Assalamualaikum...
SEPAKAT anak dan bapak, bila ditanya, mahu Udang Goreng atau Ayam Goreng untuk dikawankan dengan lebihan Kari Daging semalam, untuk makan malam ini. Dua-dua undi, Udang Goreng, yang sebenarnya, maknya ingat nak goreng ayam. Dah dua-dua nak udang, maka, kita gorenglah udang.
Hari Khamis balik awal, jadi, dapatlah masak awal. Sekejap aje nak lembutkan udang dalam peti ais, kopek kulit bahagian tengah dan buang tali hitamnya tu, perap dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali, campak bawang dan cili padi, kemudian baru masukkan udang. Nak rasa mamak-mamak, kita masukkan daun kari.
Uish...ni kalau Adah tengok ni...telan ayaq lioq....🦐🦐🦐
ReplyDeleteIni uncle pantang tengok! Cuma cili padi tu yg uncle tak tahan!
ReplyDeleteUdang my fav. Sedap masak macam ni pun. Simple dan cepat masak :)
ReplyDelete