REVIEW FILEM SANGKAR - Alam Sari Di Tanah Jauhar

REVIEW FILEM SANGKAR

Assalamualaikum... 

DAH lama tak tulis review tentang filem-filem yang Sk tonton kebelakangan ni.  Ya,  ada je pergi menonton tapi feel tak sampai agaknya untuk buat ulasan,  hahahah.  Dan..  Sangkar telah membuka kembali hati Sk untuk mengulas sekaligus mengajak anda ke pawagam bagi memberi sokongan kepada filem yang berkualiti seperti Sangkar. 

Cuma pesan Sk walaupun filem ini dikategorikan sebagai umum tak perlulah bawa anak-anak menonton sebab takut dia tiru buat kat kawan dia ui. Adegan pertarungan dalam Sangkar membuatkan Sk tegang melekat di kerusi terutamanya di babak-babak akhir walaupun kita pastinya penghujungnya siapa yang menang,  haaa..  Tentulah heronya kan. 

Namun,  Sangkar bukan kisah pertarungan dalam gelanggang semata.  Ia begitu sarat. 
 Sungguh sarat dengan mesej kekeluargaan,  kasih sayang,  persahabatan dan jati diri.  


Sangkar mengisahkan tentang seorang fighter,  Adam (Zul Ariffin)  yang menang dalam pertarungan menentang Johan (Remy Ishak). Adam dituduh mengelat ketika perlawanan sehingga beroleh kemenangan namun dalam masa yang sama ada pihak yang sebenarnya bertaruh merancang kekalahan Adam namun dia ingkar menyebabkan Adam terikat dengan janji pertaruhan tersebut. 

Adam yang tidak puas hati dengan kata-kata dia mengelat di dalam perlawanan telah mengajak Johan bertarung di luar sangkar tanpa pengadil dan penonton namun satu insiden telah berlaku menyebabkan sesuatu terjadi kepada Johan yang membuatkan Adam tidak mampu memaafkan dirinya sendiri. 

Pengarah, Kabir Bhatia dan Penulis Skrip, Mira Mustafa memang terkenal sebagai pasangan yang bijak memainkan emosi penonton.  Sepanjang dua jam Sk langsung tidak terasa bosan dengan dialog dan pertukaran setiap babak yang amat difahami jalan ceritanya. Lakonan Zul Ariffin dan Remy Ishak seperti biasa A+ cuma watak yang dibawakan Mira Filzah sedikit lembab dan layu pada pandangan Sk.  Layu ya,  bukan kayu.. Hahaha..  Korang kena faham perbezaan tu, hihi tapi masih boleh dimaafkan.


Tahniah pada watak lain yang menceriakan dan menghidupkan cerita ini terutamanya watak Farid yang bagi Sk agak luar biasa dan bukan calang-calang dan ianya begitu cemerlang di bawakan Carliff. Lepas ni kena follow ig dia laaa..  hahahah. 

Dengan harga tiket RM11 sekepala sebab memilih tayangan sebelum tengahari,  menonton Sangkar pastinya berbaloi-baloi. 

5 comments:

  1. Remy Ishak dalam filem ni agak gendut buncit ek hehehehehe

    ReplyDelete
  2. tak tengok lagi cite ni...entah ek, belum ada rasa nak tengok...sebab belum baca entri kat atas kot...hahahahaha! esok ah baca!

    ReplyDelete
  3. Teringin nak tengok tapi entah bila la..selalu yg teman SA tengok wayang ni kakak Dania...ni dia nak exam dah hujung bulan ni memang x la nak ajak dia tgok wayang

    ReplyDelete
  4. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih