KUETEOW GORENG DAGING VS SATE

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SUSAH betul nak jumpa kedai yang jual kuey teow atau mee mentah seberat 500 gram. Bungkusan standard berat mee atau kuey teow biasanya 1 kilogram sedangkan kita ni cuma berdua. Hari tu, separuh bungkus dah masak Beef Kueteow ala Cantonese, ada lagi separuh bungkus, goreng aje la yang senang. Daging rebus pun masih ada baki lagi sebekas, memang sengaja tinggalkan untuk buat Kueteow Goreng ni.



Balik kerja singgah kedai beli tauge dan daun kucai. Masak ni, Iman ada kat rumah, Iman kata, boleh ke buat berkuah macam kat kedai. Dia komplen ada kedai yang sampai jer kat dia, kuah dah kering. Sk cuba buat berkuah dengan memasukkan banyak air rebusan daging tapi.. sorrylah, memang tak pandai buat kueteow berkuah atau orang panggil Char Kueteow Penang (padahal kalau pergi Penang tak jumpa pun jual yang berkuah tu).




Pak Inche singgah pasar malam beli sate daging 20 cucuk. PI kata, ramai betul orang beli sate kat situ, bakar jer habis, bakar jer habis. Sk kata, agaknya pasal orang baru gaji. Teringat dulu-dulu, time ibu gaji nanti kami ramai-ramai jalan kaki pergi Medan Selera Taman Kobena beli sate. Biasanya bungkus la makan kat rumah. Zaman tu belum ada jejantas lagi kat Taman Kobena tu, kena seberang jalan Skudai yang sibuk tu, Alhamdulillah.. selamatttt. Medan Selera tu dah tak ada sekarang ya. Dia dekat Pekan Rabu yang sekarang dah jadi sekolah swasta tu. Eh eh.. bukan.. bukan..  dia yang apartmen Pulai View tu la rasanya.




Kueteow Goreng Daging makan seorang sepinggan sebab ada sate. Berbaki lagi sepinggan, kiranya, 500 gram kueteow cukup untuk 4 orang makan la kan. 




Lepas makan, Iman balik kampus, Sk dan PI pulak tukar tv suka sama suka sebab Sk nak tengok drama Andai Tiada Dia. Tak ada bola malam tu bolehlah tumpang asteruk PI, tv Sk dalam bilik untuk tengok Netflix aje. Dah tengok tv dekat depan tu, rasa laparlah pulak, makan rojak buah PI beli kat pasar malam jugak sikit. Lepas tu, teringat sate berbaki 3 batang, pun Sk habiskan. Masa tu la terfikir, patutlah PI selalu mengadu lapar malam-malam, sebab tengok tv dekat dengan dapur. Tak lama, PI datang ke depan,  dia kata nak makan sate tadi. Sk cakap, dah kemas... sambil gosok-gosok perut, hahahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bahaya tengok tv dekat dengan dapur, hujung-hujung cari makan! 😄
    Sedapnya kuetiau Sk, guna mi kecik.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!