KEK BATIK MELTING

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...


TERGODA tengok Kek Batik Melting ni lalu lalang dekat wall fb. Kek yang viral sejak zaman Sk sekolah sebenarnya, bayangkan sekarang dah umur 46+, maknanya dah berpuluh tahun kek ni menjadi pujaan, tapi secara jujurnya bukan pujaan hati Sk. Angah jer yang rajin buat dan makan, Sk tak berapa nak minat. 

Tapi, Si Iman pulak minat. Adalah dua tiga kali jugak menggodak. Yang Sk ingat, pernah buat untuk jamuan kelas Iman dan mendapat pujian dari cikgu-cikgu dan kawan-kawan Iman. Sebab keknya tak lembik macam sesetengah kek batik dan tak jugak keras sampai kalau baling ke dinding, dinding boleh pecah, hihi. Tapi, lupalah pulak guna resepi mana. 


Beli seloyang sebenarnya tapi kongsi tiga orang. Seloyang tu, 48 potong, dapat seorang 16 ketul. Naza makan seketul, Sk seketul, sebab dapatnya dah masa balik, tu jer la sempat kongsi. Lepas tu mengadap jem, eh.. termakan pulak lagi dua ketul, hihi.

Tapi, mula ingat Kek Batik Indulgence, yang ada lapisan cheese tu.. rupanya cuma ada coklat jer. Nasib baik ada coklat tu, kalau tak, rasa biskut marie semata 😂. Okay, dah tak terliur lagi la lepas ni. Iman kata, jomlah bonda, kita buat sendiri. Haaaa... Rajinlah sangat bonda awak ni, Imannnn.




Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kek batik indulgence perghhh konpom sedap klu byk coklat nyaaa...

    ReplyDelete
  2. baca tajuk mula2 ammi nampak mcm kek batik melintang hahaha..
    dasar mata kena tambah power ni

    ReplyDelete
  3. Versi keras boleh baling ke dinding tu PH pernah buat.
    Lurus sgt ikut sukatan/bahan sbb that time baru nak cuba hihi...

    ReplyDelete
  4. Kita suka jenis gini Kak, tak berapa suka jenis yang rangup.. lama plak Yana tak buat...

    ReplyDelete
  5. Bebudah dalam rumah ni semua suka kek batik ni...kecuali saya🤣

    ReplyDelete
  6. saya suka macam ni juga!!! and kalo ada choc indulgence atas dia...perghhhh lagi sodappp

    ReplyDelete
  7. coklat ganache dia tebal betul. Sedap makan kek batik melting ni. Tak suka juga lembik sangat atau keras sangat. Sedang sedang tu sedaplah. cantik betul kejadian kek batik dia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!