KUEH BAKOR

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


DUDUK kat pejabat ni kadang-kadang, petang-petang selalu lapar. Dia yang sebenarnya bosan, hahahaha. Kadang-kadang rasa macam nak keluar pergi Bandar Baru Uda atau Kampung Melayu cari makan petang tapi jarang-jarang terjadi la. Kadang bila terpaksa aje keluar beli makanan itupun sebab terlanjur nak pergi beli pasir untuk kucing. Minggu lepas la ni, pergi beli pasir kucing dan lepas tu rasa macam nak cari makan petang di Uda Bussiness Centre, rasa macam nak beli tacos yang viral tu. Tapi, terpergi ke tempat lain pulak, hahaha.




Dah beberapa hari teringin nak makan Kuih Cara Berlauk yang viral di Taman Universiti tapi tak sanggup pulak nak masuk ke Taman U tu, nanti mesti jammed dan lambat sampai rumah. Jadi, dah terlanjur hari tu ada kat Uda, kita singgahlah kedai Kueh Bakor di Jalan Padi Satu ni. Itupun sebab nak kena ambil duit bumbung kat Pak Inche, jadi kita singgahlah sekali, satu lorong ngan pejabat PI. Sk baru tahu jugak rupanya Kueh Bakor ni milik Kak Maznah, pengusaha makanan yang memang femes kat BBU ni. Kueh Bakor pun dah ada cawangan baharu di Jalan Trus (pusat bandar JB).




Kuih Bakar Berlauk, RM12 sebiji. 




Yang ni Bakar Pandan, RM8 sebiji. Ni kalau potong-potong dapat 8 keping atau boleh jugak nak potong 16 keping.




Dia bagi pisau, tapi dah sampai office tengok, lahhh, kot bagi pisau satu aje, dahlah kuihnya satu tu savoury.




Selain perisa pandan, ada juga perisa jagung, durian dan lain-lain.




Bakar Berlauk ni rasanya tak boleh potong kecik sangat, nanti berderai intinya. Secara peribadi, Sk lebih suka cara berlauk yang comel-comel tu. Memang favourite ya yang tu, 10 biji pun boleh hadap sekali duduk, hahaha.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. suka cara berlauk yg comel juga sebab isi dia mmg dah atas tu dan puasa makan

    ReplyDelete
  2. Semalam lalu bando, sekali ada nampak kedai Kuih Bakor..kedai dia tepi je cuma xde parking..sudahnya x beli pun walau tekak sanagt teringin

    ReplyDelete
  3. Cantik kotaknya, ngam kalau buat oleh oleh.
    Best ni, ada banyak pilihan perisa kuih bakar. Saya tak pernah jumpa lagi kuih bakar berlauk tu, teringin jugak nak mencuba.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!