MASAK SARDIN JER - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MASAK SARDIN JER

Assalamualaikum... 

HURMM..  macam balas dendam jer ni. Minggu lepas kita tinggalkan dia lima hari,  minggu ni dia pulak tinggalkan kita lima hari.  Siapa lagi kalau bukan Pak Inche bushuk-bushuk Sk tu le,  kali ni out station lima hari ke pantai timur kerana Program MyRumah sedang menjalankan kempen di Kuantan. Dalam masa yang sama, dapatlah Sk relaks selepas pulang dari misi Media FAM Trip Tawau - Lahad Datu - Sandakan tu. Selesai jugak lipat dan gantung kain baju yang menggunung 
😂😂😂

Walaupun ada hati nak jalan-jalan tapi dia punya malas nak start enjin tu,  haiii..  Jadilah Sk macam ulau melingkau atas pagau.  Bila tinggal sorang maka terpulang pada kita la nak makan ke tidak.  Mula tu macam malas nak makan nasi sebab dah makan pengat (eh,  belum cerita pasal pengat ek),  tetapi petang semalam tetiba nak makan nasi berlaukkan sardin.  Lauk sardin tu pulak nak yang paling simple,  bukan dimasak kari atau sambal,  gituhhh. 


Tumis-tumis..  Campak-campak..  Maka terjadilah lauk sardin.  Dah tinggal sorang,  dah kelaparan maka tak kuasalah nak hidang dalam mangkuk.  Ceduk nasi masuk pinggan,  ceduk lauk sardin letak tepi nasi,  terus makan dengan penuh perasaan,  hihi. Siapa suka ratah bawang banyak -banyak macam ni kita geng.  Ok,  tahu..  Sunah bukan geng makan bawang,  hahahahha. 

Burppp!  Alhamdulillah... 

6 comments:

  1. Hahahaa Saya laaa tu, kalau jumpa bawang, habis semua Lin korekkk...hahahahah..
    Kekeke Pak Inche pulak balas dendam ek..boleh sama plak tu 5 hari ek hahahaha

    ReplyDelete
  2. kak, sardin kena ada partner, telur dadar dan nasik panas. perghhhhhh cili padi sebijik dua boleh jugak gigit2 sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. hahahhahahah yeee!!! sis lin suka laaa makan bawang banyak2!

    ReplyDelete
  4. Ya allah....masak sardin jer pun sebenarnya mampu buat SA langgar diet...sedapnyaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih