MAKAN DI RESTORAN PERIUK KAMPUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 



MALAM tadi, asalnya nak pergi makan kat Warung Pak Mus. Hujan, kan.. WPM tu selalu penuh, kalau hujan tak ada tempat, leceh pulak. PI ajak ke Restoran Periuk Kampung. Memang akan lalu kedai ni la kalau nak pergi WPM. Sk cakap, tak serik ke? Sk serik dah makan kat situ, tak sedap langsung. Tak boleh bayang masa tu, rasa nak menangis makan Nasi Goreng Salted Egg dia. Lepas tu bungkus, dah bawa balik rumah pun tak boleh nak makan, hahaha. Puas cari entry lama makan kat situ, tak jumpa pulak link-nya.




PI kata, sekarang dia dah upgrade. Dah okey. Ehhhh, percaya sangat!




Masuk aje, aaaa.. memang cantik. Dulu pun cantik, tapi sekarang lagi cantik. Tapi datang dulu tu, kami duduk kat bahagian luar, jadi Sk tak ingat sangat rekaan dalam restoran. Tengok terendak lampu gantung tu, Sk terus teringat arwah mak (mentua). Tiap kali Sk raya pertama kat Kuala Ketil, nanti tengok mak bagi makan ayam. Ayam tengah syok makan, mak serkup dengan benda ni, ayam tertipu... hahahaha. Kadang, mak tangkap aje ayam kat dalam reban, lepas tu serkup dengan benda ni. Kemudian, mak panggil orang datang sembelih. PI kata, Abang Fendi (sepupu) yang suka sangat makan ayam kampung, jadi memang mak masak khas untuk Abang Fendi. 




Staf bagi buku menu tapi pesanan kena buat dalam aplikasi restoran melalui QR Code. Dalam aplikasi restoran, semua menu tak ada gambar, jadi.. Sk main bedal ajelah masukkan pesanan. Dah submit, baru tengok buku menu ni, eh menarik pulak la menu-menu dia.




Memang sesuailah kan nama Periuk Kampung ada menu-menu dulang ni.




Western pun ada jugak. Nampak jugak dalam aplikasi pesanan sebelumnya tapi macam SK cakap, dalam aps tu cuma ada nama menu, tiada gambar, jadi tak tertarik nak order.




Tengok dalam aps, terkejut tengok harga maggi, hahaha. Tengok gambar, oh, patutlah mahal.




Ada menu ala- Thai jugak.




Mula Sk nak makan Nasi Goreng, tapi mak aihhh, nasi goreng pun dah tak ada harga belas kasihan.




Sejuk-sejuk, teringin pulak nak minum Air Barli Panas. Tapi, dia letak dalam bekas macam ni. Sudu kecik pun tak bagi, macam mana nak ceduk barlinya. Sk dah minta sudu kecik tak dihantar, hurmm.. bangun sendiri la cari sudu plastik yang untuk tapau dorang letak kat kaunter.




PI makan Mee Goreng, Sk makan Kueyteow Goreng. Sepinggan RM13 ya, disertakan dengan keropok moni, telur goreng dan sehelai kecil daun salad. Telur goreng tu tak boleh ke goreng elok-elok?  Hurmmm. Yang kelakar, pinggan tu asyiklah berpusing masa setiap kali kita nak ceduk mee/ kueyteow tu, sabar ajelaaahhh.




PI kata, kalau dekat kedai tomyam, ada jugak udang ke, sotong ke, dengan harga RM13. Sepanjang makan dia membebel, tambah pulak mee goreng dia masin, tak habis PI makan. Kueyteow Sk sedap jer, cuma tulah, rencah isi ayam aje. Memang betul kata PI, apalah salahnya, letak udang sekor, sotong sikit. Sk tengok, setakat letak keropok moni dan telur goreng, nak letak harga sampai RM13, berapa sangat modal keropok moni tu?


Haaa.. tu la, babah.. bonda dah kata tak nak makan kat sini tadi, Sk pulang paku buah keras, haha.




Yang kelakar, masa nak bayar, cashier tanya, makanan semua ok? PI jawab, TAK OK, dengan mulut moncong macam orang tengah merajuk, hahahaha. Mee goreng masin, air lemon tak rasa lemon langsung! Komen PI. Terkelu cashier tu. Dia tanya, nak gantikan mee ke? Nak ganti apa,dah makan, jawab PI. Lepas tu dia bagi diskaun 10% kot. Tak tahulah Sk diskaun sebab komplen makanan tak sedap atau memang dorang ada promosi upgrade kedai tu, hihi. 

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. PI kan sama macam Suami Lin, kalau di tanya, jujur aja jawab. Pernah bawa Hotel pun sama Kak dia jawab jujur hahahaha terpinga PR tu dengo hahahaha .. tapi betullah kan, hak kita nak komplen, sedap tu subjektif jer

    ReplyDelete
  2. Kalau suami SA pun sama..jujur je dia cakap..supaya penambahbaikkan akan datang tapi tu la macam mana nak tau ada perubahan sebab dah pangkah kedai tu kan

    ReplyDelete
  3. aduh, minta sudu tapi tak dihantar.

    nampak sedap makannya tapi agak mahal juga ye? telur tu macam dah tak segar kuning dah pecah

    ReplyDelete
  4. Nak tipu takut dosa, baik jujur je. Haha. Tapi biasanya kalau tak sedap, kita tettt terus kedai tu

    ReplyDelete
  5. Eh, sama macam saya. Hari tu pun, tuan kedai tanya semua pesanan dapat tak? Saya cakap, salah, pesan lain, dapat lain. Terus dia bagi diskaun. Pastu dia tegur pekerja depan saya, lain kali dengar betul-betul time customer order. Rasa bersalah pulak kita. Habis tu, tuan kedai tanya, kan. Mesti la jawap jujur, macam pak incik SK. :D

    ReplyDelete
  6. Buku menu cantik. Telur mata tu, sedih tengok nya untuk kedai macam ni.

    ReplyDelete
  7. Saya pikir betul2 ada improvement , ternyata tak adooooo ya kak 🤣🤣. Dah laah memang blacklist , jangan DTG lagi , unless mereka ganti chef nya 🤭

    ReplyDelete
  8. harga kayangan juga tu..dh la tk ok ye..bertabahla

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!