Assalamualaikum...
MALAM semalam, dikecualikan dari memasak. Ada cafe baru dibuka dua hari lepas di kawasan perumahan Sk dan dah berjanji akan makan malam di sana. Jadinya, tiada nasi dan lauk lebihan yang boleh dijadikan bekalan. Tapi, buka peti sejuk, nampak ada sedikit salad dan beef salami tiga keping. Roti pun ada, jadi lebih baik dijadikan bekalan sarapan seorang satu set.
Terus panaskn kuali leper, pecahkan telur sebiji dalam mangkuk, tabur sedikit garam, dan Sk mula mendadar. Saiz kuali tu memang ngam untuk sebiji telur yang nipis, kalau letak dua biji telur, tebal sikit. Sambil tu, susun roti dan sapu dengan mayonis, susun salad dan bentang slice cheese dan lapis semula dengan salad.
Telur dadar siap, terus panggang sekejap beef salami. Kemudian letak beef salami atas salad, lapis lagi dengan salad, akhirnya letak telur dadar tadi (potong empat) dan lapis lagi dengan salad dan tomato. Nampak macam banyak salad, kan, hihi. Letak sikit-sikit jer supaya berlapis-lapis. Lepas tu kerat dua, masuk dalam sorang satu bekas. Tak reti nak wrapping guna sling wrap macam Mak Cella buat, lagipun takut nanti ada yang makan plastik pulak 😜.
Maknya kena mengalah la makan kulit roti. Sk sarapan dalam kereta, tapi bukan sarapan sambil memandu. Dah sampai pejabat, punch card dulu, kemudian masuk balik kereta, park dan sarapan. Bukan tak boleh sarapan dalam pantri atau pejabat, tapi pagi-pagi banyak pulak gangguannya nanti, nak tenang nak sarapan, silap-silap tercekik nanti.
Sedap dan kenyang la sarapan macam ni, patutlah Mak Cella rajin buat.
😅
kalau ammi kulit roti tu berebut pulak dengan anak-anak. semua aim nak kulit. dah maknya pulak yg kena mengalah untuk melepaskan kulit roti haha
ReplyDeleteNak buat sandwiches, tapi roti dekat rumah ni semedang ajer habis. Balik ni nak beli roti lah.Hu3.
ReplyDeleteSedapni,sama dengan akak selalu terkena yg bahagian keras..
ReplyDeleteMemang rajin sungguh Mak Iman dan Mak Cella sediakan sandwich pepagi.
ReplyDeleteDah lama jugak SA x buat sandwiches..boleh la start buat untuk bekal Isnin nanti
ReplyDelete