BIHUN SUP, LAKSA DAN CENDOL PAK NIK SUNGAI PETANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

SAMBUNG kisah balik kampung, memang tak sempat nak ke mana kerana kesuntukan masa. Suntuk la sangat, kan.. Imannya cuma dapat cuti sehari aje. Jadi, dari Kuala Ketil, kami terus ke Penang tapi sebelum tu...


Singgah Cendol Pak Nik di Sungai Petani. Memang setiap kali balik kampung, wajib ke sini minum cendol. Lepas tu, Pak Inche keliru nak makan Laksa ke.. Bihun Sup. 


Bihun Sup Utara pilihan Iman. Sekarang nak makan bihun sup utara susah nak jumpa cabai merah yang sedap. Di Cendol Pak Nik ni, Alhamdulillah, sedap cabainya.


Pak Inche makan Laksa, dia suruh Sk ambil bihun sup supaya boleh kongsi. Maknanya, dia makan laksa sepinggan, nanti bihun sup dia kongsi dengan Sk.. gituhhh. Sekali, orang tu hantar bihun sup semangkuk aje. Sk pulak, masih kenyang makan nasi lemak dua bungkus, jadinya, Sk kata, takpa la kalau orang tu hantar semangkuk jer, heheheh. Kesian Pak Inche, dapat jamah sesudu jer bihun sup Iman 😜


Oh, ada satu lagi.. Sengkuang Calit. Sedap la kuah rojak sengkuang ni. Sengkuang siap dipotong sebelum dituangkan kuah rojak, senang nak makan.

Cukup dah syarat balik Kedah, dapat makan bihun sup, laksa dan cendol, heheheh.






Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau @ Kedah Cendoi gandingannya bihun sup & laksa serta pasembot...sedapnya pekena tim panaih lit lit

    ReplyDelete
  2. Seronok jalan-jalan makan-makan ya Kak.. rumah ni semua tengah bizi, jadi bersabar je laa.. memang hajat nak pi Penang kalau bercuti, sebab lama tak ke sana..

    ReplyDelete
  3. dapnya laksa!!!seronok jln-jln walau cuti ciput je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!