Assalamualaikum WBT
TAK ada dalam perancangan langsung untuk menonton filem KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL, rabu lepas. Selepas makan Mee Wantan di Kueh Bakor by Sugarbake, Sk dan Iman ke Midvalley Southkey, sajalah nak meronggeng. Kemudian, Iman cadangkan untuk tengok wayang, lalu kami terus ke Pawagam GSC. Tengok-tengok, eh, ada filem KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL sedangkan tayangan umumnya hanya akan bermula esoknya. Tapi, harga tiket agak mahal pulak walaupun hari rabu. Sk bincang dengan Iman, bagi masa emaknya fikir nak tengok ke tak, sebab tayangan pukul 12.45pm. Masa tu pukul 12, ada lagi 45 untuk fikir, kalau ikut Sk, tunggu Jumaat ajelah, tengok tayangan pagi, murah, hehehe.
Minum-minum jap kat Beautea, tengok-tengok jam dah 12.20 tengahari. Aaaa.. jomlah kita beli tiket, nasib baik ada harga student, jadi satu tiket dapatlah harga student. Tapi masa masuk tu, staf tak periksa pun kad pelajar, hurmmm.. tahu.. tipu jer tadi, hahahaha.
Memang ngam la, lepas beli tiket terus dah boleh masuk. Kerusi dia empuk dan selesa cuma laluan tu agak sempit la. Mujurlah kiri kanan tak ada orang, rasanya tak sampai 10 orang penonton hari tu sebab hari kerja kan. Mungkin ramai jugak yang tak tahu ada tayangan khas sehari sebelum tayangan umum. Biasa tayangan tengah malam seminggu sebelum tayangan umum tu, Sk tahu la. Baru ni, Sk tengok di medsos, filem KKHC ni telah mendapat kutipan 3J dalam tempoh tiga hari tayangan.
Filem ini ada pengikutnya kerana ia merupakan prekuel dari drama bersiri Projek: High Council di saluran Astro Ria. Jika dalam drama bersirinya mengisahkan tentang dua beradik, Fakhri dan Naim yang terpisah dan bertemu semula di KUDRAT (Kolej Ungku Deramat) tapi dalam filem dia dah tak cerita pasal dua beradik tu lagi ya sebaliknya ia menceritakan bagaimana Kahar boleh menjadi Kapla High Council. Kapla tu macam ketua la, budak yang paling handal bertarung dalam sekolah tu.
Bagi Sk yang meminati filem genre thriller dan action, Sk sangat berpuas hati sehingga hilang rasa terkilan membeli tiket dengan harga yang agak mahal, hahaha. Memang tak rileks langsung la sepanjang menonton, adegan pertarungan tu nampak real macam kita sekali ikut bertarung. Salah satu aksi yang buat Sk terpukau adalah pertarungan yang melibatkan Jojo, pehhhh dia tendang guna lutut bertubi-tubi sambil baring 90 darjah ko!
Kalau tengok drama PHC macam menyampah sikit la dengan Kahar ni sebab macam pembuli gitu tapi bila tengok filem, Kahar diangkat sebagai hero dan dalam filem ni akan ceritakan bagaimana Kahar dilantik sebagai Kapla. Menangis!! Tapi, kalau anda tak pernah menonton siri drama tu pun boleh faham jugaklah, sebab ia prekuel, masih okey dan faham lagi la jika hanya menonton filemnya.
Sinopsis
Kahar: Kapla High Council ialah sebuah filem aksi-drama Malaysia yang ditayangkan pada 28 November 2024. Filem ini merupakan prekuel kepada siri popular “Projek: High Council” yang ditayangkan pada tahun 2023.
Filem ini akan membawa penonton menyelami kisah awal yang menjadi latar kepada peristiwa dalam “Projek: High Council”, memperlihatkan transformasi seorang remaja dalam menghadapi tekanan, kuasa, dan tanggungjawab di alam persekolahan.
Kahar: Kapla High Council mengisahkan perjalanan Kahar, seorang pelajar tingkatan empat di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sebuah sekolah berasrama penuh.
Kahar, yang pendiam dan sering menyendiri, dibebani harapan tinggi oleh bapanya, Dato’ Abu Yamin, yang menginginkan kecemerlangan daripadanya. Namun, Kahar tidak mencapai prestasi akademik yang diharapkan, menyebabkan tekanan dalam hidupnya.
Satu insiden tidak dijangka mendorong Kahar untuk mencalonkan diri dalam ‘Pilihanraya’, sebuah pertandingan antara calon dari setiap rumah asrama KUDRAT untuk merebut gelaran ‘Kapla’, ketua tertinggi High Council dan “pemerintah” tidak rasmi pelajar.
Bagaimana? Kenalah anda tonton sendiri.
Sk bagi 100*/10
Itulah dengar² dah dapat RM3 juta...
ReplyDelete