MAKAN DI SHANG DIM SUM, HOTEL JEN PUTERI HABOUR - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI SHANG DIM SUM, HOTEL JEN PUTERI HABOUR

Assalamualaikum... 

Anda pernah dengar tak,  salah satu makanan yang boleh membuat kita langsing dan ramping adalah Dim Sum πŸ˜€ Ini kerana Dim Sum dikenali dengan cara masak yang mudah dan menyihatkan iaitu dengan cara kukus. Selain itu, mengukus juga dapat mengekalkan tekstur makanan.


Haaa.. Nak kurus tak? Jom ikut Sk ke Shang Dim Sum Restaurant yang terletak di Hotel Jen Puteri Habour.  Shang Dim Sum menawarkan 25 pilihan menu dim sum secara ala carte dengan harga yang sangat berpatutan. Antaranya,  meh Sk kongsikan, check it out!  
πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Xiao Long Pau
Ia merupakan kulit wantan yang berintikan sup ayam dan halia.  Sungguh unik kejadiannyakan. Kalaulah Sk yang disuruh sediakan menu ini,  mahu sampai habis tahun 2020 tak pas isi sup dalam kulit wantan tu,  hahaha. 


Kalau nak makan dengan sopan,  maka kenalah tadah dengan sudu dan gigit perlahan supaya tak terpercik kena orang depan,  hahaha.  Nak lagi senang,  ikut cara Sk,  masuk jer semua terus dalam mulut,  pehhhh! πŸ˜‚


Chicken Siew Mai
Haa..  Nampak ekor udang kan tapi intinya isi ayam ya.  Dim Sum macam ni antara yang sangat biasa kita jumpa,  kan dan antara menu dim sum yang sering menjadi pilihan Sk.


Braised Chicken Feet
Kajian menyatakan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen yang dikatakan mampu membuatkan seseorang itu awet muda.  Haa..  Sebab itu menu ini wajib ada setiap kali Sk makan dim sum,  nak awet mudalah katakan,  biar orang nampak kita dengan anak macam kawan-kawan aje,  hahaha.


Prawn Dumpling
Bahan segar premium yang terdapat dalam dim sum seperti udang dan juga sayuran mampu memberikan khasiat kepada tubuh badan kita. Di samping rasanya sedap,  kita dapat menjaga kesihatan dengan khasiat daripada dim sum. Ni yang rasa macam hari-hari nak makan dim sum,  hehehe.


Salted Egg Pau
Pau yang gebu dan lembut diisi dengan inti telur masin yang dimewahkan dengan custard keemasan.  Sejak dulu kaum cina memang begitu kreatif dengan meletakkan telur masin dalam dessert sehingga turut menarik citarasa bangsa lain untuk mencuba keunikan rasa telur masin dalam manisan.


Berbanding makanan mentah, mengukus boleh mengurangkan asid folik sebanyak 15%, manakala merebus boleh mengurangkan sebanyak 35% dari zat makanan. Bagi menjaga dan mengekalkan zat makanan dari berkurang, teknik ini disarankan berbanding merebus atau secara mikrogelombang. Sebab itulah dim sum sesuai dijadikan menu diet kerana ianya dimasak secara kukus, menjadikan ia tinggi protein, kurang lemak serta rendah kalori.


Walaupun begitu bagi mereka yang gemar masakan secara deep-fried, Shang Dim Sum turut menyediakan menu gorengan yang sedap dan memenuhi citarasa anda.


Beancurd Fried Seafood ini tentu sesuai dijadikan menu untuk sarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Jika suka anda boleh mencecahnya dengan mayonis atau sos yang tersedia di meja tapi Sk lebih gemar menikmatinya begitu saja,  sedappp!


Yam Chicken Dumpling
Bebola keledek berintikan isi ayam yang berempah. Sk kurang pasti adakah ia dibalut dengan kulit wantan atau sekadar dicelup dalam adunan batter sebelum digoreng tenggelam tapi tekstur yang rangup diluar serta keempukan isi keladi dan inti ayam tu betul-betul sedap dan Sk sukakannya.


Paling istimewa tentunya Custard Salted Egg Ball yang tiada dalam menu restoran.  Ia berupa bebola custard manis yang diadun bersama telur masin yang disalut dengan batter seakan kuih karas.  Walaupun begitu bila kita gigit,  salutan tu tak terburai atau pecah berterabur,  memang sedap,  terima kasih Chef di Shang Dim Sum yang menyediakan menu special ini.


Dah,  apa tunggu lagi..  Jomlah kita ke Hotel Jen Puteri Habour untuk menikmati Dim Sum di Shang Dim Sum Restaurant yang terletak di lobi hotel. Semua menu disediakan secara ala carte sahaja.  Haa..  Bolehlah tu ajak kawan-kawan sambil menikmati teh cina yang panas suam.

Hotel Jen Puteri Habour
Persiaran Puteri Selatan
Puteri Habour,  Iskandar Puteri
79000 Johor Bahru,  Johor

Tel 07 560 8888

Website : Hotel Jen Puteri Habour

Update : Kitchen HALAL Certified


10 comments:

  1. My brother suggested I would possibly like this blog. He was totally right. This post truly made my day. You can not imagine simply how a loreciated! Also visit my web page..
    Pinoy Channel| Pinoy Tambayan| Pinoy Tv| Pinoy Tv Replay| Pinoy Ako| Pinoy Lambingan| Pinoy Teleserye| Zee tv

    ReplyDelete
  2. wahhh, bestnyaa. Betul tu, dimsum bagus sebab dia masak dengan kukus. Dulu macam takut nak rasa dimsum ni, tapi bila dah makan. Mak aihh, sodapnyaaaaa..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya dimsum. Ada macam-macam jenis pulak tu

    ReplyDelete
  4. Tak sabar juga nak cuba nanti hehehe nampak menyelerakan sungguh...

    ReplyDelete
  5. dimsum kalo orang ajak makan ke orang hulur ke memang tak tolak
    nyuuummmms..

    ReplyDelete
  6. i loikeeee kak seri begitu cantik hari tu! ehhh komen dimsum lahh, bukan pemakan dimsum! hahahahha

    ReplyDelete
  7. Alaaaaa...terus rasa nak makan dim sum...kena pi dolly dimsum la kat NuSentral...

    ReplyDelete

  8. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete
  9. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih