BELI TEALIVE. SEBAB NAK MENANG HONDA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

BELI TEALIVE. SEBAB NAK MENANG HONDA

Assalamualaikum... 

MASA bertemu Iman baru-baru ni,  Iman kata, nanti belanjalah dia The Alley lagi.  Dia dok teringat-ingat keenakan Creme Brulee la tu.  Sk pernah sekali minum The Alley,  Cikwa belanja masa jalan-jalan di sini dan Sk bukanlah peminat minuman pearl atau boba boba ni.  Tapi,  bila anak yang duduk jauh dah minta,  eh..  Kita kesianlah pulak. Pak Inche pun kata,  nanti kita carilah The Alley tu di Penang,  siap suruh google lagi alamat,  haha. Nak harapkan di Sungai Petani macam tak ada,  Kuala Ketil,  lagi laaaa.. hahaha. 

Jadi,  semasa jalan-jalan di Queensbay Mall,  Penang,  Sk carilah juga kot-kot The Alley ada kat situ.  Tak dan pun nak google.  Dahlah tekak sedang kehausan,  terbayang keenakan brown sugar bersama creme brulee,  hahahah,  sekali ternampaklah Tealive. Terus teringat pertandingan Tealive dan Honda yang kawan-kawan blogger Sk promosikan tu,  terus tanya dengan Iman,  nak Tealive tak? 

Iman kata, kan bonda kata nak beli The Alley.  Haaa..  Dia tau dah tu..  Mak dia ni takkan sewenang-wenangnya beli air mahal manis ni dua tiga kali.  Kalau nak,  pilih satu aje,  kalau dah dapat satu memang tak ada yang kedua 😝😝😝

Abaikan amoi dan pakwenya kat depan ni

Staf Tealive sedang sibuk menyediakan minuman.  Dasyat tul,  semua perisa ada paip air berlainan. 

Tak apalah,  bonda haus ni.  Lagipun bonda nak masuk pertandingan Tealive dan Honda.  Nanti Yaya tolong ambilkan gambar bonda ngan Stand Honda tu tau,  hahahaha. Tengoklah, punyalah bonda menggelupur nak menang honda sampai sanggup bergambar depan kedai yang penuh dengan orang tanpa rasa segan,  hahahaha.  


Tertutup ngan jari pulak label Tealive tu harap tak kena reject la kannn..  huwaaaa.  Nak ambil gambar lagi sekali, ada pulak orang tengah mop kat depan kedai.  Yang pelik,  sebelum kami beli tu tak ada pulak orang beratur kecuali adalah yang menunggu minuman masing-masing sekali lepas jer kami buat pesanan tengok belakang dah beratur panjang.  Hurmmm..  Nasib sempat. 

Perisa pilihan Iman,  Strawberry Pudding, haaa..  Macam tulah lebih kurang namanya.  Harga tak silap dalam RM8, tinggi jugaklah saiz cawannya. Rasa lemak,  manis dan masam bersatudengan puding tu yang lembut jer lalu ke anak tekak tapi kata Iman dia pernah minum jenama xxx yang lagi lembut puddingnya.  Jenama apa?  Nanti Sk cuba dulu betul ke tak betul kata Iman tu 😍😍😍

Oh,  ya..  Siapa yang nak tahu macam mana cara nak menang Honda dengan Tealive tu,  bolehlah google sendiri ya.  Sk tak nak beritahu nanti susah lak banyak saingan,  kahhhhhh!! 

6 comments:

  1. hahahahahaha...kemain taknak share cemane nak menang honda tu yek..kihkihkih...

    ReplyDelete
  2. boleh tu menang.. kalau menang tu dapat honda jazz perghh.

    ReplyDelete
  3. Ayat last tu winnn...hehehe...apapun all the best...

    ReplyDelete
  4. Ada rezeki mana tau bawak balik Honda Jazz wooo...hehehehe

    ReplyDelete
  5. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih