan Pulut Ayam serta beberapa lagi.
Menu side dish atau street food Thai pun banyak jugak seperti pulut mangga, sangkaya, beef boll dan bingsu pun ada. Ikutkan hati macam nak cuba semua tapi perut ada tiga aje. Tu takpa, duit pun tak berapa banyak jugak, adeh!
PI nak Pulut Mangga. Dia kata, ni dia nak makan sorang-sorang. Hurmmm.. silalah.. sila.
Pulut datang dengan buah mangga setengah biji dan sos santan. Pulut sedap, sos santan sedap, mangga lemak manis.
PI komplen, leceh nak makan sebab mangga tak buang kulit. Ialah, kalau buang kulit, tak jadilah bentuk merekah macam tu, kannn.
SK dan Iman pilih Mee Pad Thai tapi tak ada stok, jadi kami pilih Kuey teow ambil lauk special dengan kuah hitam. Lauk special ni ialah campuran ayam dan daging serta ditambah telur dan bebola.
PI pilih bihun lauk daging. Nak perut bulat, tapi tak ada stok. Bagi Sk, mee celupnya sedap, betul-betul sedap. Tak sia-sia datang jauh-jauh. Iman kata, Mee Celup Ainoni lagi sedap, bagi Sk yang di sini lagi sedap. Begitulah, sedap itu subjektif.
Daging lembut, sup sedap, lauk banyak, ada telur dengan kuning tiga suku masak cuma tu la, sayur kangkung banyak batang dari daun.
Tambah sambal cili dengan cili jeruk dan chili oil, lagi kick! Ya Allah, teringat-ingat la pulak. Rasa macam nak merepeat malam ni, aci tak? Hahahaha.
Burppp.. Alhamdulillah.
Tengok pun sedap. Ada telur kuning cair pulak. Peh! Kalau saya rasa nak demam, ini salah satu makanan yang saya akan cari, bihun celup. 😋
ReplyDeleteTerliur pulak tengok pulut mangga tu.
ReplyDeleteSemua nampak sedap. Tapi pulut mangga tu mmg menggoda 😋
ReplyDeleteMangga tu oren betul..mesti manis.. celup² tu pun, nampak menarik perhatian..
ReplyDeletefav pulut mangga ngan mee celup
ReplyDeleteSaya kalau sticky mango rice memang biasanya tak mau sharing, sebab sangaaaat suka 🤣🤣. Eh tapi iyalah, kalau tak buang kulit susah makan. Lagipun bagi saya yg penting mangganya manis, tak perlu cantik hahahahah.
ReplyDeleteYa Allah drooling lihat mie celup nya kak . nanti kalau ke Johor lagi nak cari lah 😍😍
Tapi nampak macam sikit je 1 mangkuk tu kak? ke mcm sikit tapi banyak hehehe. Kalau dekat sini banyak kedai siam jual mee celup kadang bila teringin order special, ada ayam, daging, paru, babat dan bebola daging. Puas makan
ReplyDeleteTerliur pulak tengok mee celup tu. Teringat mee kat Boat Noodle. Lamanya tak ke restoran Thai.
ReplyDeleteKecur liur tengok mee celup kuah hitam dengan lauk special tu, SK! Nampak meriah betul dengan telur kuning tiga suku masak tu. Bab sayur kangkung banyak batang dari daun tu memang biasa, tapi janji sup dia padu dan daging lembut, dah cukup lunas rindu nak makan mee celup! Kg suami kat Kempas..apesal dia x pernah bawak SA kat sini erk...
ReplyDeleteBila dah mula tu, tandanya tak dapat nak rehat dah. Lagi-lagi mengemas esbok.
ReplyDeleteBagus ek mi celup ada banyak pilihan kuah, mi dan yang lain-lain. Boleh makan ikut selera masing-masing.Ya betul, wajib ada sambal baru tambah selera makan.
Aa teringin pulak makan pulut mangga. Memang lecehlah kalau tak dibuang kulitnya. Boleh hilang mood nak makan.