CAPATI MAJU CHENDERIANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum... 

SEJAK dua tahun kebelakangan ini,  lebih tepatnya sejak Iman masuk PUO,  kami tidak lagi larat untuk berlama-lama di lebuhraya.  Kalau dulu,  setiap kali balik ke utara,  kami akan berhenti tidur sejam dua di RNR tapi kini kena keluarkan ongkos menyewa bilik di hotel bajet. Kali ini,  sekali lagi kami memilih Bidor untuk berehat, antara lokasi yang agak strategik jugaklah untuk berhenti sebab kedudukan hotel yang tak sampai lima minit dari exit Bidor.  Hotel pilihan kami,  B&L Hotel,  yang menawarkan kelengkapan bilik mandi moden serta katil dan bilik yang selesa dan bersih.  Esok paginya,  kami meneruskan perjalanan ke Ipoh mengikut jalan lama,  layannnn. 


Disebabkan Pak Inche wajib mengambil ubat pagi selepas sarapan,  maka tak bolehlah berlama-lama mencari tempat makan.  Pukul 11 tu paling lambatlah kalau boleh dah siap makan ubat.  Maklumlah,  umur dah remaja purba kan,  huhu.  Apa lagi,  capati la yang paling dekat,  ada jer kedai-kedai sarapan kecik lain tapi asyiklah terlepas simpang.  

Kali ni kami singgah ke Capati Maju yang terletak bertentangan dengan simpang ke Chenderiang.  Di sini,  capatinya disediakan panas-panas,  kalau Capati Chenderiang tu kita kena layan diri,  ambil sendiri dalam termos.  Cuma tulah,  lauknya dah sejuk,  mungkin tak ada air panas dalam bain marie yang digunakan untuk mempamerkan lauk tu.  Tapi,  apapun,  capatinya memang sedap dan lembut,  kena dengan kari kambing,  memang narlerkerk laaaaa..  hahahaha.  




Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ayoyooo... kamben lagi ooo...telan liuq ni.

    ReplyDelete
  2. Terus rasa nak makan capati... tapi kejap lagi nak pi makan padang hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!