TERINGIN MAKAN PENGAT PISANG - Alam Sari Di Tanah Jauhar

TERINGIN MAKAN PENGAT PISANG

Assalamualaikum... 

PENGAT pisang merupakan antara masakan yang amat Sk gemari dan boleh makan bermangkuk-mangkuk tanpa prejudis.  Ia juga antara masakan-masakan Sk yang terawal ketika mula pandai memasak.  Sebenarnya Sk agak lewat juga pandai memasak.  Kalau orang lain tu,  sekolah rendah pun dah pandai goreng telur,  Sk nak hidupkan api dapur pun tak reti (yang sebenarnya takut 😂)

Berbalik cerita pasal Pengat Pisang semalam,  memang dah lama teringin.  Tapi teringin tu nak yang masak sendiri,  gitu dia punya teringin.  Pisang tu pun tak nak yang beli kat kedai sebab ada orang kata pisang kat kedai tu letak karbaid untuk diperam.  Jadi,  Sk memang elaklah beli pisang kat kedai ni. Jadi,  bila mak Sk offer pisang dua sisir, terus jer la Sk kata ya,  sambil terbayang Pengat Pisang Bersagu yang dimasak dengan gula melaka ditambah harum daun pandan. 


Nampak tak dia punya bayangan dengan kejadian tu..  pehhh..  Indah khabar dari rupa 😆😆😆
Bak kata Nur Farahain,  "Tak cukup bahan takpe,  janji masak"
😝😝😝
Itupun nasib baik ada stok santan kotak kat dalam kabinet,  kalau tak,  mahu terjadi Pisang Air Gula jer,  kahhhhhh! 

6 comments:

  1. tu yg best kalau pandai masak sndiri. teringin je boleh masak sndiri hehe, tpi bahan kena ada la huhu. teringin pulak dgn pengat pisang

    ReplyDelete
  2. hahahah kelakar gila bila tengok video Tak Cukup Bahan Tak Pe, Janji Masakkkkk

    ReplyDelete
  3. Kalau pisang yang jual kat kedai, memang letak kabaid
    sebab nak masak serentak.

    ReplyDelete
  4. Lama dah x makan pengat pisang...nanti la kalau rajin nak buat

    ReplyDelete
  5. Kita kalau teringin pun memang tak buat, dan menahanlaaa teringinnya, sebab nak buat sorang makan dan tak berapa pandai nak buat huhuhu kempunan selamanya kata orang ...

    ReplyDelete
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih