Assalamualaikum...
BIARLAH gambar berbicara tentang keindahan Sepilok Nature Resort.
Terpegun dengan suasana di sini, tanpa sedar jari asyik merakamkan keindahannya di lensa kamera telefon bimbit. Malah, jika kita masih menggunakan negatif filem seperti dulu-dulu mungkin segulung filem telah dihabiskan demi merakam keindahan dan keunikan yang dicetuskan di Sepilok Nature Resort.
Sk dan teman media singgah ke sini untuk acara makan tengahari selepas melawat Orang Utan Rehabilitation Centre dan Borneon Sun Bear Conservation Centre, rasa lupa segala lelah meniti titian papan di pusat rehabilisasi.
Ketenangan air tasik, kehijauan taman dan warna-warni dekorasi yang diterapkan di laman restoran The Lake Bistro pasti membuat anda ingin berlama-lama di sini menjamu selera.
Kafe yang terletak di dalam Sepilok Nature Resort yang menjadi tumpuan ramai pelancong luar negara setiap kali datang bermalam di Sandakan. Malah, semasa Sk ingin pulang, ramai pelancong bermata biru baru sahaja sampai untuk daftar masuk ke resort bertaraf lima bintang ini.
Buka selera anda dengan Sup Cendawan serta Roti Bawang Putih sebelum menikmati hidangan tengahari. Nikmati juga potongan buah-buahan sebagai pemanis mulut.
Sungguh fushion apabila Rendang Daging Lembu dijadikan inti sandwich dihidangkan bersama kentang yang digoreng rangup.
Pilihan Sk, Stir Fried Sambal Prawn bersama nasi kukus. Saja jer eksyen sebut nama orang putih, ini Udang Sambal yang dimasak ala sambal Thai, sedap sehingga menjilat sudu, hihi.
Lain kali boleh cuba menu ini di rumah iaitu memasukkan hirisan terung bagi menambah warna dan rasa udang sambal, sedap tak sangka!
Facebook The Lake Bistro Sepilok
Sepilok Mile 14
90000 Sepilok, Sabah, Malaysia.
Buka setiap hari 7 pagi hingga 10 malam
halah² bestnya lahai dapat makan menghadap nature macam ni uih... rasa macam taknk balik ni...
ReplyDeletecantik tempat ni kan kak seri..suka sangat!
ReplyDelete