EGG & CHIPS UNTUK SARAPAN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

EGG & CHIPS UNTUK SARAPAN

Assalamualaikum... 

KUNUNNYA pagi ni nak ajak Pak Inche bersarapan di sebuah kopitiam tapi tahulah Sk ni kalau tak ada hal,  tak mungkinlah rajin sangat nak keluar semata-mata untuk bersarapan,  hahaha.  Jadi, memikirkam dari terpaksa bersiap cecantik semata untuk pergi bersarapan,  baiklah buat sarapan sendiri di rumah. 

Pak Inche pulak jenis tak kisah.. Orang lelaki apa ada hal nak bersiap.  Pakai baju dan seluar dah boleh jalan.  Cuma Pak Inche ni jenis oramg yang tak sarapan berat waktu pagi.  Sk ni pulak yang jenis nak makan banyak,  hahaha.  Eleh ko Sk,  pagi petang siang malam memang kuat makan pun,  hahahah. 


Setelah bertungkus lumus di dapur,  siaplah American Breakfast seorang sepinggan.. Sambil makan sambil mengenang,  apalah anak yang seorang tu makan.  Mesti makan biskut aje tu sebab Iman ni pun sama macam babahnya jenis yang lambat ambil sarapan. 


Egg & Chips katanya... Inilah menu sarapan yang Sk teringin nak makan di kopitiam tu.  Masak sendiri walaupun dikata lebih terjamin bersih tetapi ada masanya kita nak rasa istimewa,  kan.  Ni dah tungkus lumus sediakan bahan memasak,  lepas tu kena masak,  lepas tu kita jugak kena basuh dan mengemas,  huhu. 

Aikk!  Merungut nampak?? 
Hahahahha... Saja meluah perasaan. 

*Tak sabar tunggu cuti deepavali nak jadi mem!  😂😂😂


7 comments:

  1. sekali sekala sarapan pagi di luar amat bagus juga..

    hidup ini perlu dinikmati dan disyukuri

    salah satu daripadanya ialah makan di luar dan ini mendorong minda bawah sedar bahawa hidup sangat best.

    kesannya nanti hati akan jadi tenang,gembira dan bahagia.

    secara tidak langsung rezeki akan datang berondong-bondong

    ReplyDelete
  2. Kalau SA, x cukup ni..eh teringat plak kacang panggang ada beberapa tin kat rumah tu...x berusik lagi..

    ReplyDelete
  3. Hahahaha kalau kita tak cukup kenyang ni, sarapan kita berat sebab brunch hahahaha...lagi kalau ada Suami, jam 10am dah bedal nasi padang hahahaha

    ReplyDelete
  4. kenapa ku bayangkan rupanya lain.hahahaha. kenyang ke tu??

    ReplyDelete
  5. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih