NASI LEMAK KAK.. SARAPAN WAJIB DI KAMPUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum... 

DUA malam di kampung kali ini,  Sk sekeluarga diraikan dengan hujan lebat waktu petang.  Semalam petang semasa hujan kami memang baru sampai di kampung.  Kebetulan abang ipar yang tinggal di Tanjung (baca Penang) memang ada di Kuala Ketil. Rasanya masa kami balik semasa PKPP yang lepas,  keadaan emak masih okey lagi tapi kali ini emak kelihatan agak uzur.  Mata kirinya dah tak nampak manakala pandangan kanan sudah kelabu sehingga emak tidak mengecam kami.  Disebabkan pendengaran emak sudah rosak emak juga tidak boleh mendengar bila kami menyebut nama masing-masing.  Kakak (Kak)  menulis nama Pak Inche (Ijai)  besar-besar di white board baru mak tersedar kami balik.  Emak pegang tangan Sk dan letak di pipi bagai kanak-kanak yang rindukan ibunya,  sedih tengok emak..  lahai. 

Disebabkan pembantu (penjaga emak)  telah tamat kontrak dan emak sedang menunggu penjaga yang baru akan sampai pertengahan bulan ini,  hanya kak yang menjaga mak.  Jadi,  Pak Inche kata,  untuk sarapan esok dia akan beli jer.  Janganlah diharapkan menantu yang seorang ni ya,  di rumah sendiri rajin pun nak disuruh,  di rumah mak mertua,  buka api gas pun padam balik,  hahhaa.  Tapi,  kak kata,  semua bahan dah ada dan memang dah jadi rutin bila adik-adik balik,  kak akan masak nasi lemaknya yang istimewa.  Haaa..  Nasi lemak kak,  wajiblah ada telur lenggang dan ayam goreng kunyit.  Sambal kak,  selalunya ada kentang hiris goreng dan kali ini ada potongan ikan masin jugak.  Lepaslah rindu masing-masing makan nasi lemak sambil hirup teh o panas...  Burppp..  Alhamdulillah. 


Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya masak sendiri nasi lemak ni :)

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-keluarga-baha-don-2019.html

    ReplyDelete
  2. Alaaaa.. sedappnyaaa. tengok nasi lemak time time nih plakkkkk. esok kena carik.. Huhuuu

    ReplyDelete
  3. Moga emka kembali sihat seperti dulu.
    Nasi lemak terlur lenggang... aduhai enak banget!

    ReplyDelete
  4. Hihihihi. Tanjung (sebutannya Penang) Kalau Bagan (sebutannya Butterworth).. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Semog MIL SK dipermudah urusan & dikurniakan kesihatan yang baik juga dalam rahmatNya

    ReplyDelete
  6. Bestnya balik kampung... kita kampung melayu tak boleh balik, banyak kes sana huhuhu

    ReplyDelete
  7. seminggu skali mesti request mama utk masak nasi lemak sbb favorite !

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!