REVIEW FILEM DENDAM PONTIANAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

KALAU diikutkan malas sebenarnya nak buat review filem Dendam Pontianak ni tapi tadi masa tengok pageview entri di blog Alam Sari ni, SK terkejut jugaklah bila baru perasan PV untuk review filem Sangkar telah mencecah lebih dari 1000PV. Boleh dikatakan PV untuk review filem dalam blog Sk ni antara penyumbang PV kepada blog Sk ni.

Jadi, SK merajinkan diri untuk tulis review Dendam Pontianak ni. Pertama sekali, Sk nak beritahu yang Sk bukan kaki wayang tapi Sk merupakan penggemar filem-filem Melayu yang memenuhi kriteria. Pertamanya setiap kali Sk nak korbankan duit beli tiket, SK akan tengok siapa pelakonnya, kemudian.. siapa pengarahnya. Kalau poyo-poyo tu maaflah SK tak suka nak buang duit tambahan lagi harga tiket wayang sekarang bukannya RM5 macam zaman Sk remaja dulu. SK juga sebolehnya memilih waktu tayangan sebelum tengahari atau memilih hari rabu untuk menonton bagi mendapatkan tiket dengan harga yang murah.. gitulah punya berkiranya Sk nak tengok wayang, hihihi.


Inilah daya penarik yang membawa Sk menonton Dendam Pontianak di pawagam. Selepas berjaya membawakan watak Cik Lang aka Langsuir dalam filem Histeria, Sk tertarik untuk melihat Fazura membawakan watak pontianak pula tambahan lagi bila dalam filem ini Fazura berganding dengan Remy Ishak.

Filem yang berlatarbelakang tahun 1965 (ini juga salah satu faktor menarik Sk menonton) mengisahkan tentang Khalid, seorang duda anak satu yang berkahwin dengan Siti. Majlis perkahwinan yang meriah namun seperti ada rahsia yang disembunyikan oleh Khalid apabila sekali sekala muncul seorang wanita misteri berkebaya merah yang tidak disedari oleh tetamu yang lain selain dari Rais, sahabat Khalid.

Pagi, selepas majlis perkahwinan, suasana gempar apabila Siti menemui mayat Rais dalam keadaan ngeri tergantung di sebatang pohon yang besar di tepi rumah mereka. Penduduk kampung dilanda ketakutan apabila kejadian aneh terjadi di kampung dengan kemunculan penyakit misteri dan pelbagai kejadian pelik. Akhirnya, Khalid mengaku dia telah membunuh seorang gadis yang mengandungkan anaknya suatu masa dahulu. Gadis itu dipercayai kini kembali untuk membalas dendam sebagai pontianak. Khalid kemudian mengumpulkan semua pemuda kampung itu untuk memburu pontianak tersebut.

Tiada adegan suspens atau teka teki bagaimana pontianak muncul dalam filem ini kerana sejak dari kecil kita telah dimomokkan dengan kisah pontianak iaitu apabila seorang wanita mati ketika melahirkan anak, ia akan menjadi pontianak. Penonton tentu sudah boleh meneka bahawa Khalidlah petualangnya sehingga pontianak membalas dendam sebegitu rupa. 

Cuma ada beberapa dialog dan babak yang membuatkan Sk tergelak.. 

1. "Che Pon telah sampai ke kampung kita".. hahahha.. gelak gulin dengar Tok Bomoh sebut Che Pon tu, hahaha.

2. Ponti jalan jejak tanah.. bukankah hantu tidak boleh jejak tanah.

3. Ponti berlawan dah macam hantu Kanchana dalam filem Tamil. 

Banyak lagilah jugak yang tak logik seperti latar tempat, walau bagaimanapun, Sk masih sukakan filem Dendam Pontianak ini.

Sk bagi 3.6 bintang
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah lama x pi tgok wayang...tunggu Dania habis exam la..

    ReplyDelete
  2. hehe...macam tu ya..dah lama tak layan cerita seram sejak ada firash ni ha. huhu

    ReplyDelete
  3. dah boleh laa bayang sikit2 cerita ni..hehe
    tungggu laa ada kat astro 1st..nt langgan. sebab kte ni tak berapa gemor citer hantu2 ni..haha
    tengok je laa kat rumah.. kalo terjerit kuat pun anak3 je laa yang terkejut..hihi

    ReplyDelete
  4. Ramai kata buhsan ...tapi ermmmm macam nak tengok tapi takde geng, tunggu Netflix je laaa

    ReplyDelete
  5. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!