Assalamualaikum WBT
PERGI lagi makan di Lanzhou Ramen Cina Muslim, kali ini datang bertiga beranak. Kalau sebelum ini, Sk berdua sahaja dengan Pak Inche dan kami makan di cawangan Taman Senadi Hills, kali ini kami ke cawangan 68 Avenue, Gelang Patah. Cawangan ni cuma menawarkan menu ala carte tiada buffet steamboat.
Iman makan Beef Noodle add on extra daging. Rupanya, dia asingkan daging extra tu dalam piring kecik.
Sk ambil menu lain kali ni tapi tetaplah pilihan Sk mee kering. Yang ni daging lembu dan cendawan serta ada capsicum.
Pesan dua minuman saja, yang pink ni strawberi PI punya, Iman ambil air bancuh free flow, jadi, Sk kongsi jer air Iman.
Campak semua daging extra dalam mangkuk mee. Jenuh Iman habiskan daging. PI tak pesan mee, dia makan sikit-sikit mee Sk. Hari tu PI ada program kelab media, makan macam-macam dah sampai tak larat nak makan malam, katanya.
Beef dumpling wajib. Puas makan dumpling satu set 15 ketul. Pun tak habis makan tiga orang.
Apa ketidaknya, pesan jugak lamb skewer ni ha, satu set tiga cucuk ni, RM12.
Dekorasi restoran cawangan 68 Avenue ni lebih ringkas.
Kalau di cawangan Senadi Hills banyak replika mesin jahit, di sini pulak ada barang-barang zaman purba lama, hehehe.
Macam nak jatuh je barang2 perhiasan lama atas rak tu... penuh nau!
ReplyDeletesedap tgk beef dumpling & lamb skewer tu
ReplyDeletecantik pinggan dia guna kak, memula ingat akak makan kat rumah tadi
ReplyDeleteemua menu nampak sedap..x pernh lagi makan dumpling daging...nak cuba la....
ReplyDeleteMenarik barang-barang lama tu SK, nampak bersih tak berhabuk.
ReplyDeleteBanyak jenis makanannya, patutlah beef dumpling boleh ada baki. Memang kenyang sungguh makan di sini ye SKI.
ammi kalau ke kedai ala-ala mee tarik ni pun suka yg kering sbb bila yg jenis soupy sangatlah oily kuahnya. terencat betul nak makan
ReplyDelete