MAKAN DI TIP TOP BBQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

MASA masak Lobster hari tu, boleh pulak Pak Inche tapau Ikan Pari Bakar Sambal dari Gerai Tip Top Ikan Bakar. Tak power katanya, makan nasi tak ada rasa cabai. Ialah, lobster tu masak mentega kan. Dia tak minta masak sambal, kalau dia minta, boleh jer sekor tu disambalkan, huhu.


Beli sekeping jer pari. Puas betul makan sebab sambalnya banyak. Dah kena makan nasi separuh-separuh. Separuh makan dengan masak mentega, separuh makan dengan sambal, supaya tak bergaduh rasa mentega tu 😝. Lagipun kalau campur, nanti rasa mentega tu mesti hilang kerana didominasi rasa sambal, kan.


Tak puas katanya, makan tapau, dine in pulak di gerai no 11 ni. 


Kali ni ambil sekeping pari, sepinggan sotong dan Baby Crab Celup Tepung.


Sotong Bakar Sambal dengan hirisan bendi. Sedap betul!


Ikan Pari Bakar Sambal, pun sedap sangat.


Baby Crab Goreng Tepung, krup krap krup krap, ni ratah ajelah, tapi tak habis, bawa balik, mak jugak yang kena kasi perabih 😂


Iman pesan Ais Jagung dan Pak Inche nak minum laichikang.


Tetiba teringin nak minum ABC. Sedap ABC nya banyak coklat dan sirap.


Iman minum sampai terangkat mangkuk.


Ni cerita Ahad baru ni pulak, balik dari UTARA, dine in lagi kat sini sebab penat nak masak. Pak Inche ajak makan Siakap Rahmat tapi dah tak sempat, restoran dah tutup. Oh, ya.. baru perasan nama betul kedai ni, Tip Top BBQ.


Pak Inche minum Ais Jagung pulak, mesti terliur tengok Ais Jagung Iman hari tu, hahaha. Iman pulak pesan ABC, sebab teringat ABC bonda katanya. Bonda pesan Nescafe O Panas, tiada dalam gambar. 


Kali ni pesan dua keping parinya dan Sotong Masak Butter. Tapi..... lambat gilerrrrr diorang hantar pesanan sebab tukang masak lagi seorang tak sampai. Sotong Butter tu, salutan tepung macam jemput-jemput, sos butter sedap tapi kedekut. 😢


Sambal kali ni sikitttttttttttt.


Berejam tunggu sayur kangkung masak belacan ni. Kami dah kenyang, baru sampai, dah tak ada mood nak makan.

Hurmmm.. merajuklah! Mahu setahun kena banned ni, hahahaha.. hahahaha!


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ikan bakar dia memang sedap snagat, lama tak makan situ..
    Baby crab tu kalau ada si kakak, jangan harap nak order, 'kesian' katanya ermmmm

    ReplyDelete
  2. hahha..nampak menarik dan sedap ikan bakar tu

    ReplyDelete
  3. mungkin kangkung tu ingat dia pencuci mulut..hahahahh

    ReplyDelete
  4. buat kecur je wak tgk mcm2 makanan sedap atas meja tuuh 😅😅

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. perghhhhh menggoda nyaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. Ikan sambal dia.... Amboi!

    Mencengkam!

    ReplyDelete
  7. Telan ailio kita tgok entry ni ha...gulp....kejam la SK..

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap2 belaka
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!