'MEH MAKAN' JOHOR FOOD BUFFET PROMOTION - Alam Sari Di Tanah Jauhar

'MEH MAKAN' JOHOR FOOD BUFFET PROMOTION

Assalamualaikum...

SEPANJANG hujung minggu pada bulan November ini, MEH MAKAN Masakan Johor bersama keluarga dan sahabat handai di Restoran Cinta Terrace, Pulai Springs Resort, Johor Bahru.
Kali ini, Chef  Ronny Koh akan membawakan citarasa asli masakan Johor yang pastinya menggunakan rempah ratus asli dan bermutu tinggi yang sering dimasukkan ke dalam masakan pelbagai bangsa Johor.

Penggemar Nasi Ambeng, anda tentunya puas hati apabila dapat menyediakan sendiri Nasi Ambeng mengikut citarasa. Dengan nasi putih yang disediakan, pilih lauk yang digemari untuk diletakkan ke dalam pinggan nasi seperti Ayam Masak Kicap, Sambal Goreng, Kacang Panjang Goreng, Serunding, Telur Itik Masin, Ikan Kering dan Nasi Ambeng pastinya tidak lengkap tanpa Mee Goreng Bodoh.

Tidak cukup Johor kalau tiada Asam Pedas, maka anda boleh menikmati sahaja nasi putih bersama Asam Pedas Johor. Pilih ikan yang anda gemari untuk dimasak asam pedas secara langsung di hadapan anda. Jangan lupa minta tambahkan bendi, terung dan tomato bagi menambah 'kick' dalam asam pedas kegemaran anda.

Kawankan asam pedas dan nasi putih bersama pelbagai jenis keropok, kerabu, ulam dan sambal seperti kerabu kacang panjang dan kacang botor, sambal belacan dan sambal kicap atau sambal godok serta ikan kering dan ikan masin.

Bagi yang suka meratah kerabu tanpa nasi, anda pasti sukakan Kerabu Maggi, Kerabu Taugeh atau sepiring coleslaw untuk anak kecil yang tidak gemarkan sayur.

Berinspirasi dari masakan Kari Kambing dan nasi berperisa yang dekat di hati warga Johor,  
anda pasti tertawan dengan keenakan Gulai Kari Kambing yang dimakan bersama nasi berperisa dengan rempah khas.

Atau apa kata anda menghirup semangkuk sup campur dengan potongan roti yang disediakan secara langsung di hadapan tetamu sambil menikmati sate daging dan ayam yang baru dibakar.

Johor juga terkenal dengan aneka jenis hidangan mee seperti Mee Bandung dan Mee Rebus termasuklah juga Mee Soto dan Laksa Johor dan kesemua ini akan dihidangkan secara langsung di Mee Gerobok Corner.

Begitu juga dengan makanan Street Food seperti Carrot Cake Stir Fried yang juga disediakan mengikut permintaan anda.

 
Aneka pencuci mulut seperti jeli,  puding,  kek dan kuih melayu tradisi serta pengat turut disediakan termasuklah buah-buahan dan jangan lupa basahkan tekak anda dengan teh dan kopi tarik.

The 'Meh Makan' Johor Food Buffet Promotion
Harga : RM38 bersih dewasa dan RM19 bersih kanak-kanak
Dapatkan satu makan percuma (dewasa) dengan pembelian 5 orang dewasa (5 + 1)

The 'Meh Makan' Johor Food Buffet hanya ditawarkan pada :

8 Nov 2019 (Jumaat) - Makan Malam sahaja
9 Nov 2019 (Sabtu)  - Makan Tengahari dan Malam
10 Nov 2019 (Ahad)  - Makan Tengahari sahaja

15 Nov 2019 (Jumaat) - Makan Malam sahaja
16 Nov 2019 (Sabtu)  - Makan Tengahari dan Malam
17 Nov 2019 (Ahad)  - Makan Tengahari sahaja

22 Nov 2019 (Jumaat) - Makan Malam sahaja
23 Nov 2019 (Sabtu)  - Makan Tengahari dan Malam
24 Nov 2019 (Ahad)  - Makan Tengahari sahaja

29 Nov 2019 (Jumaat) - Makan Malam sahaja
30 Nov 2019 (Sabtu)  - Makan Tengahari dan Malam
1 Dis 2019 (Ahad)  - Makan Tengahari sahaja

Tempat letak kereta percuma

Untuk maklumat lanjut serta tempahan (disyorkan),  sila hubungi 07 521 2121 
atau WhatsApp +6016 733 2918 (Pengurus Restoran)  
atau boleh menghantar email ke enquiry@pulaisprings.com

Lebih banyak maklumat dengan melayari www.pulaisprings.com

4 comments:

  1. Replies
    1. kan... tapi memang sume sedap2 lah, berbaloi sgt RM38 tu dapat makan macam2.

      Delete
  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih